Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NISSAN LANCAR TEANA, AARON AZIZ TERIMA HADIAH


PELANCARAN Nissan Teana baharu, generasi ketiga.....
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga yang menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan penampilan yang lebih berprestij menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor.

Nissan Teana merupakan sebuah sedan yang hadir bersama ciri pintar dan kontemporari, lari daripada reka bentuk sedan konvensional untuk segmen D.

Telah terjual sebanyak 600,000 unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan di pasaran China pada Februari 2013 lalu, Nissan Teana dilengkapi enjin QR25DE yang baharu dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada julat tork yang rendah dan sederhana.

"Nissan berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga ini dengan tagline 'Drive to Greatness' membuktikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami yang bijak menilai serta golongan usahawan muda. Setiap inci dan perincian kereta ini dihasilkan dengan teliti untuk mereka yang menghargai perkara lebih baik dalam hidup," ujar Pengarah Eksekutif ETCM, Dato David Chen pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

AARON Aziz menerima hadiah Nissan Teana  sebagai Bintang Paling Popular ABPBH baru-baru ini.

Pafa majlis yang sama tetapi berlangsung di sebelah malamnya, ETCM menyerahkan hadiah kemenangan Nissan Teana kepada Aaron Aziz yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH baru-baru ini di mana beliau memperoleh sebanyak 76,742 undian peminat.

"Memenangi Anugerah ABPBH sememangnya satu penghormatan besar. Lebih menarik lagi apabila menerima sebuah Nisaan Teana yang saya berpeluang untuk menyaksikan pelancaran tersebut. Terima kasih kepada Edaran Tan Chong Motor kerana memberikan saya kelebihan menjadi antara pemilik terawal di Malaysia dan memandu pulang model baharu ini," kata Aaron Aziz.

Nissan Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE. Lima warna disediakan termasuklah satu varian baharu iaitu biru, selain warna perak, hitam, emas dan putih.

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah dari RM139,800 bagi varian 2.0XE, RM149,800 bagi 2..0XL dan RM169,900 untuk varian 2.5XV. Semua varian hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,0000km, mana-mana tiba dahulu.

Maklumat lanjut spesifikasinya layari www.teana.com.my atau menghubungi talian 1800 88 8368 untuk tempahan atau pandu uji.





Tiada ulasan: