Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KELAS MEMASAK CHEF ISMAIL PENSONIC MERIAH


Tidak lama lagi, Negara akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan tema “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak swasta mahu pun ejen Keraaan dalam menyemarakkan suasana Kemerdekaan yang ke 57 pada 31hb Ogos 2014 ini.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Pensonic sempena bulan Kemerdekaan selari dengan sambutan Hari Raya lalu ialah program yang diberi nama “Raya-Merdeka” di mana satru peraduan “Bring Chef Home” telah dilaksanakan bermula 1 Mei hingga 31 Julai lalu.

Malah sebagai ganjaran kepada semua pelanggan Pensonic yang telah membeli produk Pensonic siri ‘Chef’s Like’ yang terdiri daripada Pengisar, Pengadun, Pengukus makanan, Periuk Seba-Guna, Ketuhar Elektrik, Periuk Nasi Stim dan Ketuhar Gelombang Mikro, satu kelas memasak bersama Dato Chef Ismail turut dianjurkan seluruh Negara.

Kelas-kelas tersebut telah ditetapkan berlangsung di Sabah, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuantan. Dan bagi pemenang ‘Bring Chef Home’ pula berhak untuk membawa Chef Ismail ke rumah mereka untuk memasak bagi tetamu dan ahli keluarga serta memberi inspirasi kepada kreativiti masakan mengggunakan produk Pensonic Chef’s Like.

Pemenang hadiah utama berkenaan akan membawa pulang Chef Ismail pada 30 Ogos 2014 ini sempena Hari Merdeka, Siapa agaknya yang bertuah itu?

Pun begitu, ketika menghadiri kelas memasak Chef Ismail yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini, dapat disaksikan kemeriahannya.

Sebelum memulakan sesi memasak, Chef Ismail berinteraksi dengan peserta dengan ‘mengaktifkan’ mereka melalui pergerakan senaman dan seterusya ‘menari’ mengikut rentak jazz diiringi lagu “Sway”.


Gamat jadinya apabila semua diajak berdiri dan menari mengikut gaya Chef Ismail yang lentuk badannya mengalahkan penari professional. Memang sesuai lah beliau bergelar Chef Selebriti, Gayanya, pesonanya tidak ubah seperti seorang selebriti popular apatah lagi boleh menari walau pun pakar dalam bidang masakan.

Chef Ismail memillih tiga resipi untuk dimasak dan dipelajari peserta iaitu ‘Nasi Cili Hijau’, “Ayam Percik’ dan ‘Otak Otak’ menggunakan peralatan daripada produk Pensonic Chef’s Like.

Setap peserta diberikan apron untuk dipakai walau pun tidak memasak tetapi sekadar melihat Chef Ismail sahaja yang memasak.

Mereka yang bertanya soalan diberikan cenderamata Pensonic waima para peserta yang mengambil gambar selfie kreatif diberikan hadiah produk Pensonic termasuk seorang penerima cabutan bertuah.

Ternyata program yang diadakan bukan sahaja cukup berilmu apatah lagi Chef Ismail memberikan tip tip memasak yang berfaedah tetapi amat menghiburkan malah mampu pula mempelajari resipi baharu.

Lebih istemewa lagi, celoteh dan pengajaran yang diberikan Chef Ismail dipenuhi ayat-ayat humor serta usik mengusik antara beliau dan peserta menjadikan kelas memasak tidak bosan tetapi menghiburkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan