Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON MALL SHAH ALAM ADA KELAINANNYA


Pasar raya terkemuka,AEON, sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti Kak Fas dan rasanya ramai di luar sana, tidak ketinggalan membeli-belah di pasar raya terkenal itu. 

Cuma apabila berkunjung ke AEON di mana sahaja cawangannya seluruh negara, konsepnya sama sahaja, tiada yang boleh membezakan di antara AEON di KL mahu pun AEON di tempat-tempat lain.


Pun begitu, ada keistimewaan yang terdapat di pusat membeli-belah AEON Shah Alam yang baharu sahaja mendapat sentuhan Di Raja pada majlis pembukaan rasminya baru-baru ini.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 22 Mac lalu  telah mencemar duli bagi merasmikan AEON Mall Shah Alam yang merupakan pusat membeli-belah ke-25 dan cawangan yang ke-31 di Malaysia. 

Seketika berada di sini dapat dirasakan pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah kerana konsep yang diperlihatkan pada AEON Shah alam cukup berbeza.

"Ia satu-satunya pusat membeli-belah AEON yang mempunyai 'Do Mall' dan aktiviti-aktiviti interaktif bersama pelanggan khususnya keluarga," cerita Nur Qamarina Pengarah Urusan Aeon Co (M) Bhd ketika membawa Kak Fas dan rakan-rakan blogger seperti Misz Ella dan Miera mengelilingi persekitaran pusat membeli-belah berkenaan sebaik sahaja selesai majlis pelancaran.



Sewaktu majlis pelancaran, Dato Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi Aeon Co. (M) Bhd dalam ucapannya mengenai AEON Mall Shah Alam berkata:

"Di AEON, kami mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun.



"Setiapnya menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”

Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. 





Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).




Memang benar bagai dikata, Kak Fas dah tengok sendiri persekitarannya yang menampung sejumlah 160 jenis perniagaan meliputi jenama-jenama antarabangsa seperti H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. 

Malah bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan, pelbagai hidangan makanan di kawasan Gourmet Table atau medan selera, termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.

Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan perkhidmatan lokar simpanan sejuk percuma di mana pengunjung kini boleh terus meluangkan masa di pusat membeli-belah tanpa perlu risau tentang barangan sejuk beku yang telah dibeli.

Paling menarik perhatian Kak Fas adalah kelengkapan surau di mana telekung yang disediakan mengikut tujuh warna dalam seminggu.



"Ia bertujuan untuk kami pastikan telekung dicuci setiap hari. Sekiranya ada telekung merah tertinggal pada hari warna telekung biru umpamanya bermakna telekung itu belum dicuci," ujar Nur Qamarina.sambil memberitahu AEON mengutamakan kebersihan (Hygiene).

Memang patut sangat ruang surau dan kelengkapannya dijaga rapi setiap hari kerana kebersihan amat digalakkan oleh Islam. Tak perlula kita ragu-ragu lagi samada telekung yang dipakai kotor. Di sini guarantee bersih punya.

Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar troli membeli-belah, tandas khas untuk kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak.

Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”, Aeon  sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan mendapat pengalaman yang menyenangkan, tambah Nur Qamarina.



AEON turut  memastikan bahawa setiap kaki tangan peniaga menjalani latihan dalaman yang ketat untuk meningkatkan kemahiran mereka.


Sempena pembukaannya, AEON Mall Shah Alam akan  menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April ini. 

Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’ Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di sini. 

Jadi orang-orang sekitar Shah Alam, apa lagi ayuh ke AEON bersama keluarga dan dapatkan pengalaman berbeza dari mall terbaharu ini.

Memang menarik, segalanya ada di situ... baik untuk ayah, emak atau pun anak-anak....yang perlu ada duit untuk berbelanja,,,,semuanya boleh.....