Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENGINAP SANTAI DI HOTEL BEST WESTERN PJ


Penginapan: HOTEL BEST WESTERN PJ
Terima kasih kepada Cik Hamizwati Hamid, Pengurus Marcom.

Ini kali kedua Kak Fas menginap di hotel tiga bintang beralamat di No 1, Jalan 13/1, Seksyen 13, Petaling Jaya ini.

Dan setiap kali berada di Hotel Best Western PJ ini Kak Fas sudah pasti mahu meluangkan masa berehat sambil menyelesaikan tugasan penulisan dalam blog ini. 

Jadi untuk itu sudah tentu komputer riba  jadi peneman sepanjang berada di bilik hotel.

Apatah lagi hotel Best Western PJ ini terkenal sebagai pilihan penginapan bagi individu atau golongan korporat samada bersantai atau pun kata orang putih ‘business with leisure’.

Sesuai juga dengan taglinenya,’Wherever Life Takes You, Best Western Is There’ (Kemana Sahaja Hidup Anda Membawa, Best Western Sentiasa Ada).

Ya! Di Malaysia, BEST WESTERN PJ  menjadi hotel ke lima dibuka oleh Best Western International selepas rangkaian hotel seumpama di Shah Alam, Ipoh, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Jika pada penginapan pertama Kak Fas menikmati sehari semalam dalam situasi relaks sahaja namun kali ini kehadiran adalah atas jemputan dari Hamizwati atau lebih mesra disapa Watie.

Bezanya kali ini Kak Fas hadir bersama sekumpulan media dan blogger tempatan seramai kira-kira 21 orang bagi program prebiu hotel untuk 2 Hari 1 Malam.

Melalui aturcara yang diserahkan, ketibaan media ditetapkan pada jam 12 di mana  kami sudah boleh daftar masuk pada waktu tersebut tanpa menunggu jam 3 petang seperti lazimnya  waktu pendaftaran masuk di mana-mana  hotel sekali pun.

LOBI di tingkat 6....
Selepas selesai daftar masuk sejam kemudian,  waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada jam 1 di mana menu ‘Warisan set lunch’ sudah pun diaturkan mengikut tempahan awal masing-masing, iaitu pilihan samada ‘Rendang Ekor’, ‘Ayam Bakar Percik Kelantan’ atau pun ‘Assam Pedas Ikan Kari’.

Jika korang nak tahu, “Warisan Set Lunch’ ini merupakan promosi terbaharu daripada hotel. Dan menariknya harga bagi ‘set lunch’ ini cuma RM15 sahaja di mana selain daripada 3 pilihan hidangan utama tadi disertakan dengan teh ais limau, sementara buah-buahan yang dihidangkan sebagai pencuci mulut hanya disediakan khas buat kumpulan kami. Ia tiada dalam menu 'set lunch' tu ya....


Murah kan? Memang berbaloi… bahkan pada setiap hari Rabu, setiap satu tempahan ‘set lunch’ diberikan satu lagi set secara percuma. Bolehlah korang belanja sesiapa di sini setiap Rabu ya tak?

Jadi jika nak buat tempahan eloklah dail 03-76102222. Makan tengahari dibuka dari jam 12 hingga 2.30 petang di Kembali Kitchen.

Kak Fas sempatlah rasa serba sedikit daripada tiga pilihan menu tersebut. Eh! Jangan salah sangka ya… Kak Fas bukan dapat semua sekali gus. Al maklumlah… bila rakan-rakan lain tempah hidangan lain maka haruslah ‘cuit cuit’ sikit merasainya. Tak gitu?

Sebab itu jugalah Kak Fas order set berlainan untuk diri sendiri dan suami yang menemani. 

Kak Fas pilih set Ayam Bakar Percik Kelantan sementara suami diberi Assam Pedas Ikan Pari.

Korang harus cuba sendiri dan nilai kesedapannya. Ialah lidah masing-masing kan… sedap pada Kak Fas tak semestinya sedap pada korang kan hihi….
BERSAMA teman media dan Watie.
Apa pun menikmati jamuan dalam restoren ‘Kembali Kitchen’ ini memang selesa memandangkan ruangnya luas dan mampu memuatkan 160 orang tetamu sekali gus. Di sinilah kami menikmati makan tengah hari dan sarapan pagi keesokan harinya.

Sarapan pagi pun memang banyak pilihan. Samada masakan tempatan mahu pun antarabangsa semuanya ada malah ‘live station’ juga disediakan untuk pesanan hidangan telor samada mata kerbau, setengah masak atau dadar sekali pun.

Kak Fas memulakan sarapan pagi dengan buah-buahan kerana ia bagus untuk didahulukan ketika perut kosong dan selepas itu baharulah menikmati apa kehendak selera.

Walau pun ada nasi lemak, pasta, noodle, nasi goreng, ayam berempah dan sebagainya, citarasa Kak Fas untuk sarapan pagi memadai buah, cornflakes, telor mata kerbau dan roti. Tidak ketinggalan jus guava dan kopi menutup selera huhu.

Itu sahaja yang perut kecil Kak Fas ni dapat terima. Pun begitu, memandangkan ada stesen membuat apam balik teringin pula nak cuba sekeping. Jarang sebenarnya ada hotel yang menyediakan stesen apam balik untuk sarapan pagi.

















Memang sedap apam baliknya apatah lagi dimakan panas-panas. Apam balik antara kudapan kesukaan Kak Fas. Bezanya apam balik yang dibuat di sini nipis dan nampak macam ‘pancake’ haha…jadi Kak Fas pun sapukan mentega… lagilah yummy!

Nama restoren ini “Kembali Kitchen” memang sesuai sebab sudah tentu Kak Fas akan kembali bagi menikmati Apam Balik di sini haha…


Bagi menilai tahap keupayaan bahagian dapur Kak Fas tidak ketinggalan menempah makanan di bilik. Sebenarnya, ia untuk suami yang tidak mahu ikut bersama ketika majlis makan malam ala BBQ di roof top sebab tidak mahu ganggu tugasan isterinya kan.

Jadi suami pun memilih untuk menempah hidangan Kuey Teow Goreng. Walau pun dalam menu ‘Dining In’ dalam  bilk tidak tercatat Kuey Teow Goreng tetapi Char Keuy Teow sahaja namun lega bila mereka sanggup membuat kuey teow goreng menggantikan char kuey teow. Harganya RM19 sahaja. Terima kasih kerana memenuhi permintaan yang tidak ada tercatat dalam menu.

Dan terima kasih jua  kepada Watie. Kenapa?

Sebab belanja hidangan dalam bilik itu di mana Watie telah mengarahkan  kakitangan hotel mengembalikan semula wang yang telah dibayar kepada suami.

“My compliment,” katanya tanpa mahu menerima alasan ‘tidak mengapa, dah bayar pun’ dari Kak Fas.

Pujian untuk Watie yang memiliki ciri kualiti seorang Pengurus dan PR hotel yang cukup professional. Malah Kak Fas tengok, Watie melayan setiap komen tetamunya yang dicatatkan dalam laman web ‘trip advisor’.

Melalui laman yang popular di kalangan pelancong luar Negara dan pelawat tempatan ini, Hotel Best Western PJ mendapat niiain 3 setengah bintang dan rata-rata memberikan komen positif walau pun ada seorang dua yang tidak berpuas hati.

Ya lah kan peribahasa Melayu dah kata, ‘rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain’ kan? Jadi tidak hairanlah ada yang suka dan ada yang tidak. Itu normal!

Bagi seorang tetamu hotel, pandangan pertamanya selain layanan mesra dan kecekapan kakitangan pada bahagian lobi tentulah suasana bilik tidurnya.

Best Western PJ mempunyai 344 buah bilik/suites  terletak di 8 tingkat kesemuanya dengan empat pilihan kategori  iaitu ‘Superior’, ‘Club Floor Superior’, ‘Executive Suite’ dan “Presidential Suite”.


Dengan harga bermula dari RM185 ke atas bergantung pada jenis bilik, penginapan di sini sesuai untuk individu yang mahukan suasana ‘cozy’ dan privasi memandangkan saiz biliknya berukuran kira-kira 205 kaki persegi.



Penampilan dalamannya elegan dengan reka bentuk kontemporari dilengkapi meja tulis untuk urusan kerja malah sebuah sofa  lembut membantu anda untuk relaks seketika menonton tv berskrin LCD 32 inci. Dan jika mahu ruang yang lebih besar boleh sahaja menempah Executive Suite yang mempunyai lounge serta dapur kering.



Direka dengan rona kuning air dan kayu, ia memberikan ketenangan untuk bekerja.

Kelengkapan asas tidak ketinggalan disediakan seperti mini bar waima kemudahan wifi membantu urusan kerja dijalankan lebih lancar.



Pada awalnya, kelajuan wifi yang diberikan agak ‘slow’ dan terhad jadi Kak Fas pun mengadu lantas bahagian ‘front desk’ memberikan username dan kata laluan baharu… lepas itu memang laju dan memudahkan Kak Fas membuat kerja dalam bilik menggunakan laptop.

Amenities lain yang paling Kak Fas suka selain adanya kemudahan pengering rambut adalah tuala putih yang disediakan. Ia memang meresap dan besar malah lembut sehingga Kak Fas tergerak di hati mahu membelinya. 

Tetapi malangnya tiada jualan produk hotel seperti kebiasaannya pada mana-mana hotel.

Ya lah! Kadangkala ada tetamu yang mahu membeli produk hotel untuk dibuat kenangan. Sanggup Kak Fas telefon nombor yang tertera pada label tuala tetapi diberitahu tiada jualan runcit tetapi hanya dijual melalui tempahan berkartun...emmm sedih!

Kak Fas nak syorkan barangkali pihak hotel boleh mengadakan unit jualan produk-produknya seperti tuala dan seumpamanya. Bolehlah membeli-belah ‘in house’ tak gitu? Huhu….

Apa pun, program malam diteruskan dengan acara jamuan BBQ di roof top hotel iaitu di SkYZ Dine & Bar pada tingkat 15.


Di kawasan ini juga terletaknya kolam renang untuk tetamu hotel.

Jamuan BBQ dibuka pada jam 6.30 petang hingga 10 malam tetapi hanya pada setiap Jumaat dan Sabtu sahaja.

Berharga RM110 nett untuk dewasa, RM33 (kanak-kanak) dan RM55 bagi warga emas, anda boleh mendapatkan diskaun 40%  (RM66 nett) jika menginap atau pun membayar dengan kad Maybank.

Sambil menikmati hidangan kambing, sotong, udang dan ikan bakar dicicap air assam mahu pun lauk pauk lainnya yang menyelerakan bolehlah menyaksikan pemandangan kota Petaling Jaya yang sentiasa sebuk memandangkan ia pesat membangun.


Dan jika mahu berehat sambil menonton bola melalui layar tv boleh  masuk ke dalam lounge berkaca yang berhawa dingin berhampiran.


Pada lantai 15 ini juga terletaknya gym dan bilik sauna untuk menghapuskan lemak-lemak di badan haha…



Selain kemudahan rekreasi, hotel ini menawarkan 5 bilik fungsi fleksibel untuk sebarang program samada mesyuarat, forum atau apa sahaja. Untuk tempahan atau pertanyaan boleh telefon +603 7610 2222 atau faks ke +603 7610 2200 atau emel kepada sales@bestwesternpj.com.my.

Kesimpulannya, Best Western PJ ini adalah pilihan tepat bagi penginapan untuk tetamu yang singgah kerana urusan bisnes atau pun yang mahu berehat santai.


Lokasinya pun strategik, hanya 50 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.



Cuma bila anda sampai ke kompleks Centre Stage jangan terkejut pula dan tercari-cari mana hotel sebab ia terletak di tingkat 6.

Selepas parkir kereta naik sahaja eskalator  dan cari lif ke hotel yang berada agak tersorok sedikit pada bahagian tengah melalui lorong beberapa kedai jualan runcit termasuk kedai pertukaran wang.

Mudah lah bagi pelancong luar Negara… tukar sahaja mata wang anda di situ… tidak perlu bersusah payah lagi keluar jauh.

Dan jika nak ronda-ronda ke luar hotel boleh sahaja berjalan kaki ke beberapa pusat membeli-belah berdekatan atau naik ‘Grab’ sahaja jika mahu ke Bangsar atau pun Mid Valley yang tidak jauh dari situ. Stesen lrt pun tidak jauh jika nak naik tren ke ibu kota.

Apa pun dapatkan maklumat  dengan melayari laman web  www.bestwesternpj.com.my atau lebih mudah .KLIK SINI.







Tiada ulasan: