Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RESTOREN CINA MUSLIM ABDULLAH HALAL TOYYIBAN!


Ipoh adalah negeri tumpah darahnya Kak Fas.

‘Ipoh mali tatak sombong….’ begitu antara ayat gurauan yang sering dilontarkan sebagai tanda orang-orang Ipoh ini baik, mesra dan sudah tentu ‘friendly’... macam Kak Fas lah hihi....

Walau pun lahir di Ipoh namun Kak Fas banyak membesar di luar Ipoh samada tinggal di Kuala Lumpur atau pun berhijrah ke luar Negara.

Pun begitu Ipoh tetap di hati waima nenek moyang Kak Fas berasal daripada lembah Kinta ini malah sebagai cucu kepada Orang Besar Jajahan Dato Panglima Klinta Che Tak, Kak Fas sering turun ke Ipoh untuk melawat pusara keluarga di Masjid Panglima Kinta di mana bersemadinya kedua ayah dan bonda serta abang dan kaum kerabat.
.
Kerana itu Ipoh sering dekat di hati.

Jadi apabila dipelawa oleh kenalan lama Kak Fas, PR Kidd untuk melakukan lawatan dua hari satu malam ke Ipoh bagi meraikan majlis pelancaran sebuah restoren Cina Muslim yang dinamakan Restoren Chinese Muslim Abdullah (RCMA) maka Kak Fas tidak teragak-agak untuk menerima undangan berkenaan.



Seramai lebih kurang 22 anggota media dan bloggers dibawa dengan perjalanan bas berhawa dingin ke Ipoh yang mengambil masa kira-kira dua setengah jam sahaja. Ini tidak termasuk beberapa media elektronik yang pandu kereta sendiri.

Kali ini, bukanlah pusat Ipoh yang menjadi tumpuan tetapi ke sebuah kawasan baharu yang pesat membangun iaitu di Meru, Amanjaya, di mana terletaknya restoren milik seorang anak muda mualaf, Encik Aiman Abdullah Loh.



Selepas daftar masuk ke hotel Casuarina Meru, kami terus bersiap sedia untuk ke majlis pelancaran restoran yang bakal adakan bermula 4 petang. Pada awalnya dikhabarkan Menteri Besar Perak akan berangkat merasmikan majlis namun kelibat MB tidak kelihatan ketika majlis sudah mahu dimulakan.

Rupa-rupanya MB ada urusan lain yang lebih penting seraya mewakilkan Pengarah Pelancongan Perak, Encik Hizaz Mohd Ibrahim untuk melafazkan pembukaan rasmi restoren.

Dan sebaik sahaja Kak Fas dan geng dibawa masuk ke restoren tiga tingkat ini, beberapa meja bulat yang mampu memuatkan kami semua sudah tersedia. 

Cuma tunggu hidangan sahaja yang belum ada waima seperti kata Pengarah Urusannya, Aiman ‘semua hidangan di masak panas-panas agar lebih enak menjamahnya’.

Memang betul, jika hidangan dah sejuk kalau sedap pun menjadi sebaliknya.

RUANG Dalaman restoren. Pix Max (femagonline).
Mempunyai sembilan belas kakitangan yang diketuai oleh bapa saudara Aiman iaitu Kenji, selaku Chef di dapur ada lebih 100 menu yang boleh dijadikan pilihan selera berkonsepkan masakan Kantonis fusion.


























Sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas makan  di sebuah restoren Cina yang mempunyai hidangan Kantonis. Bukan apa kebanyakan restoren Cina yang ada dikhuatiri  tidak halal jadi memang sukarlah hendak membuat pilihan.

Sebagaiamana kata Aiman Loh ketika berucap, “pasaran makanan halal di negeri Perak agak terhad lebih-lebih lagi yang bersifat halal toyyiban.”

Memang ada kebenarannya,  tetapi  Restoren Muslim Cina Abdullah ini  dijamin halal toyyiban memandangkan pemilik dan kaum keluarganya  mahu pun kakitangan yang membantu pun adalah di kalangan orang Muslim kesemuanya.




Bercerita lanjut mengenai restoren, Aiman memberitahu walau pun restoren mempunyai tiga tingkat namun hanya tingkat bawah dibuka terlebih dahulu sehingga kesemua tingkat lain siap sepenuhnya dalam masa sebulan dengan kapasiti mampu duduk seramai lebih kurang 150 orang termasuk di bahagian luar restoren.

“Kami akan menyediakan dewan kecil,  surau serta bilik kemudahan penyusuan anak bagi ibu-ibu yang membawa bayi atau kanak-kanak,” ujar Aiman.



Ternyata ini satu kelebihan yang disediakan bagi para pelanggannya. Sambil makan anda tidak perlu risau terbatas waktu solat kerana semuanya ada di bawah satu bumbung.

Dan lebih istimewa lagi sudah tentu menunya yang lazat di mana kata Aiman setiap satu hidangan dipastikan kualiti dan kelazatannya terjamin malah bahan-bahan sos asli adalah buatan sendiri.


Antara hidangan ‘signature’ yang harus di cuba meliputi  Labu Masak Lemak, Sotong RIbut, Udang Lipan, Kari Ikan Assam, Ayam Marmite, Abalone dan banyak lagilah pilihan dari pelbagai kategori ikan, udang, ayam, sayuran  mahu pun jenis nasi.




Yang penting semuanya sedap. Percaya lah sebab Kak Fas ini orang yang memang sukar mencuba masakan Cina sebab maklumlah lidah Melayu tetapi bila merasai setiap hidangan yang diberikan memang terbuka selera.

Harganya pula sederhana,  serendah RM7 bagi sepinggan nasi goreng sehingga RM120 bagi hidangan Sirip Krim Ketam (besar). Cuma ada dua saiz disediakan iaitu kecil atau besar jadi setiap tempahan dikira mengikut saiz dan bukan mengikut berat kilogramnya. 

So….jangan risau jika tempahan akan mencecah ratusan ringgit tetapi tertakluk pada harga yang tercatat dalam menu.

“Masakan kami di sini berdasarkan resepi turun temurun keluarga dan kerana itulah tukang masak adalah pak cik saya sendiri. Bahkan saya sendiri akan turun padang untuk menilai dan merasai kesedapannya,” tambah Aiman yang sebenarnya berkelulusan dalam bidang Kejurututeraan namun berminat pada bidang pengurusan dan penyediaan makanan (F&B).



NASI Goreng, Ikan Siakap, Udang Lipan dan banyak lagi.


Kelayakannya itulah juga yang membantu beliau membina dapur yang bersih dengan alat-alat yang memehuhi syarat mesra Islam agar pelanggan tidak ragu-ragu untuk menjamu selera di Restoran Chinese Muslim Abdullah ini.



Terletak berhampiran Bulatan Amanjaya yang happening pada setiap malam dengan kehadiran begitu ramai penduduk sekitar dan sudah tentu daripada luar yang menginap di beberapa hotel berhampiran seperti Casuarina Meru atau pun Hotel Cute (yang memang nampak comel), restoren ini mempunyai potensi untuk maju secepat kilat.

Jadi kerana itu juga, restoren beroperasi dari jam 4.30 petang hingga lewat 12.30 malam setiap hari kecuali hari Khamis.


BAHAGIAN Belakang restoren menghadap Bulatan.
Dengan lokasi strategik beralamat di No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya.Ipoh, Perak 30020 malah  di kawasan sedang membangun dengan beberapa lagi tarikan antaranya seperti kewujudan taman tema MAPS berhampiran, Aiman yakin pemilihannya untuk membuka restoren di kawan segi tiga Meru, Amanjaya ini suatu langkah tepat.

Bermodalkan RM450,000 bukanlah suatu pelaburan yang kecil dan untuk itu Aiman tidak mahu berhenti dengan perniagaan restoren sahaja.

Anak muda  berusia 26 tahun yang sudah pun berkeluarga dan mempunyai seorang anak ini menyimpan hasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar Negara.

“Memang ada perancangan untuk membuka restoran seumpama ini di tempat-tempat lain tetapi sebagai langkah awal saya mahu membekalkan masakan ini ke luar Negara secara pek di mana pelanggan boleh makan pada bila-bila masa mereka mahu walau pun semasa bercuti di Negara luar,” ujar Aiman yang mempunyai lebih setahun pengalaman dalam bidang penyediaan makanan.(F&B).

Kesimpulannya, Kak Fas mahu pesan kepada pengunjung yang hadir ke persekitaran Meru, Aman Jaya, Ipoh ini khususnya yang hadir untuk melawat MAPS yang mempunyai pelbagai tarikan menarik di dalamnya bolehlah singgah ke Restoren Chinese Muslim Abdullah ini untuk menjamu selera masakan Cina Kantonis.

Anda pasti tidak akan terlepas pandang untuk mencarinya kerana papan tanda restoren rona hijau ini terletak tersergam tinggi di bahagian bumbung paling atas sekali. Nak tempah boleh hubungi talian 019-516 9516.

BERGAMBAR Kenangan di hadapan restoren bersama Aiman (tengah).

Kak Fas: Tidak pernah merasai hidangan Cina yang sedap begini. Kak Fas rekomen anda pergi dan merasainya sendiri. Pas makan bolehlah berhibur di taman hiburan MAPS berdekatan dan mencuba pelbagai permainan exstrim di situ. Memang terbaik!




Tiada ulasan: