Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO SAJI PROGRAM KANAK-KANAK TERBAIK MELALUI #ASTRO GO GO


Yeah! Cuti sekolah dah pun bermula.

Tentu ibu bapa dah buat perancangan untuk membawa anak-anak bercuti kan?

Tetapi jika tak ke mana-mana pun, banyak program-program kanak-kanak yang menarik telah tersedia di saluran tv khususnya di Astro.

Ya...pada musim cuti ini Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand, sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Dalam pada itu, kanak-kanak juga boleh menonton program-program kegemaran mereka ini dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Pendekata, lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuklah di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV), saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) dari 23 November 2019.


Dalam pada itu, Astro bakal memperkenalkan dua program terbaharu di saluran Astro Ceria. ‘SMK’, sebuah siri bergenre komedi akan menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah. 

Ia mengangkat keunikan setiap pelajar dan menyuntik semangat persahabatan serta keharmonian terutamanya di kalangan pelajar yang hadir dari pelbagai latar belakang. 

Mulai bersiaran pada setiap hari Sabtu, 30 November, 11.00 pagi, ‘SMK’ diterajui oleh pelakon kanak-kanak/remaja; Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Idan Aedan, Rykarl Iskandar, Mia Sara, Aniq dan Kashika dari ‘Ceria Megastar’. 

Turut bersama memeriahkan siri ‘SMK’ adalah pelakon / pelawak popular tanah air, Abam Bocey, Hafidz Roshdi dan *Nasz Sally.



Ibu bapa dan anak-anak juga boleh berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark menerusi ‘Hello Pinkfong’, siri ‘live-action’ pertama di dunia melibatkan karakter ini! 

Menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan, kanak-kanak boleh mempelajari Bahasa Inggeris menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan, aktiviti seni dan kraftangan serta pendekatan pembelajaran berbentuk eksplorasi.

Bersiaran mulai 23 November 2019, terbitan terbaharu di antara Astro dan SmartStudy ini menyaksikan penglibatan bakat sepenuhnya dari Malaysia.

Lebih dari 40 lagu-lagu popular Pinkfong akan digubah semula dan disampaikan dengan set tarian yang dikoreografikan khas untuk siri ini yang bakal ditayangkan di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Astro Vaanavil, Astro Vinmeen, Astro TVIQ dan Hello TV. 

Penonton juga boleh strim lebih dari 100 video-video pendek lagu, seni dan kraftangan serta berbentuk pembelajaran penemuan atau discovery di Astro GO.

Selain itu, jenama prasekolah nombor 1 di Malaysia, ‘Didi & Friends’ dan animasi muzikal yang berasaskan agama Islam,‘Omar & Hana’ kembali dengan kandungan baharu dan segar sepanjang cuti sekolah ini. 


Kini di musim keempat, lagu terbaharu ‘Didi & Friends’ berjudul ‘Mengantuknya Mumia’ meraih lebih dari 3 juta tontonan hanya selepas seminggu dilancarkan.

Kedua-dua ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ terus merekodkan kejayaan apabila tercalon di anugerah ‘Asian Television Awards’ bagi kategori ‘Program Prasekolah Terbaik’

Seleksi rancangan sempena musim cuti persekolahan di Astro Ceria turut diperhebatkan lagi dengan sajian telemovie baharu pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam seperti ‘Perisik Cilik’, ‘Misteri Krew: Harta Karun Jepun’ dan ‘Ceria Megastar Ministar: Zap-In’.

Pada setiap hari Sabtu, 9.00 malam pula, kehadiran beberapa filem antarabangsa popular turut menyemarakkan lagi pilihan penonton, dengan ‘Madagascar 3’, ‘Teenage Mutant Ninja Turtles 1 & 2, ‘Monsters vs Aliens’ dan ‘The Spongebob Movie: Out of Water’.


Kesemua filem ini turut hadir dengan pilihan untuk alih bahasa (Bahasa Melayu).

Kemeriahan cuti sekolah terus diraikan oleh saluran-saluran vernakular Astro termasuklah saluran kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang. 

Di antara sajian menarik adalah animasi popular, ‘GG Bond: Dodgeball Legend’ dan ‘Pains of AU’, serta filem dari China, ‘Legend of the Zodiac’ dan program ‘game-show’ untuk keluarga, ‘Boom’. 

Saluran berbahasa India, Astro Vaanavil turut tidak ketinggalan dengan mempertaruhkan beberapa program hebat sepanjang cuti sekolah ini. 

Seisi keluarga boleh menonton, program variety atau aneka ragam, ‘Allunggal Vellunggal’, program animasi dan ‘game-show’ berbahasa Tamil, ‘Mottu Patlu’, ‘Kisna Movies’ dan ‘Super Star Raja’.

Menarik lagi adalah tayangan perdana filem ‘Dumbo’ dan ‘Avengers: Endgame’ di FOX Movies. 


Ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati pelbagai lagi program dan filem-filem istimewa dengan ‘Mickey Goes Local’, ‘Club Mickey Mouse Goes to Hong Kong Disneyland Special’, ‘Wizards of Warna Walk Special with the Mouseketeers’, ‘Olaf’s Frozen Adventure’ di Disney Channel, dan ‘We Bare Bears’ di Cartoon Network serta ‘SpongeBob SquarePants’ di Nickelodeon!


"Saban tahun, Astro menyediakan pelbagai pengisian menarik bagi mengisi slot cuti sekolah. Program-program yang kami susun untuk musim (cuti sekolah) kali ini dilihat lebih menyeluruh demi menepati kehendak segmen yang pelbagai, khususnya segmen kanak-kanak, remaja, diikuti dengan dewasa. Menerusi kempen cuti sekolah, ‘Astro GO GO GO’, kami meraikan pelanggan yang sentiasa setia berada di sisi dengan menyajikan lebih dari 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat di platform Astro GO dan On Demand, yang mana ia sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada," ujar Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria.

Selain dari itu, tambah Cecilia, penganjuran acara-acara lapangan di lokasi yang berbeza turut memberi peluang kepada anak-anak berjumpa, beramah mesra dan berinteraksi dengan karakter-karakter animasi kegemaran mereka. 

"Buat ibu bapa yang ingin meluangkan masa berkualiti khususnya pada cuti hujung minggu bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi karnival-karnival ini. Istimewanya lagi cuti sekolah tahun ini, kami membawakan dua program terbaharu yang pastinya mampu mencuri hati anak-anak. ‘SMK’ dan ‘Hello Pinkfong’ merupakan IP (‘kandungan intelek’) terkini Astro dan bakal menyaksikan penglibatan ramai bakat-bakat muda yang kian meningkat naik. Sokongan penonton akan menentukan kejayaan kedua-dua program ini, khususnya ‘SMK’, kerana siri ini mempunyai potensi untuk membentuk sebuah jenama utuh dan diangkat ke pasaran serantau," sambung Cecilia.


Ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati lima saluran definisi tinggi (HD) kanak-kanak baharu - Astro Ceria HD (CH631), Astro Xiao Tai Yang HD (CH304), Disney Channel HD (CH635), Cartoon Network HD (CH636), dan Nickelodeon HD (CH632) mulai 22 November 2019. 

Selain sarat dengan sajian kandungan menarik di televisyen dan platform digital, anda juga dijemput untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti lapangan yang bakal dianjurkan di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.


ACARA GO GO GO SELURUH MALAYSIA

Acara besar-besaran, ‘Astro GO GO GO’ akan diadakan di pusat membeli belah, Sunway Pyramid pada 22 hingga 24 November ini. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan barisan pelakon dan maskot-maskot animasi kesayangan ramai seperti ‘Pinkfong’, ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana’, ‘BoboiBoy’, ‘SpongeBob & Patrick’, ‘Mickey Mouse’, karakter adiwira Marvel seperti ‘Iron Man’, ‘Spiderman’ dan ‘Captain America’ serta banyak lagi pada hari tersebut.

Di Selatan pula, Astro akan terlibat di program ‘Star Vendors Johor Mega Fest 2019’ di Persada Johor Bharu pada 29 November hingga 1 Disember 2019. Seterusnya, Astro turut bekerjasama dengan syarikat penerbitan animasi terkemuka tanah air, Les Copaque’ bagi menjayakan ‘Karnival Upin & Ipin 2019’ di MITC, Melaka pada 29 November hingga 1 Disember 2019. 

Astro Xiao Tai Yang turut tidak ketinggalan dengan menganjurkan konsert mega, ‘Happy Castle Live Concert’ di dua lokasi berbeza, masing-masing pada 23 dan 24 November di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang dan 29 November hingga 1 Disember 2019 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Dapatkan tiket anda dikidxy.com/tickets.

Ibu bapa dan anak-anak juga boleh menikmati muzikal Pinkfong yang pertama di Malaysia, ‘Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure’, bermula 12 Disember ini. 

Filem 65-minit istimewa ini boleh ditonton di lebih 30 pawagam di seluruh negara. Jom menyanyi bersama-sama Pinkfong dengan 27 lagu yang menyeronokkan. Ia juga hadir dengan sarikata berbahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, lawati @pinkfong.malaysia di Instagram.


Info lanjut, layari www.astro.com.my

Baca artikel berkaitan : *NASZ SALLY.

#AstroGoGoGo

Tiada ulasan: