Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI PERCUTIAN PERCUMA, DISKAUN HEBAT DENGAN TOURISTGUIDE


Sekiranya ditanya soalan ini ‘Awak suka melancong?”  Rasanya jawapan yang diterima pastinya ‘tentulah suka, gila tak suka’….ikut percakapan budak-budak sekarang yang  tutur kata mereka lebih terbuka gitu.

Ya, Kak Fas pasti tidak ada orang yang berkata ‘tidak’ bila diajukan soalan seperti itu. Setiap orang tentunya suka melancong. JIka tidak ke luar Negara pun memadai bercuti dalam Negara.

Kerana itu, tidak hairan bila tiba je musim cuti persekolahan, ramai yang ambii  peluang melancong apatah lagi adanya syarikat tambang murah seperti AIrAsia, Malindo Air dan yang seumpamanya dewasa ini.

Seperti ‘tag line’ Air Asia contohnya, ‘Now everyone can fly” (Kini, semua orang dah boleh terbang), peluang untuk melancong ke luar Negara semakin mudah.

Jika rajin melayari internet, anda boleh terbang ke destinasi-destinasi impian dengan bayaran ‘ciput’ jer. Tak percaya? Memang boleh cuma rajin atau tidak melayari internet 24 jam untuk mendapatkan diskaun yang cukup berbaloi kata orang.

Tetapi dalam pada itu, jangan tak percaya, pasti ada juga segelintir masyarakat yang tidak pernah melancong atas beberapa faktor. Barangkali takut nak naik kapal terbang atau mungkin duit tak cukup dan pelbagai alasan lagi yang membuatkan seseorang itu tidak pernah melancong setapak jauh pun dari kampong halaman masing-masing.

Golongan beginilah sebenarnya yang perlu didekati untuk diberi informasi betapa seronoknya kalau dapat melancong. Tidak lah jadi ‘katak bawah tempurung’ je kan at least ‘lihatlah dunia’ meminjam kata arwah seniwati Azean Irdawaty.


Melalui catatan kali ini, Kak Fas nak memberikan peluang itu kepada anda yang mahu melancong tetapi kesempitan wang atau bagi mereka wang melancong itu sebenarnya boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah seperti tambah modal bisnes ke, buat belanjan kahwin ke dan sebagainya.

Tak kisahlah apa yang nak dibuat dengan duit masing-masing. Duit kita,,, kita punya fasal lah kan… nak buat apa pun… malah pada sesetengahnya buat apa bazir duit hanya untuk melancong….. banyak belanjanya dengan keadaan pertukarang wang yang naik turun dan pelbagai lagi.

Ok… apa kata jika Kak Fas kata sambil melancong anda sebenarnya boleh membuat duit juga. Boleh ke?

Iya boleh sesangat bahkan senang je… belum apa-apa pun anda sudah boleh melancong ke Bali atau Bangkok selama 3 hari 2 malam secara percuma. Tak percaya?

Nak tahu ikuti citer Kak Fas di sini……………….



Baru-baru ini Kak Fas dijemput oleh rakan-rakan blogger untuk bersama ke majlis sembang-sembang petang yang dianjurkan oleh syarikat  Infinity Vacation Sdn Bhd yang mengendalikan program  bernama touristguide.

Jika ikutkan terjemahan touristguide ini maksudnya pemandu pelanconglah. Kita perlu jadi pemandu pelancong ke untuk ‘join’ group ini?

Bukan …. Bukan…. Bukan!

Melalui touristguide anda bukan sahaja berpeluang melancong dalam kadar rendah berbanding syarikat pelancongan lain tetapi sambil melancong anda berpeluang mendapat faedah melancong secara percuma.


Menarik tak? 

Caranya bagaimana?

Menurut kata Shahrul Izuan Pengurus Pemasaran yang menguruskan laman web touristguide, sebaik sahaja anda  mendaftar sebagai ahli sebanyak RM150 seumur hidup, anda sudah layak menerima pakej pelancongan ke Bali atau Bangkok bernilai RM699 iaitu sebaik sahaja anda merujukkan seorang rakan lain.

Dari akar yang telah anda tanam itu apabila ia berkembang dan ‘berbunga’ dalam tempoh enam bulan anda dan rakan-rakan di bawah payung anda layak menerima pakej percutian yang dimaksudkan tadi.

Jangan salah faham, ini bukan bisnes MLM tetapi merupakan satu rangkaian  atau network pelancongan yang mampu menghubungkan anda dengan rakan-rakan lain daripada pelbagai budaya dan bangsa seluruh dunia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Shahrul memberitahu, touristguide sudah mempunyai lebih kurang 10,000 ahli berdaftar di mana jumlah data tersebut menjadi penanda aras untuk mendapat keyakinan daripada pihak-pihak berkaitan dalam industrI pelancongan.

Penubuhan touristguide dibangunkan berdasarkan kepada kumpulan model laman web belian bertujuan menawarkan harga lebih rendah untuk melancong berbanding dengan agensi pelancongan lain. Malah melalui laman web ini anda boleh menempah bilik daripada mana-mana 72,000 hotel yang tersenarai bersama touristguide dengan potongan harga sehingga 90% berbanding harga yang ditawarkan agensi terkenal lain.



Jika cara begini bukan yang anda cari, sebagai ahli anda juga boleh memohon pihak touristguide untuk membantu menguruskan pakej mengikut kehendak dan pilihan anda (customized travel package).

“Buat sementara waktu ini laman web kami sedang dikemas kini untuk memasuki pasaran antarabangsa di mana banyak lagi senarai hotel-hotel dalam dan luar negara akan bersama kami. Ini memberi peluang untuk ahli membuat pilihan hotel mana mereka kehendaki,”jelas Shahrul.

Katanya, sehingga laman web itu selesai dibina, ahli boleh menghubungi pusat  perkhidmatan pelanggan touristguide di talian 03-8734 2802 bagi menguruskan penempahan hotel dan sebagainya.

Bagaimana? Menarik tak nampaknya tawaran dari touristguide ini?






Menurut Shahrul lagi,  sasaran touristguide adalah untuk menjadi rangkaian laman web pelancongan terbesar di dunia yang mampu menghubungkan ahli sehingga 100,000 orang.

Dan yang paling utama, kerjasama touristguide dengan agensi yang mempunyai reputasi tinggi diyakini mampu memastikan kepuasan pelanggan terjamin pada setiap masa.

“Itulah harapan kami, memberi setiap ahli bukan sahaja peluang melancong pada kadar rendah malah dengan sistem ganjaran rebat tunai yang disediakan memberi peluang kepada semua ahli untuk mengumpul mata untuk ditukarkan kepada pakej pelancongan percuma,” jelas Shahrul.



Masih belum faham jalan cerita ini?

Apa kata layari video di  laman web www.touristguide.com.my untuk penjelasan yang lebih terperinci. Atau singgah sahaja ke pejabat syarikat yang terletak di  Suite A25-3A, Sentral Business Park, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor.  

Dan kalau rasa jauh nak pergi boeh sahaja telepon toll free 1800 38 3338 pada waktu pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang setiap isnin hingga Jumaat.

Tetapi pada yang dah  faham...apa lagi mulalah keahlian anda... wang RM150 yang dibayar tidak rugi nilai yang dibelanjakan. Mulakan perjalanan percutian anda bagi menimati segala faedah yang diberikan oleh touristguide.

Selamat bercuti u alls............