Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEMENANG BINTANG RTM2016 TETAP DIADILI JURI PROFESIONAL


Siapa di antara Eryn, Rosario, Hafiz, Eeqa, Adib dan Idris akan bergelar Bintang RTM 2016? 

Keputusannya bukan di tangan anda tetapi pada pemilihan juri profesional yang akan mengadail ke enam-enam peserta finalis berkenaan pada malam Sabtu 2 April ini. 

Seperti kata taglinenya #inibarubintang, kelahiran bakat-bakat baharu yang dilahirkan melalui program realiti  yang telah banyak memperkenalkan artis-artis popular bukan calang-calang.

"RTM mahu melahirkan bintang yang berkualiti. Dan kerana itu, kami tetap dengan prinsip kami untuk tidak menggunakan elemen sosial media seperti undian sms bagi menentukan kemenangan peserta," tegas Dato Adilah, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada majlis sidang media memperkenalkan finalis Bintang RTM 2016 di sebuah hotel terkemuka semalam (Isnin). Turut hadir, Encik Saiful  Zaman Yusop, Ketua Unit Hiburan tv.

Antara artis-artis kelahiran Bintang RTM yang popular kini termasuk Dato Jamal Abdillah, Dato Siti Nurhaliza, Misha Omar, Siti Sarah Raisuddin dan ramai lagi. Terbukti mereka-mereka ini berjaya sebagai penyanyi profesional yang mempunyai kualiti tinggi malah mala segar sehingga ke hari ini.

"Begitulah yang kami mahu, melahirkan artis-artis yang bermutu dan berjaya ke tahap yang membanggakan bukan sahaja kepada RTM tetapi kepada diri mereka sendiri," tambah Adilah.

Enam finalis yang berjaya ke akhir terdiri daripada Idris Zulkifli, 19; Mohd Hafiz Ismail 23; Rosario Ninih Chamini Bianis (21);  Muhammad Adib Ibrahim (24); Nor Fazrina Mohd Gani (23) dan  Nur Shafreeza Zainal Abidin (22).

Kesemua mereka perlu menambat hati para juri terdiri daripada  Datuk Mokhzani Ismail, Edrie Hashim, Ajai, Helen Yap, Edry Abdul Halim manakala Fauziah Latiff akan bertindak sebagai juri jemputan manakala pelakon Amyra Rosli dan juruhebah Nasional FM, Muaz Mohamed kekal sebagai pengacara. 

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 sumbangan RTM da pakej percutian ke Korea 5H 4M, sumbangan My Centrio Holidays Sdn Bhd. Naib Juara  RM15,000 dan pakej percutian 4H3M ke Bali manakala tempat ketiga berpeluang memperoleh RM10,000 dan pakerj percutian 4H 3M ke Jakarta.

Tiga hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang dengan pakej penginapan di Hard Rock Hotel selama 4H 3M.

Peserta yang memperlihatkan Persembahan Terbaik bakal menerima wang tunai RM5,000 dan Vokal Terbaik turut mendapat imbuhan nilai wang yang sama sebanyak RM5,000.

Pada malam final yang akan berlangsung di pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 2 April jam 9 malam turut diserikan dengan persembahan istemewa para artis jemputan kelahiran RTM antaranya Rohana Jalil, Ramlah Ram, Alah, Noraniza Idris, Dia Fadila, Asmidar, Amer Sofarz,Aisha Safia, Ernie Zakri, Farawaheeda, Zahid, Lan Kristal dan ramai lagi.

Good luck pada semua peserta! Dan pada peminat BRTM jangan lupa untuk  menyaksikan siaran langsungnya pada 2 April berkenaan di TV2 pukul 9 malam.