Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CREAZION BY SITI NURHALIZA, KOLOBRASI BERSAMA ARIANI


Sembilan tahun daam industri hijab, jenama Ariani sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kak Fas yakin khalayak sudah maklum apa itu Ariani. Jadi tak perlulah Kak Fas cerita panjang lebar mengenainya,

Apa yang Kak Fas nak bicarakan di sini adalah mengenai kenapa penyanyi tersohor Negara, Datuk Siti Nurhaliza yang sudah terkenal malah mempunyai perniagaannya tersendiri mengeluarkan produk Simplysiti boleh pula bergabung dengan Ariani untuk berkecimpung dalam industri fesyen?

Itu yang Kak Fas rasa semua mahu tahu kenapa. Kali ini Siti tidak boleh lagi kata ‘Biarlah Rajsia’ kerana ini jawapannya:

“Saya tidak tahu tentang jenis-jenis fabrik dan bagaimana perjalanan tentang bisnes pakaian ini, jadi saya memerlukan mereka yang pakar dan memudahkan kerja saya.

“Saya cuma cakap sahaja mahu jenis kain yang bagaimana dan dia orang akan cari yang terbaik untuk rekaan yang saya mahu. Bukan saya tidak mahu bergerak sendiri, cuma ia mengambil masa lama untuk belajar,”

Jadi begitulah kisahnya macam mana kolobrasi Siti dengan pemilik jenama Ariani, Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing Sdn Bhd (pix kanan, kiri) ini berlaku apatah lagi SIti pula telah dilantik sebagai Ikon Ariani 2016. 

Jadi layak kan?

Kerjasama itu membawa kepada pengeluaran tiga produk meliputi Ariani X Siti Nurhaliza, Ariani Stockist X SIti Nurhaliza dan yang paling ditunggu-tunggu ramai tentunya rangkaian baju ‘ready to wear’ iaitu Creazion by Siti Nurhaliza.

Ada tak terasa berbelit lidah nak sebut CREAZION ini? Alaa…. Macam CREATION lah cuma dengan adanya huruf ‘z’ itu membuatkan sebutannya macam gaya Perancis sikit kata Siti… maklumlah nak ‘catch’ pasaran antarabangsa kan?



Apa pun, satu majlis penuh ‘chic & glam’ dianjurkan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi memperkenalkan kesemua produk di bawah jenama SIti Nurhaliza dengan Ariani.

Majis dimulakan dengan persembahan koleksi dari Ariani x Siti Nurhaliza yang dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama merangkumi ‘exsclusivity, modesty dan conremporary’ pada penstrukturan selendang dan tudung-tudung berkenaan.


Enam jenis koleksi tudung ‘instant’ dan selendang diperagakan oleh peragawati-peragawati jelita yang melalui pentas dengan pantas. Cepat sungguh mereka melalui ‘catwalk’ sehingga tak sempat nak renung betul-betul setiap jenis koleksi. Nasib ada skrin gergasi yang dipasang kiri kanan pentas, boleh juga lah nampak dekat.

Antara koleks yang tonjolkan termasuk Selendang Malvina, Instant Naureen, Instant Madeena… eh macam brand Misz Nina lak Madeena…. Diikuti Instant Avelyn, Instant Raina dan juga Instant Erina. Tu dia macam macam nama dah keluar… moden dan canggih namanya kan.

Kebanyakan tudung-tudung berkenaan dihasilkan dari fabrik chiffon dan bubble goergetter yang bermutu tinggi dan didatangkan dalam pilihan warna pastel serta vibrant waima direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang serta boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara.

Segmen kedua, menampilkan kolaborasi julung kalinya antara Ariani Stockist X Siti Nurhaliza di mana sebanyak enam koleksi diperkenalkan merangkumi Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.



Tu dia… nama-nama yang hebat belaka pada rangkaian tudung ‘instant’ ni. Pun begitu, mereka yang mahu membeli koleksi terhad ini perlu melalui para stokist  berdaftar yang dilantik Ariani sejak 2015 dan ia tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani.


Jadi janganlah duk penat-penat tinjau di butik Ariani tu, takkan adanya tudung Ariani X Stockist Siti Nurhaliza ini kecuali membelinya daripada stockis sahaja.


Dan melengkapi majlis petang itu, tentu sekali pengeluaran ‘ready to wear’ Creazion by Siti Nurhaliza. Kesemua koleksi yang diperagakan bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif dan merupakan ilham sepenuhnya pemilik suara lagu “Aku CInta Padamu” ini.

Bahkan lagu itu mengiringi setiap langkah peragawati di pentas ‘catwalk’  di mana akhirnya Siti Nurhaliza muncul sendiri dmenyambung menyanyikan lagu berkenaan dalam susunan muzik yang rancak lagi segar.

Apabila Siti muncul, tentulah tepukan gemuruh mengekori persembahannya dan ia juga petanda berakhirnya pertunjukan fesyen berkenaan. 

Antara yang hadir, tetamu kehormat, Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysisa dan tentu sekali bersamanya suami tercinta masing-masing,  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa  dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel (pix bawah, kiri).



Apa agaknya keistimewaan koleksi Creazion by Siti Nurhaliza ini?



Kak Fas tengok desain-desainnya memang menarik bukan kerana simplisiti yang ditampilkan melalui rekaannya tetapi  benar seperti kata SIti, elemen minimal, elegan dan eksklusif yang diterapkan antara daya tarikan pembeli. Ada juga yang menarik hati Kak Fas walau pun kesemua rekaan digayakan oleh peragawati yang ‘slim-slim’ bukan yang berbadan besar sekali pun.



Tetapi jangan risau. Siti membuat koleksi ‘ready to wear’ nya itu untuk pelbagai saiz  sehingga XXL pun ada.

Nak tengok dan cuba lebih lanjut, bolehlah ke butik fizikal produk Creazion by SIti Nurhaliza yang terletak di ruang berkeluasan lebih 800 meter persegi bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur.



Untuk Hari Raya akan datang, khabarnya Creazion akan mengeluarkan beberapa koleksi baju khas untuk musim perayaan itu tidak lama lagi. 

Jadi sabar dan tunggguuuuu...pengumumannya nanti..







Gambar di persekitaran majlis :