Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BRTM2016: SIAPA MARA KE AKHIR MALAM ESOK DI TV2?

JORINN tersingkir....
Setelah menyaksikan penyingkiran dua peserta berasal dari Kuala Lumpur, Alif, dan Jorinn yang juga pemilik nama lengkap Chee Ka-Yee dari Selangor pada peringkat suku akhir Bintang RTM, minggu lalu, esok  akan menyaksikan satu kelainan bagi menguji vokal lapan lagi peserta yang tinggal.
ALIFF juga tersingkir.

Mereka terdiri daripada  Idris Zulkifli (Idris), Mohd Farhan Mohd Mustafa (Farhan), Muhammad Hafiz Ismail (Hafiz - pix kanan, bawah), Muhammad Adib Ibrahim (Adib), Norfazrina Mohd Gani (Eryn), Nur Shafreeza Zaial Abidin (Eeza -pix kiri bawah), Syakirah Edora Janali (Edora), dan Rosario Ninih Chamini Bianis (Rosario).


Kelainan  yng dimaksudkan pada peringkat separuh akhir malam esok (Sabtu) akan menyaksikan kesemua peserta  harus menyampaikan lagu bertemakan 'Kau Mampu' di mana  peserta wanita membawakan lagu penyanyi lelaki manakala peserta lelaki perlu menyampaikan lagu artis wanita. 

Siapakah agaknya di antara mereka yang dapat menyahut cabaran tema itu sekali gus melayakkan diri ke peringat Akhir  dan dinobatkan juara Bintang RTM 2016 pada 2 April depan.

Bagi mereka yang ingin memeriahkan program BRTM2016 ini secara lebih dekat bolehlah berkunjung ke Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur esok (Sabtu) pukul 9 malam. Masuk adalah percuma.

Tetapi jika ada hal dan tidak berkesempatan ke Angkasapuri, boleh sahaja menontonnya di TV2 atau portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Anda cuma muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.





Seperti yang kita semua maklum BRTM banyak melahirkan artis-artis terkenal seperti Dato Jamal Abdillah dan Dato Siti Nurhaliza antaranya, jadi tidak syak lagi program realiti yang sudah bertahan lamanya ini adalah yang terbaik dalam melahirkan bintang-bintang ternama. Jadi benarlah taglinenya yang menyebut #inibarubintang.

Tak gitu?

Jadi mana satu antara lapan peserta ini pilihan anda pula? Segalanya bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk membuat yang terbaik bagi mencuri hati juri tetap seperti Edry Hashim dan Ajai  termasuk juri undangan.