Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI PERCUTIAN 'FUN TAIPEI' NAIK CHINA AIRLINES



Anda ada cadangan nak bercuti ke Taiwan atau ibu negerinya, Taipei pada musim cuti persekolahan nanti?

Jika jawapannya positif maka anda harus segera ke  IOI City Mall, Putrajaya sekarang kerana bermula semalam hingga esok (16 September 2018) sedang berlangsungnya kempen yang dinamakan 'Fun Taipei'.

Di situ korang berpeluang merasai sendiri keunikan hidangan asli Taiwan seperti ayam goreng, tat nanas, kopi Taiwan, ais cukur mangga serta pencuci mulut yang lain.



Kak Fas dah pun rasa hampir kesemua hidangan yang dipamerkan dan yang paling sedap tat nanas dan ayam gorengnya... 


TART Nanas
Korang jangan susah hati sebab semua makanannya halal waima ini adalah kempen bagi memperkenalkan pakej Muslim di negara China ini. 

Jadi usah ragu-ragu untuk merasai beberapa hidangan yang disediakan di gerai-gerai berkenaan walau pun pelayannya daripada warga Cina ya.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan semalam dengan kehadiran chef selebriti, Dato Fazley Yaakob bersama selebriti dari Taiwan, Mickey Huang dengan gimik tersendiri di mana Fazley menyampaikan lagu 'Rasa Sayang' dalam versi yang digubahnya semula bersama lirik khas menceritakan pengalaman manis pada setiap kunjungan beliau ke Taipei. 


Selain menampilkan keindahan destinasi pelancongan yang mesti dijejaki dan keseronokan menaiki bas persiaran bertingkat, lirik Rasa Sayang versi Dato’ Fazley turut memberi penekanan ke atas tempat penginapan dan makan yang mesra-Muslim, seperti Amba Hotel, Kuo Yuan-ye Foods, Formosan Coffee, Ice Monster, Jingimoo Dessert Shop dan Fried Chicken Master.




Dalam pada itu, Mickey Huang berkata, "Siapa yang lebih layak untuk menjadi jurucakap Taipei, kalau bukan saya?”.

Beliau kelihatan teruja berkongsi pengetahuan tentang tempat makan sedap selain destinasi dan aktiviti yang menyeronokkan di bandar Taipei. 

Walaubagaimanapun, Mickey akui, beliau masih atau akan sentiasa teruja dengan perkara-perkara baru yang berlaku di sekitar bandaraya Taipei.

Kenyataan Mickey Huang turut diakui oleh Dato 'Fazley sendiri di mana beliau memberitahu, walaupun kerapkali berkunjung ke Taiwan, pasti akan ada perkara baru yang beliau terokai terutamanya dalam hal makanan.

 "Jangan tak percaya, pasar malam di Taipei merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan lazat, seperti ‘stinky tofu’ dan mee daging lembu - antara makanan hebat di Taipei yang tidak boleh saya lupakan," ujar beliau. 

Menurut Dato’ Fazley, Taipei bukan sahaja lengkap dengan kemudahan restoran dan hotel yang mesra pelanggan Islam malah, tempat yang sesuai untuk lari dari kebiasaan dan menenangkan fikiran.



Dalam majlis pelancaran “FUN TAIPEI” semalam, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei turut melancarkan klip digital yang mendokumentasikan kolaborasi dua duta besar – Dato’ Fazley dan Mickey Huang sepanjang misi mencari harta karun dan teroka halal di Taiwan; sekaligus mempromosikan kempen "FUN TAIPEI" di kalangan pelancong Malaysia secara besar-besaran.

Menurut statistik terkini Biro Pelancongan oleh Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan, jumlah kemasukan pelancong ASEAN ke Taiwan telah melebihi 1.38 juta orang bermula Januari hingga Julai 2018, dan angka itu dikatakan terus meningkat. 

Malaysia menggungguli kedudukan carta sebagai penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan Taiwan di rantau ASEAN, seterusnya memberi inspirasi kepada Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei untuk meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan jumlah pelancong Malaysia ke sana tahun ini.



Shen Yung-hua, Pakar Kanan Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei berkata; Malaysia, Filipina dan Indonesia merupakan pasaran sasaran utama kerajaan untuk tahun 2018. 

