Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH LAWAK WARNA 19 SEPT, DI SHAH ALAM

 
ANTARA selebriti dan karyawan yang hadir pada pengumuman top 5 Anugerah Lawak Warna baru-baru ini.

Anugerah Lawak Warna 2014 kembali lagi tetapi kali ini hanya 20 anugerah dipertandingkan berbanding 21 anugerah tahun lalu.

“Ini kerana kami tidak mengekalkan anugerah kategori ‘Viral Video Popular’ kerana kurang mendapat sambutan,” ujar Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani pada majlis sidang akhbar pengumuman senarai top 5 Anugerah Lawak Warna  2014 di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Sebanyak 15 anugerah utama, 3 anugerah popular dan dua anugerah khas juri akan menjadi rebutan para karyawan dan selebriti tempatan pada 19 September 2014 ini bertempat di Teater Selangor, Shah Alam yang akan bersiaran secara langsung melalui Astro Warna (saluran 132), serentak dengan Astro Mustika HD (134) dalam pakej Mustika.

Menurut Nizam Sani (pix bawah, tengah)  sambutan yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan melalui penyertaan pencalonan menaikkan lagi moral pihak Astro Warna dalam menganjurkan majlis yang mengiktiraf karya seni, khususnya seni komedi bagi tahun kedua.

ROSTAM, Nizam dan AC Mizal menjawab pertanyaan media....
Tambah Nizam, penjurian awal telahpun berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit disebabkan penyertaan luar biasa yang diterima.

“Namun juri professional yang dilantik ternyata telah memainkan peranan mereka dengan bijaksana dengan memilih barisan finalis yang terbaik berdasarkan kriteria-kriteria  yang telah ditetapkan,” jelas Nizam Sani.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang dalam bidang komedi samada di televisyen mahupun di layar perak.

Daripada 20 anugerah keseluruhannya yang akan diberikan,  pemenang 17 kategori akan diadili menerusi fasa kedua sistem penjurian profesiional termasuk dua kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatankuasa penganjur kepada individu atau pun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri televisyen dan filem komedi serta tiga kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Tahun lalu, filem ‘Istanbul Aku Datang’ mengungguli Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya di mana daripada 18 kategori yang dipertandingkan filem berkenaan turut meraih kemenangan bagi empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem, (Lisa Surihani); Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).
Diacarakan oleh Dato AC Miizal, Anugerah Lawak Warna turut menganjurkan Karpet Merah yang akan berlaku sebelum siaran langsung dipancarkan di Astro Warna dan Astro Mustika HD pada 19 September 2014 ini dengan SInarFM bertindak sebagai radio rasmi.




AC Mizal sewakt diwawancara oleh Dollah Cantik dari Astro...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan