Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELAJAR BAHASA ISYARAT DI STARBUCKS SABTU INI


Foto: Megat


Baru-baru ini Kak Fas hadir pada satu majlis yang cukup istimewa iaitu lain daripada yang lain huhu..
Soalan yang berlegar dalam fikiran korang mesti nak tanya apa istimewa yang Kak Fas maksudkan itu kan?

Yang istimewanya... inilah pertama kali Kak Fas belajar bahasa isyarat hahaa... kini Kak Fas dah tahu bagaimana nak guna baca isyarat untuk mengeja nama Kak Fas....hihi



Dan korang juga kalau nak belajar boleh je... ia percuma tau... tak perlu bayar apa-apa pun tetapi haruslah pergi ke Starbucks di Bangsar Village II pada 29 September ini,

Kelas pertama telah diadakan pada 22 September lalu dan esok (Sabtu) akan dijalankan kelas terakhir bermula pukul 7.30 malam hingga 9,30 malam. Sebenarnya, ada kelas seumpama diadakan enam kali setiap tiga bulan.


Jadi jika korang minum kopi di Starbucks Signing Store yang merupakan satu-satunya kedai di dunia yang kakitangannya terdiri daripada golongan pekak  malah cawangan Bangsar Village II ini juga  mempunyai pembuat kopi yang 100 peratus diiktiraf kebolehannya.

Pada hari berkenaan, kami turut diajar menghidu dan merasai kopi serta biskut yang dibuat khas oleh Starbucks malah mengenali pelbagai jenis kopi yang terdapat di situ.



Bagi penggemar kopi sudah tentu maklumat ini penting untuk diketahui.

Dan lebih menariknya pada akhir kelas, kesemua tetamu termasuk media yang hadir diminta membuat pesanan masing-masing menggunakan bahasa isyarat.

Merangkak jugalah haha... tetapi jangan risau ada kakitangan lain yang membantu, cuma sebaiknya jika hadir di Starbucks Bangsar Village II ini cuba-cubalah menggunakan bahasa isyarat bila membuat pesanan,,,, pasti kakitangan pun suka yang kita berkomunikasi dengan mereka sedemikian.

Nak baca lanjut sila layari dan klik pada ruangan EVENTS  dalam blog ini ya!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan