Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANGI FEBREZE, AMBI PUR SEGARKAN RUMAH

FEBREZE dan Ambi Pur penyegar udara rumah anda....

Terima kasih Proctor & Gamble 
dan Geometry Global PR (Farah Zulkefly)

Sempena bulan Kemerdekaan ini, terlebih dahulu Kak Fas ingin melaungkan “Merdeka, Merdeka, Merdeka!’ kepada seluruh rakyat terutamanya kepada Negara kelahiran tumpah darah yang tercinta ini  – Malaysia!

Setelah 57 tahun Merdeka, barangkali 2014 merupakan tahun yang paling mencabar Negara waima dua tragedi yang tidak diduga melanda Negara. Sudah pasti seluruh rakyat dan dunia maklum mengenai insiden misteri kehilangan MH370 dan paling dahsyat tragedi MH17 yang telah ditembak jatuh oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, mengorbankan kesemua 283  penumpang serta 15 orang anak kapal MAS.

Semua rakyat tidak mengira kaum dan bangsa meratapi peristiwa itu malah buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia berkabung pada tanggal 22hb Ogos lalu apabila 20 jenazah dan mangsa MH17 selamat dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan dengan penuh penghormatan.

Al Fatihah dan takxiah kepada keluarga Islam yang terlibat serta RIP kepada mangsa beragama lain.

Kak Fas turut menitiskan air mata melihat ketibaan jenazah tetapi berat mana sekali pun mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walau pun kita  sekadar menumpang kesedihan tetapi ternyata turut berkongsi rasa pilu seperti keluarga mangsa terlibat.

Apa pun kehidupan harus diteruskan bagi yang bernyawa dan untuk itu sempena bulan Kemerdekaan ke 57 ini, Kak Fas mengambil kesempatan menghadiahkan lima pemenang bertuah suatu produk yang mampu menyegarkan udara rumah anda agar bersih dan sihat menyambut Hari Merdeka ini.

Dengan tajaan dan kerjasama Procter & Gamble Malaysia serta Geometry Global PR, Kak Fas ingin menyampaikan lima produk berkembar iaitu ‘Febreze Ambi Pur House Dust Reducer (Pengurang Debu Rumah) serta ‘Ambi Pur Air Effects’ (membersihkan udara dari bau).


Untuk pengetahuan, rumah anda mungkin berada dalam keadaan kemas dan tersusun namun alergen boleh berkumpul di mana-mana sahaja termasuklah di permaidani, bantal, tilam, katil, perabot dan juga mampu terapung di udara.

Partikel alergen ini boleh menyumbang kepada simpton-simpton asma; satu indikator yang menunjukkan udara di kediaman anda berada pada paras ‘kurang sihat’. Dengan dibantu oleh Ambi Pur dan rangkaian ‘Febreze First Defense House Dust Reducer’ anda dan keluarga boleh dilindungi daripada alergen bawaan udara.

Direka khas untuk menyahbau dan habuk di rumah, ‘Ambi Pur First Defense Air Effects’ dan ‘Febreze First Defense Fabric Refresher mampu memberikan suasana segar kepada ruang tamu dan juga memastikan anda sentiasa bernafas dengan sempurna dan hidup lebih ceria.

Produk ini juga mampu menjadikan rutin mengemas lebih efisien, malah dengan bantuan teknologi ‘Trap and Lock – House Dust Reduction’, ia mampu memerangkap partikel-partikel debu hama, debunga dan sel mati haiwan peliharaan.

Semburan ‘Febreze First Defense Fabric Refreshner’ pada permukaan fabrik mampu mengurangkan 95% alergen bawaan udara dan pada masa yang sama mampu  menyahbau, Ia memastikan fabrik kekal segar dan berbau harum.

Semburan ‘Ambi Pur First Defense Air Effects’ pula  membantu memerangkap dan menyahbau busuk serta boleh memerangkap sehingga 75% alergen yang terkandung dalam udara persekitran.

Bagi mendapatkan udara yang segar di rumah, anda digalakkan untuk melakukan semburan ke permukaan fabrik sebelum memulakan aktiviti berkemas. Hal ini bertujuan mengelakkan alergen yang berada di fabrik daripada tersebar luas di udara.


Gabungan Ambi Pur dan Febreze adalah ideal bagi memerangkap partikel-partikel alergen tatkala melakukan kerja rumah seperti menukar langsir dan  sebagainya. Malah dengan produk ini anda tidak perlu risau jika anak-anak anda bermain berhampiran dengan perabut di rumah.

Produk baru rangakaian Ambi Pur dan Febreze ini boleh didapat diselmua pasar raya terkemuka di Malaysia dan juga rangkaian-rangkaian farmasi terpilih.

Febreze First Defense House Dust Reducer berharga RM11.90 untuk 370ml dan RM8.70 bagi kandungan 320ml. Ambi Pur First Defense Air Effects berharga RM17.50 bagi 275g.

Namun bagi  mereka yang ingin mendapatkan dua produk ini sekali gus secara percuma bolehlah ikuti peraturan peraduan dan jawab soalan-soalan di bawah ini:

Dan caranya ialah  menjawab semua soalan samada melalui email ke farizaum@yahoo.com  atau jawab di kotak ruangan komen di bawah laman social CC Kak Fas ini, Anda juga perlu ‘Like’ facebook ‘CC Kak Fas’ dan apabila nama anda keluar bermakna anda layak untuk memenangi Ambi Pur dan Febreze yang ditawarkan ini.

Soalan-soalan:

  1. Berapa peratus kah alergen dapat dikurangkan dengan semburan 'Febreze First Defense Fabric Refreshner?
  2. Berapa peratus kah pula alergen yang dapat dikurangkan dengan semburan Ambi Pur First Defense Air Effects?
  3. Namakan syarikat yang menghasilkan produk Febreze dan Ambi Pur?
  4. Penuhi slogan ini: Saya suka membaca dan melayari blog CC Kak Fas kerana...................................................(tidak lebih dari 25 perkataan)
  5. Anda perlu  "Like" facebook CC Kak Fas
  6. Hantarkan penyertaan anda dengan butiran peribadi seperti Nama, Kad Pengenalan, Alamat, Email dan Telefon Nombor ke email farizaum@yahoo.com.atau melalui ruang komen di bawah artikel  dalam blog CC Kak Fas ini.


=================================================================
Syarat-syarat:

Emailkan penyertaan anda kepada farizaum@yahoo.com atau tuliskan jawapan anda pada Komen di bawah ruangan CC Kak Fas ini dan sila ‘Like’ facebook CC Kak Fas. Tarikh tutup 16 September 2014 ini. Keputusan dan pemilihan pemenang berdasarkan kepada jawapan betul dan slogan menarik akan dihubungi melalui emel atau telefon. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pemenang perlu mengambil hadiahnya sendiri dan hanya dibenarkan wakil dengan surat bertulis daripada pemenang sebenar.  Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan