Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIA SARA KINI JADI USAHAWAN KECIL


Sudah lama Kak Fas mengenali anak kecil ini apabila dia terjun sebagai pelakon kanak-kanak. Dia seorang anak kecil yang petah berbicara malah sering melontarkan senyuman manis.

Lakonannya  tidak dinafikan keberkesanannya sehinggalah dinobat sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Anugerah Cipta  dalam Festival Filem Malaysia ke 24 bagi filem 'Sekali Lagi' pada tahun 2011.


Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan ternyata mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon namun siapa sangka dalam usia menghampiri 11 tahun sekarang, anak ketiga daripada empat beradik ini sudah mempunyai produk jenamanya sendiri yang dinamakan  MS Couture.

Pengalamannya dalam industri hiburan baharu tujuh tahun namun Mia sudah bergelar usahawan kecil sebaik sahaja menyempurnakan pelancaran jenamanya sendiri itu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MS Couture meliputi rangkaian tudung, baju kurung dan jubah dicetuskan setelah tampil berhijab pada Disember 2015 lalu.

Bercerita kisah dan pengalamannya ke arah perniagaan yang diusahakannya ini, kata Mia: 

"Saya mula menceburi bidang 
perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri," ujar Mia Sara.

Tambah Mia, terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang didatangkan khas untuk ibu dan anak, antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah. 

"Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah, tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu)," tambah Mia.

Kesemua tudung MS Couture diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu lycra printed, lycra cotton dan lycra denim. 


Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena.

Marisa merupakan jubah potongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet manakala Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A, diperincikan dengan stail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe. 



Selain itu, MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensil, menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak berkualiti tinggi. 

Pada majlis tersebut antara selebriti yang memberi sokongan terdiri daripada Liyana Jasmay dan Ekin AF.

Mungkin kah dengan melibatkan diri sebagai usahawan kecil ini, Mia akan mengehadkan dirinya untuk berlakon apatah lagi sudah berhijab?



"Sebenarnya tawaran berlakon agak kurang selepas saya berhijab namun tidak mengapa kerana Allah memberikan rezeki lain kepada saya melalui jualan tudung dan sebagainya.Lagi pun bolehlah saya tumpukan lebih masa untuk pelajaran," jelas Mia yakin,

Pun begitu, yang pasti Mia masih menjadi duta kecil  kepada produk matkanan tambahan syarikat Raffelina Sdn Bhd iaitu Caliph bersama penyanyi Fynn Jamal.

Betul Mia, rezeki ada di mana-mana, yang penting usaha dan tidak putus asa untuk mencapai kejayaan, in sha Allah!