Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FESTIVAL JAZZ BELIA SEDUNIA DI DATARAN MERDEKA 6-8 MEI



Adakah anda meminati lagu-lagu genre 'jazz'?

Lagu berentak 'jazz' sebenarnya bukanlah satu genre yang kurang popular di rantau ini sebagaimana ia diterima di luar negara. Jika tidak mana mungkin ada Ratu Jazz kita sendiri ya tak seperti Sheila Majid.

Pun begitu, barangkali peminat lagu-lagu jazz agak kurang daripada mereka yang meminati lagu rock, balada mahu pun pop tetapi yang pasti 'jazz' kini semakin diterima anak-anak muda apatah lagi dengan wujudnya sebuah festival yang dinamakan 'Festival Jazz Belia Sedunia' atau lebih popular dengan panggilan "World Youth Jazz Festival'.(WYJF)

iya, untuk kali ke lima, WYJF kembali dengan skala yang lebih besar dan paling utama ia PERCUMA. Selama tiga hari peminat jazz boleh berhibur dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang akan dilangsungkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anjuran World Youth Festival Management Sdn Bhd oleh pengasasnya, Datuk Nik A. Azmi (pix bawah, tengah) dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, festival akan berlangsung dengan 2 pentas disediakan serentak menampilkan lebih kurang 20 kumpulan artis jazz terkenal daripada 8 buah negara luar  meliputi Amerika Syarikat, Phillipines, Sepanyol, Japan, UK, Indonesia, Vietnam, Jerman dan Malaysia sebagai hos.





Mendengar ucapan ringkas dan santai Datuk Nik yang nampak begitu 'passionate' sekali terhadap festival ini Kak Fas perlu tabik kepada usaha beliau. Malah sempat pula beliau bergurau dengan kata-kata:
MAYA Karin.

"Sebenarnya, saya sudah tidak mahu lagi meneruskan festival ini setelah empat tahun menganjurkannya, tetapi ramai anak-anak muda meminta saya agar tidak berhenti dan membantu mereka mengembangkan festival jazz ini."

"Kerana permintaan mereka itulah saya teruskan juga walau pun sebenarnya festival ini tidak mendatangkan keuntungan pun, duit poket saya sendiri yang banyak keluar adalah sampai sekarang masih berhutang, Agaknya 'along' yang saya pinjam duit tu suka jazz kut sebab itu mereka tak lah ganggu saya sangat, " tambah Dato Nik dalam ketawa kecil sambil mendapat tepukan hadirin.

Turut bersama isterinya, Datin Farida, penyanyi Waris, Encik Fauzi dari DBKL dan pelakon.penyanyi Maya Karin. Mereka antara dua artis solo Malaysia yang akan membuat persembahan pada malam festival iaitu Waris pada malam 7 Mei dan Maya pula pada malam terakhir 8 Mei.

O Sisters

Bertemakan 'Beyoutiful'  gabungan perkataan yang membawa maksud 'by the youth, with the youth dan for the youth', festival tiga hari ini akan menyaksikan persembahan artis luar negara seperti 'O Sister' (Sepanyol), kumpulan Frederick Koster (Jerman), Dua Drum (Indonesia) dan ramai lagi.

Selain persembahan pentas, beberapa pengisian aktiviti lain turut disajikan khususnya yang tertumpu kepada minat golongan belia. Antara yang dikenal pasti merupakan acara menyambut KL Coffee Day, The Square KL dan KL Auto Jamm.

FREDERICK  Koster


Menurut Dato Nik, acara sampingan lainnya, WYJF akan menyambut Hari Jazz Antarabangsa di No Black Tie pada 30 April.

"Persembahan jazz khas sempena Hari Pekerja pula akan diadakan di Dagang Avenue Food Court di Taman Dagang pada hari berikutnya anjuran Jazz Ampang," ujar Dato Nik.

Sementara itu, para artis persembahan juga akan mempunyai pertunjukan mereka sendiri di No Black Tie dari 4 hingga 10 Mei. Peminat boleh menyemak senarai persembahan melalui laman web www.noblacktie.com.my.

Selain itu, satu bengkel jazz akan dianjurkan di ASWARA pada 9 Mei manakala  sesi jam aka diadakan dengan artis WYJF di beberapa kelab jazz selepas perayaan pada 11 hingga 14 Mei.

Dengan pelbagai aktiviti dan persembahan yang disusun, pihak penganjur berharap orang ramai akan hadir pada konsert percuma jazz terbesar berkenaan di mana ia akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Majlis pelancaran festival dijangka dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato Sri Hj Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.




Maklumat lanjut berhubung program boleh layari laman web http://www.worldyouthjazzfest.com

Antara barisan penaja yang terlibat teridiri daripada MyBazar yang menawarkan dua tiket penerbangan ke Eropah dan tiket percuma menyaksikan Festival Jazz Sarajevo yang akan berlangsung pada bulan awal bulan November hujung tahun ini.

Bagi mendapatkan perincian bagaimana mahu memenangi hadiah menarik berkenaan bolehlah layari laman web mereka
www.mybazar.com atau melalui link 
http://www.mybazar.com/worldyouthjazzfest2016/

Manakala bagi pengunjung yang mahu ke festival, jangan risau mengenai pengangkutan memandangkan 'Catch That Bus' atau pun 'Grab' di mana anda dapat diskaun RM8 jika menaik teksi (MyTeksi) atau GrabCar'.Untuk mendapatkan diskaun itu anda perlu memasuki kod promo. Layari www.grab.com.

Penaja-penaja lain terdiri daripada Hotel Vistana, Sweet Spot, Malaysia Airlines, Air Asia dan Guitar Empire manakala Rentak Sejuta bertindak sebagai rakan media official.