Jika dilihat, jumlah pelancong Malaysia ke Taiwan terus meningkat saban tahun, dengan 528,019 pada 2017, mencatat kenaikan sebanyak 11.3% berbanding 474,420 pada 2016. 

Ini sekaligus, menjadikan Malaysia menduduki tempat ke enam di kalangan jumlah pelancong tertinggi dunia yang membuat lawatan ke Taiwan. Seperti dinyatakan, di kalangan negara ASEAN, Malaysia merupakan penyumbang terbesar atau tertinggi kepada sektor pelancongan Taiwan. 

Dan, dalam kebanyakan bandar di Taiwan, Taipei semestinya menjadi kota yang paling ingin dilawati oleh hampir 90 peratus pengunjung dari Malaysia.

Oleh yang demikian, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei kini dalam usaha menerokai pasaran Muslim seiring angka kemasukan pelancong Islam dari Malaysia. 

Bertindak secara progresif, Taipei akan berusaha keras untuk mewujudkan suasana perjalanan yang lebih mesra pengguna Islam. Pihak penguatkuasa kini, turut dalam usaha berkolaborasi dengan ejen pelancongan tempatan dalam menghasilkan pakej yang lebih praktikal untuk pengembara solo bersesuaian dengan kriteria dan keutamaan rakyat Malaysia. 

Dan, pelantikan Dato’ Fazley sebagai jurucakap bandaraya Taipei  dilihat sebagai salah satu usaha yang tepat dan bersesuaian bagi menggalakkan rakyat Islam Malaysia berkunjung ke sana.

Mengulas lanjut, Shen turut mencadangkan “Malam Tahun Baru Taipei 2019” sebagai acara wajib dikunjungi para pelancong ASEAN. 



Acara yang bakal berlangsung akhir tahun ini pastinya menjanjikan pengalaman luar biasa dengan menyaksikan percikan bunga api melewati bangunan pencakar langit Taipei 101. 

Pengunjung disyorkan untuk menaiki MRT keesokan harinya ke Mucha dalam tempoh kurang dari 30 minit untuk sampai ke Maokong Gondola bagi menyaksikan pemandangan indah seluruh bandar Taipei. 

Shen berkata, "Percayalah, Taipei adalah bandar yang sempurna untuk bersantai. Tidak kira berapa kali anda berkunjung ke sini, pasti ada sesuatu yang baharu untuk anda terokai dan rasai”.

Oleh itu, kini ditawarkan pakej perjalanan istimewa dengan diskaun eksklusif dari syarikat penerbangan utama China Airlines dan pihak perhotelan. 

Pakej bermula pada harga RM1,200 (kira-kira AS $295). Pelawat berpeluang memenangi salah satu pakej “FUN TAIPEI”, bernilai lebih RM915 (kira-kira US $225).

Pakej termasuk beg tote kanvas, Pas satu hari “FUN TAIPEI”, tiket bas persiaran bertingkat mengelilingi Taipei serta kupon atau baucar ke kedai terpilih, memberikan pengunjung peluang akses ke tempat makan dan aktiviti membeli-belah di Taipei dengan lebih mudah.


Sementara itu, bagi langkah awal menggalakkan kedatangan pelancong Malaysia ke Taiwan, China Airlines menawarkan pakej tiket penerbangan termasuk penginapan RM1,403 setiap seorang untuk 2 Hari 1 Malam dan dari RM1,533 bagi pakej 3 Hari 2 Malam.

"Tawaran ini sah sehingga hujung tahun ini," kata Pengurus Besar China Airlines (cawangan Malaysia), Ms Marian Lu sewaktu ditemui. Beliau turut ditemani Encik Steven Lim selaku Pengurus Jualan Penumpang China Airlines di Malaysia.

Info lanjut hubungi talian 03-2142 6257 atau klik laman web INI.

Kak Fas: Pernah ke Taipei pada tahun 2006 bersama delegasi Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke 51 tetapi tiada waktu nak melawat tempat menariknya. Harap dapat kembali untuk menikmati pemandangan indah Taiwan!







Tiada ulasan: