Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT MINGGUAN AF2014 BERMULA 7 SEPTEMBER

12 pelajar AF2014 yang terpilih..... Foto Max Lim.

Akademi Fantasia 2014 kembali dengan format asal dengan 12 pelajar diperkenalkan ke khalayak ramai  dalam satu majlis sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
12 pelajar berkenaan dikenal pasti menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti terdiri daripada enam pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan.

Pelajar lelaki diwakili Azwan Satar (Azwan, 30, Johor); Ikhawal Hafiz Ismail (Ewal, 22, Perak); Mhd Firman Bansir (Firman, 25, Sabah); Mohd Razman Abd Aziz (Aman, 21, Melaka); Muhd Zharif Mohd Kamil (Zarif, 26, Johor) dan Muhammad Fareezuan Adnan  yang membawa nama ringkas Farez, 19, berasal dari Kuala Lumpur.


Enam pelajar perempuan pula terdiri daripada Adeline Joyce Masidah (Adel, 21, Sabah); Muna Shahirah Munadi (Muna, 20, Johor); Nina Nadira Naharuddin (Nina, 22, Selangor); ‘Nor Aziha Md Salleh (Ziha, 0, Johor); Syamila Nuhair Zainordi (Nuha,, 21, Perak) dan Walfadhilah Suhaizat (Wawa, 19, Selangor).

Di antara mereka itu, Kak Fas mengenali Ikhwal, anak kepada pemain muzik, Mel, yang boleh berbicara dalam 16 bahasa malah pernah memenangi beberapa pertandingan di peringkat luar Negara.
EWAL

Apabila disoal mengenai pemilihannya berbanding pelajar lain yang masih mentah dalam arena muzik berbanding Ewal, kata beberapa tenaga pengajar seperti Siti Hajar dan Fatimah Abu Bakar, Ewal menepati kriteria yang dicari bagi pelajar AF.

Pun begitu, Ewal seperti pelajar lain ada kelemahannya yang boleh diasuh melalui kelas Akademi malah cabaran yang dihadapi Ewal agak berat juga memandangkan namanya yang sudah dikenali bukan penentu untuknya meraih kejayaan.

“Ia juga boleh membahayakan kedudukannya,” kata Fatimah Abu Bakar.

Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Fatimah Abu Bakar sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris dipilih semula menganggotai barisan tenaga pengajar bersama Linda Jasmine sebagai Guru Tarian dan Koreografi, Marlia Musa selaku Guru Seni Persembahan dan Acis bertindak sebagai Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert.

Selain  itu, AF 2014 sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak untuk melunaskan tangungjawab sebagai Pengacara Konsert Mingguan manakala pelawak dan pelakon yang baharu sahaja dinobotkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Jihan Muse pula dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengacara Diari.

ZIZAN dan Jihan ditemuramah oleh Dina Nazir pda majlis sidang akhbar.

AF2014 mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau  AFUNDI di mana pelajar yang memperoleh undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir.

Selain itu Astro turut menawarkan pelbagai perkhdmatan Aplikasi AF2014 yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store bermula 1 September 2014 ini.

Rangkaian program AF2014 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam bermula pada 1 September 2014 ini.

Manakala Konsert Mingguan AF pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 7 September 2014 ini.

Konsert Minggu Pertama dan Minggu Akhir AF2014 juga akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Maya HD (135) untuk memberi lebih pilihan kepada penonton. Ia juga disiarkan menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go menerusi peranti tablet, telefon pintar atau pun komputer.


Tiada ulasan: