Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADA APA DENGAN CINTA 2 DAPAT SAMBUTAN HANGAT


Apa yang boleh Kak Fas nyatakan apabila berpeluang menonton prebiu filem Indonesia 'Ada Apa Dengan Cinta 2' ini ialah ia layak digelar  prebiu 'of the year' ala-ala 'wedding of the year'  la apabla bercakap mengenai majlis yang  sebesar  begini.

Rasanya belum pernah lagi Kak Fas hadir sebuah prebiu yang berskala besar begini dengan begitu ramainya jemputan, lengkap dengan 'booth' dibuka untuk pendaftaran.

Nampak bersesak-sesak khalayak berhimpit-himpit untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan kesinambungan filem Indonesia yang mendapat sambutan hangat ketika ia mula ditayangkan pada tahun 2002.

Walau pun sudah hampir 13 tahun berlalu, filem ini menampilkan kembali penyatuan Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo) setelah mereka berpisah  apabila Rangga berhijrah ke Amerika.

Barangkali kerana itu apabila ditayangkan sekuel ke 2 filem ini paling dinanti-nantikan ramai dan buktinya ketika tayangan gala berlangsung baru-baru ini, begitu ramai yang hadir malah khabarnya kira-kira 10 pawagam ditempah khas bagi acara tersebut. Kira 'full house' lah...

Filem romantis karya Rudi Soedjarwo yang berjaya menggelarkan Dian sebagai pemenang wanita terbaik Piala Citra Festival Filem Indonesia 2004 ini kini sudah pun berputar di pawagam seluruh Malaysia edaran Primeworks Distribution.



Dikendalikan oleh pengacara Pop TV, Hefny Sahad dan Nana Mahazan, ketibaan para pelakon AADC2 iaitu Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo, Titi Kamal, Sissy Prescillia dan Adinia Wirasti disambut dengan begitu meriah oleh para jemputan selain diiringi pengarah dan produser filem tersebut, Riri Riza dan Mira Lesmana.

Penyanyi lagu tema filem AADC2, “Ratusan Purnama” iaitu Melly Goeslaw juga hadir bersama dengan komposer lagu tersebut, Anto Hoed bagi meraikan filem ini. Barisan pelakon dan penyanyi lagu tema AADC2 turut diiringi penaja Haval, sebuah syarikat pengeluar kenderaan SUV terbesar di China.

Diarahkan oleh Riri Riza, menceritakan kisah Cinta dan Rangga yang bertemu
semula setelah 14 tahun terpisah. 




Adakah pertemuan ini akan menyemarakkan cinta yang pernah mereka rasai terhadap satu sama lain? Wujudkah peluang kedua buat mereka yang tidak lagi menjalani kehidupan seperti sebelum ini apatah lagi Cinta pula sudah bertunang.

AADC2 adalah sebuah filem drama romantis yang dihasilkan oleh Miles Productions terbitan Mira Lesmana yang pernah menerbitkan sekuel pertama AADC. Kali ini, Mira juga terlibat dalam penulisan skrip bagi filem AADC2 bersama-sama dengan Prima Rusdi.

AADC2 kini ditayangkan di pawagam bermula 28 April 2016 lalu.

Nak tahu komen Kak Fas?


Harus tonton kerana ia bukan sahaja sebuah filem sekuel yang artistik tetapi skrip yang bersahaja dan mudah difahami membuatkan penonton fikir sejenak kedalaman erti yang mahu disampaikan.

Pemandangan indah sekitar lokas penggambaran khususnya di Jogjakarta cukup indah sehingga membuatkan penonton mahu sahaja terbang ke sana sekarang jua. Tidak hairanlah filem AADC pertama dahulu berjaya memenangi Piala Citra FFI 2004 bagi Scenario Terbaik.

Dan kali ini pun pemandangan yang ditonjolkan cantik! Tak rugi menonton jika nak tahu apa kesudahan cinta antara Rangga dan Cinta.

"Jahat' kah Rangga seperti yang diluahkan oleh Cinta kala mereka bertemu? Dapatkan jawapannya dengan menonton AADC 2 ini.