Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NISSAN TAWAR REBAT RM8K SEMPENA HARI MALAYSIA

Selari dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10% Cukai Jualan.
Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800*, ia lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Manakala untuk Nissan Navara, harga pikap kekal pada harga 0% GST sementara stok masih ada. Harga bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk  VL Plus (Dwi Kabin) yang dimuatkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM).
Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan tersebut. 
ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik  sehingga RM 8,000* ke atas model-model terpilih Nissan. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain yang inovatif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.
Tarikh dan lokasi siri jelajah Nissan seperti berikut:

Tarikh
Wilayah
Lokasi
13 – 16 September
Pantai Timur
Kuantan City Mall, Pahang
21 – 23 September
Selatan
Kluang Mall, Johor
27 – 30 September
Tengah
Melawati Mall, KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan