Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI DEBENHAMS AKHIRI MINGGU FESYEN STARHILL GALLERY


Sekiranya anda sering ke London,United Kingdom, pasti nama ‘Debenhams’ sudah tidak asing lagi. Malah yang sering ke Oxford Steet,  kawasan yang terkenal sebagai ‘syurga’ membeli-belah tentu tidak terlepas pandang gedung ‘Debenhams’.

Kak Fas sendiri masih ingat, sering berkunjung ke Debenhams sewaktu tinggal di London selama hampir 5 tahun semasa zaman  remaja bersama keluarga. Kami berpindah ke London setelah bapa ditugaskan  sebagai pegawai ‘diplomat’ ke sana.

Tetapi kini dengan wujudnya ‘Debenhams’ di serata dunia termasuk Malaysia, penggemar yang suka membeli-belah di gedung ternama ini sudah tidak perlu berkunjung ke London lagi. Duit perjalanan dan hotel sudah boleh dijimat dan digunakan untuk perbelanjaan ‘shopping’ sahaja.

Daripada pakaian wanita, lelaki hingga kepada kanak-kanak mahu pun pelbagai produk pengguna lainnya boleh diperoleh di bawah satu bumbung ‘Debenhams’.  

Sebenarnya, sudah lama Kak Fas tidak berkumjung ke Debenhams yang terletak di kompleks membeli-belah ternama di ibu kota Kuala Lumpur iaitu Starhill Gallery.



Kesempatan itu, Kak Fas ambil ketika menghadiri persembahan fesyen ‘Debenhams’ yang dianjurkan sempena ‘Starhill Gallery Fashion Week 2016’, bermula 6 April lalu dan berakhir petang tadi (Sabtu).

Selama empat hari, minggu fesyen Starhill Gallery menyaksikan pementasan ‘cat walk’ oleh peragawati dan peragawan professional membawa  label eksklusif terkenal seperti  Valentino, McQ Alexander McQueen, M Missoni, Kenzo, Debenhams, Mita Tam Style Studio,  iKarrtini dan Khoon Hooi.

Malangnya pada hari pelancaran minggu fesyen berkenaan Kak Fas tidak berpeluang hadir bagi menyaksikan fesyen-fesyen daripada label berkenaan yang khabarnya cukup menarik dan ‘happening’. Kak Fas cuma dapat saksikan fesyen-fesyen tersebut melalui gambar yang di post daripada sosial media.



Memang cantik menarik dan ‘panas’ sepanas cuaca yang melanda kita hari ini. Dek kerana terlepas peluang hadir pada hari pertama Kak Fas mengambil peluang untuk hadir pada hari terakhir Minggu Fesyen Starhill Gallery bagi menyaksikan koleksi terbaharu yang boleh diperoleh dari gedung ‘Debenhams’.

Kak Fas perlu berterima kasih kepada  Haniffah dari  YTL  Corporation yang sudi melayan permintaan Kak Fas untuk  hadir pada hari terakhir Minggu Fesyen tersebut bersama rakan blogger, Miera Nadhirah.

Memandangkan persembahan fesyen berakir dengan koleksi dari ‘Debenhams’ Kak rasa lebih baik Kak Fas pun speaking London sikit untuk cerita seterusnya. Barulah sesuai kan dengan jenama dari UK tu? Hahaha....

Tak apalah untuk berlaku adil Kak Fas campur-campurlah bahasa Melayu dan Inggeris supaya mudah difahami semua kaum. Malaysia kan terkenal dengan bahasa rojak bila bercakap –MelaIng gitu.. Haha itu gabungan Melayu-Inggeris yang Kak Fas cipta, tiada dalam kamus tau

Okey back to story..

Jika  pelancaran Minggu Fesyen Starhill Gallery, khabarnya  bermula dengan rangkaian pakaian warna merah panas dengan tarian 'salsa, pertunjukan fesyen Debenhams bermula dengan koleksi pakaian kasual  wanita rona putih tanda 'suci' disusuli dengan fesyen lelaki mengikut tema ‘Musim Bunga/Panas 2016’ atau lebih disebut ramai sebagai ‘Spring, Summer 2016’ collections. Sesuai kan dari merah panas diakhir dengan putih sejuk mata memandang.


Dan apabila bila bercakap mengenai ‘Spring & Summer’ tentulah bayangan percutian menggamit minda anda. Justeru, Debenhams mengetengahkan gaya pakaian untuk bercuti.

With head to toe micro florals, romantic ruffles and suede, the range that open up everyone’s eyes wide along the catwalk stage  covers all the essentials a stylish traveler could need.

Denim dungeress, stylish bomber jackets, suede miniskirts, box jackets and an array of silky camisoles are all stand out pieces that were well showcased by professional models.

The collections offer hot and spicy, rich color tones alongside a modern take on tribal prints and reworked botanical prints creating a vibrant rainforest feel. It is best worn if you are thinking of a tropical journey holidaying through South America, from the Amazon jungle or to the carnival city of Rio De Janeiro.


The Spring Summer collections offered by Debenhams are fresh modern look of classic shapes and timeless fabrics in combination with fashion forward geometric prints, colour palettes of sea blues paired back with crisp white.

Soft layering, sumper lace is the season’s key fabric while embroideries and subtle textures combine to create the perfect Spring Summer capsule wardrobe.

Bila melihat kembali baju yang dijahit dengan fabrik lace, teringat Kak Fas pada zaman remaja ketika lace menjadi kegilaan. Kak Fas pernah guna kain lace buat kebaya pendek gitu…. Sekarang lace kembali menambat hati generasi kini.

Well, fashion revolves like a wheel right. Once its up, next its down. Jadi jangan terkejut apabila anda melihat fesyen kebaya atau skirt kembang kembali dalam arena fesyen di era milenia ini.

All right, the men’s collection looks sexy somehow. Vibrant summer prints juxtapose against perfectly cut tailoring and neutral tones, offers  something for every man. Offering wearable and masculine styles through a cohesive collection both via its Designerss at Debenhams and Debenhams’ own brand do really amazed fesyen goers.


After the show ended, Kak Fas dan rakan-rakan sempat naik ke gedung Debenhams bagi menyakskan pelbagai lagi  jenama fesyen untuk wanita, lelaki mahu pun kanak-kanak.

Pilihan yang pelbagai dengan harga mampu beli membuatkan Kak Fas pun pening mana satu yang nak diambil denan baucer RM100 hadiah daripada Debenhams.  Baju ke, bag tangan ke, kasut ke…. 

Aduh memang sukar membuat pilihan. 

Menariknya, baju-baju yang ada di situ didatangkan dalam pelbagai saiz jadi bagi mereka yang memakai ‘L’ atau ‘XL’ ke jangan risau… ada saiz untuk anda cuma dalam ukuran British, setiap baju datang dalam saiz bernombor.

Anda boleh mencuba dan tahu saiz nombor yang dikehendakli.

Contohnya jika anda sering memakai baju saiz ‘L’ barangkali saiz bernombor 16 atau 18 sesuai. Kalau 20 tu macam ‘XL’ gitu.

Pilih punya pilih, try pun try akhirnya Kak Fas pilih bag tangan yang harganya melebihi RM100 jadi Kak Fas cuma bayar bezanya sahaja.

Terima kasih Debenhams dan terima Kasih Starhill Gallery atas event yang cukup bergaya, glamor dan tentunya ‘happening’ malah satu pertunjukan fesyen yang bukan sahaja dapat mencuci mata dan sekali sekala apa salahnya mencuci poket anda untuk sesuatu yang eksklusif untuk digayakan pada musim bunga dan panas kini.

Dan paling menariknya, ia dibeli dari kompleks membeli-belah ternama di kawasan segi emas Bukit Bintang – Starhill Gallery.