Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ROSARIA BUKTI KEUNGGULAN, DINOBAT JUARA #BRTM2016





Dua tahun lalu, beliau dinobatkan sebagai Johan Bintang Remaja RTM 2014 anjuran RTM Sabah dan kini Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, membuktikan keunggulannya sekali lagi apabila bergelar Juara Bintang RTM 2016 (#BTM2016) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya malam tadi di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Sejak menjadi pengikut setia program realiti paling lama dalam industri televisyen Malaysia itu, Kak Fas tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan siaran langsungnya yang disiarkan oleh tv2. 

Cuma Kak Fas tidak ada masa untuk menyaksikannya di pentas Auditorium Perdana setiap hari Sabtu malam kecuali malam tadi pada peringkat akhir BRTM2016 dan pada majlis sidang media memperkenalkan enam finalis -Rosario, Adib, Erynn, Eaza, Hafiz dan Idris di Hotel Pullman, Bangsar baru-baru ini.

Melihat pada vokal dan persembahan mereka, Kak Fas sebenarnya sudah dapat meneka siapakah yang bakal menjadi juara dan tekaan Kak Fas tepat sekali apabila Rosaria dinobatkan sebagai Johan BRTM2016.

Atas kemenangan itu, Rosario, berasal dari Tambunan membawa pulang wang tunai RM20,000. piala sumbangan RTM dan pakej pelancongan 5H 4M ke Korea. Di samping itu, barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani, Ajai, Edry Hashim, Helan Yap serta Fauziah Latiff memilih Rosario untuk memenangi RM5,000 bagi ketegori Vokal Terbaik.

Pada peringkat akhir, Rosaria menyampaikan lagu 'Run'  nyanyian asal Leona Lewis dengan begitu 'feel' sekali sehingga menitiskan air mata manakala lagu duet bersama Ernie Zakri menyaksikan vokal Rosaria terserlah dalam lagu 'Beribu Sesalan;.

Kak Fas melihat tahun ini kesemua peserta wanita memperlihatkan persembahan dan vokal terbaik berbanding peserta lelaki dan ternyata kebenaran itu apabila tempat kedua dan ketiga disapu bersih oleh finalis wanita manaka ketiga-tiga finalis lelaki mendapat hadiah sagu hati.

Eryn atau nama penuhnya Norfazrina Mohd Gani  berjaya berada di tempat Naib Johan dengan hadiah kemenangan RM15,000, piala dan pakej pelancongan 4H 3M ke Bali serta tambahan RM5,000 lagi atas kemenangannya dalam  kategori Persembahan Terbaik. Beliau menyampaikan lagu "Bertemu di Kalbu"  dan duet lagu 'Cinta' bersama Juara Bintang RTM 2012, Aisha Safia.




Tempat ketiga tentunya milik Nur Shafreeza Zainal Abidin aka Eeza yang membawa pulang RM10,000, piala serta pakej percutian 4H 3M ke Jakarta, Indonesia tajaan My Centrio Holidays Sdn Bhd.



Hadiah sagu hati yang diterima ketiga-tiga finalis lelaki - Idris Zulkifli, Muhammad Adib Ibrahim dan Muhammad Hafiz Ismail berupa wang tunai RM1,000 setiap seorang  dan pakej penginapan di Hard Rock Hotel selama empat hari tiga malam.

Bintang RTM telah banyak melahirkan produk-produk yang berjaya melakar kejayaan sebagai penyanyi yang memiliki vokal terbaik dan berkualiti antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad, Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Azharina Azhar dan ramai lagi.

Tahniah pada yang menang!