Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT NOSTALGIA KEMERDEKAAN KE 57- JAMAL, EDDY SILITONGA

JAMAL dan Eddy Silitonga akan berduet buat pertama kalinya....

Sudah lama mereka mengenali antara satu sama lain namun hanya melalui lagu, bahkan belum pernah bersua muka memandangkan jarak pemisah antara Negara – Malaysia-Indonesia serta kesibukan masa tidak mengizinkan ‘jodoh pertemuan’ tersimpul. 

Pun begitu, tanggal 27 Mei lalu, bertempat di Istana Budaya, impian yang ditanam untuk bertemu idolanya termakbul apabila Jamal Abdillah buat kali pertamanya bertentang mata dengan Eddy Silitonga, yang dijemput khas untuk bersamanya dalam Konsert Nostalgia Kemerdekaan ke 57, berlangsung pada 28 hingga 31 Ogos ini. 

Eddy Silitonga antara penyanyi yang menjadi pujaannya untuk berduet selain Tiara Mon atau pun Ismail Harun, kata Jamal. Tambah Jamal, Eddy merupakan penyanyi idolanya sejak berusia 17 tahun dan setiap kali menyanyikan lagu beliau, malah lagu “Lancang Kuning’ dan ‘Bunga Pujaan’ nyanyian Eddy memberikannya kejayaan bergelar juara ketika bertanding dalam program Bintang RTM pada tahun 1979.

 Selain itu, Jamal juga pernah merakamkan semula empat buah lagu Eddy yang dimuatkannya dalam album solonya selepas itu.


Seperti Jamal, Eddy Silitonga akui meminati penyanyi bersuara emas itu.

 “Apabila dijemput oleh Jamal untuk bersamanya menjayakan konsert di Istana Budaya ini, saya tidak ragu-ragu lagi untuk menerima tawarannya kerana saya juga suka dengan lagunya malah beliau memiliki vokal yang mantap,” ujar Eddy sewaktu ditemui pada majlis sidang media Konsert Nostalgia Kemerdekataan ke 57 di Istana Budaya baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato Mohamed Juhari Shaarani.

Konsert yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan Negara yag ke 57 tahun ini anjuran Binjamal Event Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Visit Malaysia 2014 dibahagikan kepada empat segmen. 

Segmen pertama akan dijayakan selama setengah jam oleh Jamal Abdillah menerusi lagu-lagu beliau sebanyak lapan buah diikuti segmen kedua yang menampilkan Eddy Silitonga mempersembahkan lima buah lagu solo beliau seperti ‘Oh Melati’, ‘Bunga Pujaan’ dan beberapa lagu hit beliau di era 60an. 

Segmen ketiga pula, menampilkan Jamal dan Eddy berduet menerusi lagu-lagu berunsurkan patriotic seperti ‘Bahtera Merdeka’.’Lancang Kuning’ dan beberapa buah lagu lain.

 Akhir sekali, Jamal akan mendendangkan beberapa lagu hit beliau yang jarang dapat didengar oleh para peminat beliau. 

Keseluruhannya, sebanyak 20 buah lagu akan didendangkan dengan iringan 12 orang pemuzik professional dan 10 orang pemuzik muda dari Fakulti Muzik UiTM di atas arahan pengarah muzik, Raja Sham.

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan menonton buat pertama kalinya, Jamal bersama Eddy bolehlah menempah tiket-tiket berharga RM458, RM359, RM258, RM108 dan RM58 melalui www.ticket2u.biz atau hubungu talian 03-41478600 atau IB Box Office iaitu 03-21618134.

BERSAMA Ketua Pengarah IB (kiri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan