Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KONSERT FENOMENA D'POP 28 SEPT


Merentasi tiga dekad meliputi era tahun 70an,  80an dan 90an dan merangkumi sembilan artis popular pada masa itu, peminat-peminat lagu bergenre dangdut dan pop pasti tidak mahu ketinggalan hadir pada sebuah konsert yang bakal mengimbau kembali nostalgia kala itu.

Ya… Konsert Fenomena D’ Pop bakal mencetuskan kembali fenomena pop dangdut seraya menghangatkan Dewan Bankuet Menara Felda pada 28 September 2018 akan datang selama tiga jam bermula 8.30 malam. hingga 11.30 malam.



Dan apabila menyebut pop sudah tentu Raja Pop, Dato Jamal Abdillah ada di samping artis-artis popular lain seangkatan mewakili genre muzik masing-masing seperti Dato M. Daud Kilau, Ratu Dangdut Amelina; Dato Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Haida, Zamani Slam serta Siti Nurdiana yang sudah tentu dipilih mewakili artis termuda pada era 90an.

Kak Fas yang membesar bersama  lagu-lagu seperti  antaranya “Tadir Penentu Segalanya’ (Jamal Abdillah), ‘Cek  Mek Molek’ (Daud Kilau), “Rayuanku” (Rohana Jalil) mahu pun  “Lama Tak Jumpa” (Zur Eda) sudah tentu mahu mengimbau kenangan lalu apabila berpeluang mendengar kembali lagu-lagu popular berkenaan.

Dan jika korang seperti Kak Fas… keinginan itu boleh ditunaikan dengan hadir pada Konsert Fenomena D’ Pop dengan membeli tiket sambil menderma kepada tabung MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Jadi sambil berhibur korang turut melaksanakan amal Ibadah waima sebahagian daripada wang hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Tabung MAKNA.

“Kita belum putuskan peratusannya tetapi segalanya bergantung pada sambutan ramai. Saya sasarkan lebih kurang 1,000 orang dapat hadir pada malam berkenaan, “ujar Encik Rashid Ramli selaku Pengarah Strategi pihak penganjur, Wide Lane Events & Management ketika ditemui selesai majlis sidang akhbar  di Dewan Kache, Shah Alam semalam.

Turut bersama Pengarah Wide Lane, Dato Mohamad Kamal Khalid (kiri).

Menurut Encik Rashid, Dewan Bankuet Menara Felda mampu memuatkan kira-kira 1,500 orang bagi menyaksikan konsert yang berharga mengikut empat kategori iaitu RM1,000 seorang (Platinum); RM500 (Emas); RM300 (Perak) dan RM200 seorang untuk ruang duduk Zamrud atau Emerald.

Selain lagu-lagu popular yang akan disampaikan oleh sembilan penyanyi pilihan berkenaan, para tetamu bakal memenagi tiket-tiket melancong ke luar Negara melalui sesi cabutan bertuah.

Menarik kan? Memang bakal mencetuskan fenomena ini….!!

Kak Fas tak sabar nak menanti tarikh 28 September 2018 nanti… apatah lagi penyanyi favourite Kak Fas ada untuk mengembalikan kenangan lalu gitu….



Nak tahu siapa? Biarlah rahsia ya…hihi….tetapi yang pasti kerinduan korang akan terubat…apatah lagi jika Amelina mendendangkan lagu popularnya ‘RIndu’.

Bagi yang mahu mendapatkan tiket eloklah segera membuat tempahan atau pertanyaan kepada talian panas penganjur melalui 019-3977830 atau  emel ke fenomenaoii.18@gmail.com malah boleh juga layari laman sosial seperti di bawah ini:

FB: fenomenadpop
IG: @fenomenadpop
Twitter: @fenomenadpop

Jom kita berhibur sambil menderma kepada MAKNA… sesungguhnya sokongan anda membawa makna yang penting bagi semua terlibat.

Kak Fas: Terubat rindu bertemu Amelina sejak terakhir ketika era majalah HAI dahulu!




ZUR EDA
HAIDA

























Ke mana sahaja beliau pergi, Nassier Wahab tetap akan membawa dan mempromosikan album keduanya 'Wajah Kekasih' yang pernah dikeluarkan pada tahun 1984 dan kini diterbitkan semula oleh Universal Music.malah sudah boleh dibeli dengan harga RM25 di pasaran.

Bayangkan dalam gambar kulit album tersebut Nassier baharu berusia 24 tahun. Tetap awet muda lagi gitu!




Tiada ulasan: