Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABPBH 29: UNDIAN BERMULA 25 MAC - 22 APRIL


Bertemakan #respek, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29  (ABPBH 29) menyaksikan  pelakon lama bersaing dengan bakat baharu bagi merebut 13 kategori yang dipertandingkan pada 8 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Antaranya seperti Faizal Hussein yang berentap dengan pelakon-pelakon seperti Shanaaz Ahmad, Remy Ishak, Kamal Adli dan Fattah Amin bagi merebut kejuaraan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular.

Manakala bagi golongan penyanyi pula, Awie  tersenarai dalam kategori Artis Versatil Popular waima kumpulannya Wings pula terpilih melalui kategori Artis Kolabrasi/Duo/Berkumpulan Popular. Mereka bersaing dengan kumpulan generasi muda seperti Akim & The Majistret. Tasha Manshahar & Syed Shamim, Hafiz Suip & Adira mahu pun Joe Flizzow & Sona One.

Mewakili pelakon wanita dan pengarah pula menyaksikan Erma Fatima tergolong bersama wajah-wajah muda seperti Emma Maembong, Fathia Latif, Siti Elizad serta Siti Saleha dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Bagi Erma Fatima sudah tentu drama ‘Mak Cun’ menjulang kembali namanya dalam drama tv.

Mampukah artis-artis ‘otai’ ini menewaskan artis-artis baharu? Segalanya tentunya bergantung kepada undian peminat masing-masing.

Pengumuman  ke semua lima finalis akhir ABPBH 29 yang dilakukan oleh pengacara Didie Alias  selesai diadakan di Balai Berita NSTP, Bangsar di sini petang tadi (Rabu) dengan di hadiri sebilangan artis-artis terlibat termasuk antaranya Faizal Hussein, Mira Filzah, Dayang Nurfaizah, Ir Radzi, Aizat Hamdan, Ruhaines, Ifa Raziah dan ramai lagi.


Selain menyaksikan senarai ‘top 5’ yang layak dipertandingkan, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan penyampian tajaan oleh penaja-penaja ABPBH29 kepada Pengarang Kumpulan BH< Datuk Mahfar Ali.

Majlis turut memperlihatkan pencalonan finalis untuk lima  kategori online di mana keseluruhannya ABPBH29 tahun ini akan menyaksikan 18 kategori dipertandingkan tidak termasuk Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat bag menghargai artis yang terus berkecimpung dan masih aktif dalam industri.

Jadi, setelah mengetahui artis-artis yang Berjaya ke peringkat ‘top 5’ bagaimana pula caranya untuk memastikan kemenangan mereka?

Para peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 25 Mac ini hingga 22 April depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih  Bintang Paling Popular, 2015.

Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad bagi memberi peluang pembaca memilih artis kesukaan mereka untuk setiap kategori.



Malah, undian secara online turut dijalankan utuk memilih pemenang setiap kategori.
Dan pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular akan dipilih berdasarkan kiraa undi tertinggi yang diterima oleh BH.

Meekanik yang sama turut digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang diadakan pada tempoh yang sama di mana undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH www.abpbh.com.my


Pada ABPBH29 kali ini, pnganjur membuat pengubahsuaian untuk kategori anugerah Arits KOmedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular serta memperkenalkan satu kategori baharu iaitu Artis Versatil Popular.

“Penggabungan kategori telah dilakukan untuk ketiga-tiga augerah terbabit di mana tidak ada lagi pemenang bagi kategori lelaki dan wanita. Kategori Artis Versatil Popular pula diperkenalkan mengambil kira semakin ramai artis sekarang menyertai lebih daripada satu bidang seni,” ujar Pengarang Hiburan BH yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 29, Shamsul Azree.

Acara berprestij dan gilang gemilang ini akan disiarkan secara langsung melalui tv3 bermula pukul 9 malam pada 8 Mei berkenaan.

Berikut adalah senarai penuh lima finalis untuk ABPBH 29



Artis Baharu Lelaki Popular
1. Ippo Hafiz
2. Ir Radzi
3. Nadzmi Adhwa
4. Redza Rosli
5. Sufi

Artis Baharu Wanita Popular
1. Falisha Crossley
2. Janna Nick
3. Mira Filzah
4. Nana Sheme
5. Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Abam
2. Remy Ishak
3. Shaheizy Sam
4. Sharnaaz Ahmad
5. Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Fathia Latiff
3. Neelofa
4. Nur Risteena
5. Siti Saleha


Pelakon TV Lelaki Popular
1. Faizal Hussein
2. Fattah Amin
3. Kamal Adli
4. Remy Ishak
5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Erma Fatima
3. Fathia Latiff
4 Siti Elizad
5. Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Asfan
3. Hazama
4. Ir Radzi
5. Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Aishah Aziz
3. Ayda Jebat
4. Dayang Nurfaizah
5. Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
1. Akim & The Majistret
2. Hafiz Suip & Adira
3. Joe Flizzow & SonaOne
4. Tasha Manshahar & Syed Shamim
5. Wings

Artis Komedi Popular
1. Abam
2. Amir
3. Ebby Yus
4. Shuib
5. Zulin Aziz

Artis Versatil Popular
1. Abam
2. Ajak Shiro
3. Awie
4. Didie Alias
5. Ifa Raziah

Pengacara TV Popular
1. Hazlin Hussein
2. Izreen Azminda
3. Neelofa
4. Sherry Alhadad
5. Wak Doyok

Penyampai Radio Popular
1. Abby Fana (Sinar)
2. Deen (Hot)
3. DJ Lin (Suria)
4. Feeya Iskandar (Sinar)
5. Fizie (Hot)


ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Elfira Loy
3. Emma Maembong
4. Fazura
5. Nazim Othman
6. Nora Danish
7. Saharul Ridzwan
8. Scha Alyahya
9. Shukri Yahaya
10. Zizan Razak


Personaliti Media Sosial Popular

1. Amran Fans
2. Atita Haris
3. Faizdickie
4. Kevin Zahri
5. Lara Alana
6. Mat Lutfi
7. Queen of Luna
8. Ucop
9. Vivy Yusoff
10. Wak Doyok

Artis Ikon Respek
1. Aishah Sinclair
2. Daphne Iking
3. Datuk AC Mizal
4. Datuk Aznil Nawawi
5. Hafiz Hamidun
6. Heliza Helmi
7. Maya Karin
8. Mizz Nina
9. Sazzy Falak
10. Scha Alyahya


Artis Trending Popular
1. Arja Lee
2. Atikah Suhaime
3. Ayda Jebat
4. Fasha Sandha
5. Fazura
6. Sharnaaz Ahmad
7. Tasha Shilla
8. Uqasha Senrose
9. Yuna
10. Zizan Razak

Artis YouTube Popular
1. Ainan Tasnem
2. Eleena Haris
3. Ippo Hafiz
4. Najwa Latif
5. Nana Sheme
6. Siti Nordiana
7. Syed Shamim
8. Tasha Manshahar
9. Wani (Kun Anta)
10. Wani Kayrie