Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHILLS LANCAR KARNIVAL KECANTIKAN KULIT RANGKAIAN ARANG HITAM


Perubahan besar alam sekitar, tekanan yang meningkat, gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat telah menimbulkan masalah kulit yang semakin membimbangkan di kalangan sebilangan rakyat Malaysia.

Masalah kulit cepat tua, kulit berminyak yang menyebabkan pori-pori tersumbat waima munculnya bintik putih dan bintik hitam dan juga masalah jerawat pada usia yang lebih muda antara yang dihadapi golongan wanita mahu pun lelaki..

“Terdapat perbezaan antara kesihatan kulit dan kecantikan kulit. Kesihatan kulit memerlukan pembershan dan amalan penjagaan yang sewajarnya untuk mencantikkan kulit dari dalam, manakala kecantikan kulit lebih menjurus kepada penggunaan kosmetik, Justeru karnival ‘Peel-Youtiful’ dianjurkan untuk golongan terbabit mendapatkan khidmat nasihat produk yang bersesuaian,” kata Pengarah Eksekutif SHILLS, Lee Jocye (gambar kiri) pada majlis pelancaran Karnival ‘SHILLS – Peel Youtiful’ di Berjaya Times Square, semalam.


Kempen karnival ‘SHILLS Peel-Youtiful’ diilhamkan oleh produk yang berasaskan arang hitam termasuk pupur gel hitam serba baru yang mengelupaskan kulit bagi menghilangkan bintik putih/hitam dan membersih hingga jauh ke dalam seraya menyihatkan kulit.

Tema di sebalik ‘Peel-Youtiful’ menggambarkan kecantikan terbenam jauh ke dalam kulit anda dan anda hanya perlukan alat yang betul untuk membantu mengelupaskan kulit untuk menyerlahkan kejelitaan anda.

Majlis turut mengundang pakar kecantikan yang diterbangkan khas dari Taiwan, Zack Lu, 25, untuk berkongsi maklumat kesihatan terkini, bertemu dan beramah mesra dengan peminat serta memperkenalkan siri ‘Black Bamboo Charcoal’ (Arang Buluh Hitam) daripada SHILLS.

Rangkaian produk baru Black Charcoal daripada SHILLS termasuk ‘Purifying Deep Sebum Softerner’, ‘Purifying Peel-Off Mask’, ‘Clarifying Toner’, ‘Exfoliating Bubble Facial Scrub,’, ‘Black Bamboo Whitening Mask’,  dab ‘Black Gel Mask’, yang kesemuanya boleh diperoleh di kedai terpilih Watson dan gedung kecantikan SHILLS.

Menurut Zack ketika membuat demonstrasi penggunaan produk SHILLS, arang hitam mempunyai daya serapan yang tinggi malah cirri-ciri inframerah jauh dan antibakterianya, arang hitam terbukti berkesan untuk menghilangkan kecelaan kulit tetapi cukup lembut untuk tidak merengsakan epidermis.

Berkongsi ilmu kecantikan, rahsia amalan penjagaan kesihatan kulit serta keberkesanan Arang Buluh Hitam dengan para pengunjung, Zack juga menjadi daya tarikan utama bengkel kecantikan tertutup yang dianjurkan pada sebelah petang untuk ahli Celebrity Fitness di pusat kecergasaan Celebrity Fitness di Lot 10.

Orang ramai boleh menyertai carnival selama 3 hari ini di ruang East Concourse, Berjaya Times Square yang menjanjikan keseronokan malah mereka boleh mendapat maklumat dan petua penting, terkini dan tepat pada masanya sambil menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Selain daripada analisis kulit percuma dan permainan, serta peluang menyertai bengkel kecantikan mini, pembeli layak mencuba spa tangan percuma bernilai RM59 selama 10 minit.



Antara aktiviti lain termasuk peraduan ‘Kira Pupur Arang Hitam’, perkhidmatan rias jari percuma Bloop, perkhidmatan pembuangan bintik hitam SHILLS, serta berpeluang memperoleh kad keahlian percuma MBH Fruithop malah bergambar bersama Zack dengan pembelian produk SHILLS, yang turut menawarkan diskaun istimewa.


Maklumat lanjut mengenai SHILLS dan kempen ‘Peel-Youtiful’ boleh layarai laman www.shills.com,my atau www.facebook.com/shills.my atau telefon (03) 8062 2743/46.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan