Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NANTIKAN KEHADIRAN 'SCARF MACHINE' ADIJUMA DI KAWASAN ANDA

DATO Siti, Datin Norjuma dan Muhammad Firdaus di majlis pelancaran Scarf Machine baru-baru ini,
Scarf Machine!

Barangkali ada yang kurang faham apa sebenarnya 'Scarf Machine'… apa kena mengena skaf dengan mesin ya tak. Kalau mesin jahit dah tentulah boleh menjahit skaf kan?

Itu sebenarnya adalah nama ‘glam’ yang cetusan  idea pengasas tudung bawal, Adijuma, iaitu Datin Norjuma Habib Mohamed  dalam memperkenalkan jualan  melalui sebuah ‘lori’ yang diubah sesuai ala gaya sebuah kiosk butik bergerak gitu.

INI dia 'Scarf Machine' - sebuah lori yang diubahsuai jadi kiok bergerak.


Kak Fas antara jemputan teman media dan blogger untuk bersama meraikan pelancaran ‘Scarf Machine’ yang berlangsung di pekarangan Piazza Curve, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meriah sungguh Kak Fas lihat, apa tah lagi dihadiri penyanyi nombor satu Negara, Dato Siti Nurhaliza yang diundang khas menyampaikan dua buah lagu waima menghiburkan tetamu yang hadir serta khalayak yang menyaksikannya dari jauh. Turut hadir bersama, Encik Muhammad Firdaus Habib Mohamed, orang kuat dalam bisnes keluarga Norjuma ini,

Bagi Kak Fas sendiri yang sudah pun berhijab, belum pernah sebenarnya menggunakan tudung bawal melainkan tudung yang sedia dililit dengan mudah… maklumlah kalau nak cepat sudah tentulah Kak Fas capai sahaja tudung yang ringkas dililit dan diikat.

Pun begitu, Kak Fas mahu juga berjinak-jinak dengan tudung bawal apatah lagi dapat peluang memperoleh dua helai tudung bawal sebagai cenderahati daripada pihak Colors Addiction Sdn Bhd waktu itu.

‘Not bad, warna warni lagi, akan ku cuba in sha Allah, ” fikir hati.

Tetapi bukan Kak Fas aje yang dapat, pihak syarikat dengan bermurah hati telah memberi tudung bawal percuma kepada setiap yang hadir dan tentu sekali sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu yang diberi penggunanya sejak tudung bawal Adijuma diperkenalkan di pasaran sejak 2011.


Kak Fas tengok tak sempat beratur pun, bag warna merah jambu serta hitam yang dihulurkan habis  sepantas kilat macam ikan piranha terkam mangsanya... lesap. 



Yang pasti tudung bawal Adijuma sudah mempunyai 19 buah ‘concept store’ sekitar Semenanjung termasuk Sabah & Sarawak namun kata Datin Norjuma, dua lagi outlet bakal dibuka di Dorsett, Putrajaya dan di Lot 10, Bukit Bintang, dijanka pada bulan April nanti.

Jika di Putrajaya tu, Kak Fas fahamlah sebab ia sebuah Bandar yang sedang membangun malah ramai penduduk kini tertumpu di sana manakala pejabat-pejabat Kerajaan pun sudah berpindah ke sana. Tetapi kenapa pula nak buka di Lot 10?

“Saya suka tempat yang menjadi tumpuan ramai orang yang suka lepak. Dan walau pun orang kata Lot 10 kurang mendapat sambutan tetapi saya suka kawasan itu. Ia mengingkatkan kepada saya dengan kawasan Pasar Seni di mana di situlah saya membuka kedai pertama Adijuma dan di situ juga tempat saya sering lepak dahulu. Lot 10 mempunyai ‘aura’ itu,” kata Norjuma jujur.



Okey, berbalik kepada tajuk asal – Scarf Machine. Bagi pembeli setia tudung bawal, usah risau jika ketinggalan untuk membeli skaf-skaf baharu daripada Scarf Machine, sebab ‘butik bergerak’ ini akan berada di kawasan anda tidak lama lagi.

Dengan adanya ‘Scarf Machine’, Datin Norjuma berharap ia satu langkah oleh pihaknya  untuk mendekati penggemar setia tudung bawal Adijuma secara  langsung terutama mereka yang berada di pendalaman yang sukar ke pekan membeli-belah. Mana tahu, kut kut berada di hadapan rumah anda, maklumlah ‘Scarf Machine’ ni bergerak. 

Dengan harga mampu milik serendah RM10 sehelai sudah tentu tudung bawal ini mendapat sambutan khalayak apatah lagi banyak pilihan yang sedia ada seperti  'Blue Label', 'Black Label', 'White Label', 'Red Label', 'Green Label' dan 'Pink Label'. 


'KE Paris kita ya......"
Pada majlis yang berlangsung meriah, pihak syarikat turut menyampaika tiket penerbangan ke Paris untuk 25 orang wakil Reseller Aidijuma yang berjaya dalam kempen jualan Aidijuma. Begitulah BawalScarfby Aidijuma dan BlossomRTW by BlossomBoxStore menghargai wakil jualan mereka.

Buat permulaan, Scarf Machine akan memulakan jualan secara mobile ini ke  Utara negeri Kedah dan kemudian ke beberapa tempat lain. Nak tahu jadual dan lokasi di mana Scarf Machine, anda cuma perlu ‘follow’ instagram dan  facebook adijuma atau hubuungi perkhidmatan pelanggan di talian 019-3252111 pada waktu antara 9 hingga 6 petang setiap Isnin-Jumaat sahaja.

Jadi jangan lupa selalu-selalu lah jenguk laman-laman social media ini ya you alls.