Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IKON CONNAUGHT PENUHI KEHENDAK PENDUDUK CHERAS


GEOFFREY (tengah) brsama Albert bergambar bersama finalis Mrs Universe di  Ikon Connaught baru2 ini.
Kawasan Cheras sememangnya terkenal antara kawasan yang paling sebuk dan boleh dikatakan seringkali sesak dengan lalulintas tidak kira waktu puncak atau pun waktu biasa.
Jika bercadang hendak ke pusat bandaraya membeli-belah atau pun mempunyai jadual temujanji pada waktu tertentu disyorkan bergerak awal jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan trafik.
Tetapi kini, penduduk kawasan Cheras khususnya sekitar Taman Connaught tidak perlu lagi bimbang untuk berhadapan dengan 'je,m' waima munculkan  sebuah pusat membeli-belah terbaharu yang dinamakan Ikon Connaught, terletak dipinggir lebuh raya menuju Petaling Jaya.
Ikon Connaught merupakan  sebuah pusat komersil terbaharu dibangunkan di Cheras, Kuala Lumpur,  bakal menjadikan lokasi beli belah tumpuan untuk penduduk  sekitar termasuk Bandar Tun Razak, Batu 9, Taman Segar, Bandar Sri Permaisuri serta Taman Desa Perdana – dan ia boleh diakses melalui MRR2, Lebuh raya Salak dan Lebuh raya Cheras.

Sempena pra pelancarannya baru-baru ini, Ikon Connaught menerima  kunjungan delegasi Ratu  Mrs Universe 2014,  Hadir memeriahkan acara adalah Geoffrey de Drouas, wakil ikon Connaught dan Datuk Albert Chiang, Pengarah Podium Outlet. 
Persembahan tarian naga mengiringi tetamu dan rakan media masuk ke ruang legar utama untuk pertama kalinya. 
“Kawasan ini telah berkembang pesat sebagai pusat perniagaan. Ia seperti apa yang kami inginkan,” kata Geoffrey. 
“Kami percaya, orang ramai mahukan pengalaman membeli belah premium tapi melalui tawaran barangan dengan harga berbaloi. Kami yakin dapat memenuhi kehendak penduduk pinggir bandar Cheras, dari segi perkhidmatan dan barangan. Sekarang, kami akan bekerjasama dengan delegasi Ratu  Mrs.Universe 2014, untuk menwar-warkan kehadiran kami selain memberitahu apa perancangan kami seterusnya,' tambah beliau.


Hiasan dalaman pusat membeliIbelah dihasilkan Spark Architects, firma reka bentuk dalaman sama yang memberikan wajah baharu untuk Starhill Kuala Lumpur. Ikon Connaught mempunyai enam tingkat premis jualan dan empat tingkat ruang pejabat, yang menyasarkan untuk menarik demografi pelbagai golongan terutama professional muda, pelajar universiti dan masyarakat urban.

CHERYL Ho dari Singapura bergelar Mrs Ikon Connaught.
Ikon Connaught bakal memberi wajah baru sekali gus menjadi destinasi membeli-belah terbaharu di Cheras dan menjadi buah mulut penduduk sekitarnya. Melangkah ke pintu utama, hiasan gaya kontemporari yang diperlihatkan mencerminkan falsafah dipegang, mengimbangi nilai estetika dan kehendak pelanggan.
 Untuk maklumat lanjut, lawati www.ikonconnaught.com.

Tiada ulasan: