Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AVANTI RESIDENCES: RUMAH MEWAH DI PINGGIR KOTA


Mungkin kah sebelum penghujung tahun ini anda merancang untuk membeli sebuah rumah idaman?

Apakah rumah impian  yang ingin didiami itu bercorak Semi-D? 

Maklumlah dah lama simpan duit nak juga merasa tinggal di rumah mewah jenis Semi-D kan?

Tetapi di mana yang paling menarik?

Jika selama ini anda mendiami kawasan Shah Alam dan mahu mencari sebuah rumah mewah jenis Semi-D di kawasan milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), barangkali Avanti Residences adalah jawapannya.

Bunyi nama ‘Avanti Residences’ ini pun dah canggih kan apatah lagi jika anda melihatnya.

Terletak di Saujana Permai U17, Shah Alam,  bersempadan dengan Saujana Utama dan berdekatan pula dengan Elmina dan Denai Alam, lokasinya tidak jauh dari UiTM Puncak Alam malah  cuma 15 minit sahaja ke Kota Damansara waima hampir dengan tiga lebuh raya utama antaranya Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Guthrie (Rawang- ShahAlam), dan Lebuh Raya Latar (Selayang- Kuala Selangor).

Dibangunkan oleh Johawaki Development Sdn. Bhd.  projek perumahan ini terletak di kawasan membabitkan 8 hektar daripada 33 hektar bank tanah sedia ada di Saujana Permai U17, Shah Alam dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM120 juta.

Baru-baru ini Kak Fas dijemput ke majlis pelancaran baki  jualan 30 unit edisi terhad fasa 3 Avanti Residence berkenaan tetapi disebabkan perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui jalan Sungei Buloh terasa pula jauhnya. 



Ya lah, Kak Fas jarang benor sampai ke penghujung kawasan Shah Alam ini.  (Sebenarnya tak jauh pun masa drive pulang baharu rasa dekat hihi…

Pada mulanya ingat lokasi ini di Sungei Buloh apatah lagi bila waze menunjukkan kawasan Sungei Buloh tetapi sebenarnya masih di dalam kawasan Shah Alam.

Dan bila sampai sahaja di pintu masuk utama Avanti Residence, Kak Fas tarik nafas lega…. 

Pendekata berbaloi rasanya walau pun terasa jauh perjalanan tetapi suasana sekeliling menggamit rasa tenang dijiwa.

Selepas parkir kereta walau pun tidak jauh, Kak Fas dan rakan blogger, Nanie disambut untuk menaiki buggy ke sebuah rumah ‘corner lot’ yang dihiasi lampu bergemerlapan  cahaya malam.

Alunan muzik indah menyusuk halwa telinga …. seindah pandangan hiasan dalaman rumah contoh Semi-D yang diperlihatkan.

















Mempunyai enam kamar tidur serta 5-6 bilik air, atur letak haisan dalamannya yang dikendalikan oleh syarikat Fella Design amat menambat hati.

Jatuh cinta rasanya Kak Fas seketika melihat gaya haisan dalaman dan bentuk dalaman rumah dua tingkat jenis Semi-D ini. Terasa terus nak membelinya kalau mampu haha… tetapi mampu tengok je lah  bak kata rakan media, Hazrul dari Utusan yang turut hadir huhu..

Apa pun anda lihat sendiri gambar-gambar hiasan dalaman pada rumah pada lot tanah berukuran 40 ‘ x 80’ dengan keluasan 2,750 kaki persegi ini. Cantik kan?




Kak Fas percaya anda pun pasti terpikat malah jika berduit sanggup beli sahaja rumah 
contoh yang siap sepenuhnya dengan perabot yang bernilai lebih kurang RM2juta ini.

Sebenarnya harga asal bagi sebuah rumah intermediate biasa cuma RM1,080 juta sahaja tetapi jika ‘corner lot’ harganya mencecah lebih kurang RM1.8 juta.



Sementara Kak Fas meninjau dari satu bilik ke satu bilik, bertembung dengan jejaka bersusuk tubuh langsing. Macam kenal je haha…malah baharu sahaja bertemu beliau di majlis FANtastik ABPBH di Istana Budaya petang itu.

SIapa dia?

Terkejut pula tengok kehadiran Sufian Suhaimi di Avanti Residence. Mula terfikir apakah beliau dilantik duta residence atau pun beliau pemilik rumah Semi-D yang Kak Fas sedang tinjau ini?
Tekaan Kak Fas jauh  tersasar.

Jangan nak membawang ya….haha…

Kehadiran Sufian Suhaimi dijemput sebagai artis undangan bagi menghiburkan para tamu pada malam berkenaan  dengan menyampaikan beberapa buah lagu termasuk lagu hitnya ‘Di Matamu” dan ‘Terakhir”.

Gitu ceritanya tau… tetapi bila ditanya apakah Sufian ingin membeli rumah Avanti Residence… dia sekadar senyum dan menjawab ‘Insha Allah… rumah ini memang cantik”.

Ok… berbalik pada pokok cerita….. Avanti Residence mempunyai 84 unit keseluruhannya  di mana Fasa 1 dan Fasa 2 telah habis dijual meninggalkan 30 unit pada fasa terhad ke 3 ini  sahaja yang masih dibuka untuk jualan.

“Kami sasarkan saki baki 30 unit ini dapat dijual habis menjelang akhir tahun ini, “ ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan),  Johawaki Development, Mohamad Akmal Johari, 36.  sewaktu ditemui.

Kak Fas yakin dengan kecantikan dan kualiti rumah yang dibina, Avanti Residences mampu sold out dalam waktu terdekat malah sebagai pemaju perumahan Johawaki menawarkan kemudahan pembelian serta insentif seperti pemberian baucer RM15k bagi pemilik mendapatkan perabot atau perhiasan rumah daripada Fella Design.



“Kami turut menawarkan elemen rumah pintar kepada pembeli dengan menyediakan kemudahan kunci pintu pintar (smart lock), butang kecemasan (panic button), sistem takungan air hujan berpam dan beberapa ciri rumah pintar yang lain termasuk sistem alarm dan air panas,” tambah Mohamad sambil memberitahu pihaknya juga memberikan frame tingkap berkualiti serta reling kaca pada bahagian tangga.

Di samping itu,. Avanti Residences juga menyediakan perkhidmatan sekuriti dan kawalan keselamatan 24 jam sehari selama setahun selain membina pagar disekeliling kawasan perumahan tersebut. 

Manakala kawalan kamera tertutup atau cctv ditempatkan di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan pihak keselamatan memantau sebarang aktiviti.

Kawasan kediaman berkonsepkan Bali ini turut menjanjikan kawasan sekeliling yang hijau dan mendamaikan. Lebih menarik lagi, persekitarannya ditanam dengan pokok buah-buahan bagi menambah landskap hijau sedia ada.

Sesungguhnya, Avanti Residences adalah pilihan terbaik bagi individu atau keluarga yang inginkan ketenangan di kawasan bandar sekitar Lembah Klang.


Walau pun hadir seketika, Kak Fas dapat merasakan suasana aman dan damai apatah lagi tiupan angin malam yang sepoi-sepoi dingin menambahkan lagi rasa tenang. Memang nyaman jika nak aturkan ‘garden party’ di halaman depan rumah.

Dengan pembinaan berkualiti tidak hairanlah  Avanti Residences  dinobat sebagai pemenang acara tahunan Anugerah QLASSIC anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada 16 Ogos lalu.

Pencapaian itu menyaksikan Johawaki Development Sdn Bhd telah mencapai kualiti tertinggi atas pembangunannya untuk Avanti Residences.

.Jika anda rasa tidak puas hati dengan komen Kak Fas elok sahaja melihat sendiri rumah  contoh dan unit sedia ada di Avanti Residences Fasa 3 ini. 

Ada harga istimewa tau bagi pelanggan terawal. Jadi, jika nak tahu lanjut boleh je hubungi talian pejabat Johawaki melalui nombor 03-26319999 atau 017-7557768.

Sementara itu, bercerita lanjut, Mohamad memberitahu, sebagai persediaan tahun hadapan Johawaki Development akan melancarkan projek Selangor Ku dengan pembinaan rumah apartmen lima tingkat dengan keluasan 1,000 kaki persegi pada harga mampu milik iaitu RM180k.

“Rumah apartment tiga bilik ini bakal dibina sebanyak 90 unit, khas untuk anak-anak Selangor di mana permohonan perlu dibuat terlebih dahulu melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor,” tambah Mohamad.

Dan selain itu, bagi projek jangka panjang pihaknya bakal memberi tumpuan kepada pembinaan rumah teres dan townhouse mampu milik berharga di bawah RM500k di kawasan Semenyih, Rawang dan Bangi.

“Semua ini dijangka bermula tahun hadapan,” yakini Mohamad  dengan harapan polisi baharu yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan PH mampu membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri dengan lebih mudah.

Jadi apa lagi… anak-anak Selangor bolehlah merancang untuk membeli rumah mampu milik ini.

Apa pun  segala pertanyaan atau info lanjut mengenai Avanti Residence boleh layari  laman web http://johawakidevelopment.com.my/ atau KLIK INI..



Tiada ulasan: