Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT 40 TAHUN PERJALANAN M. NASIR MEMUKAU PENONTON

Foto Kredit: JNewRule. Terima kasi Opie.
Hebat! Puas dan berbaloi wang ringgit yang dibelanjakan!

Begitu antara secebis komen penonton yang telah menyaksikan Konsert M Nasir Satu Hikayat  yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.

Kak Fas setuju dengan komen-komen khalayak yang keluar dengan perasaan puas kerana Kak Fas pun puas melayari konsert hebat sebagai mengakhiri kalendar 2019 tahun ini.

Dari segi sistem bunyi, pencahayaan, muzik dan tentu sekali penyanyi utamanya, Dato M. Nasir masih mampu menarik satu konsert 'full house' dengan persembahan yang menjelajahi 40 tahun perjanalannya dalam industri muzik tempatan.

Tidak hairanlah beliau mendapat jolokan 'sifu'di kalangan karyawan muzik Malaysia dan malam tadi terbukti dalam usia 62 tahun M. Nasir tetap unggul.

Pujian juga harus diberikan kepada pihak penganjur Shiraz Project. Sdn Bhd yang turut memberikan satu pementasan yang berkualiti tinggi dari segi kerja-kerja teknikal pada pencahayaan, bunyi dan visual layar yang canggih.

Mungkin ramai maklum M. Nasir seperti Datuk Ramli MS bukanlah seorang yang 'sosial' namun pada konsert kali ini terserlah sisi 'lawaknya' apabila secara spontan terkeluar 'pick up line' seperti 'rugi siapa tak datang...' atau pun 'suka tak... kalau suka tepok tangan kalau tak suka tepok kaki."


Malah ketika diberikan sebuah gitar dengan selamba dia berkata, "mereka beri saya gitar... bukan nak main sangat pun.. sebagai prop je.."

Waktu itu gitar yang mahu disarungkan ke badannya terhantuk kepala sehingga pada satu segmen persembahan lain M. Nasir sekali lagi bercanda sambil berkata 'Sakit kepala pula ini... benjol dah terkena gitar tadi'.


Itulah sifu M. Nasir sentiasa terbuka dalam bicaranya. Sejak Kak Fas mengenalinya begitulah keperibadiannya, seorang yang nampak serius, tegas, terbuka tetapi terselit sifat 'humor' disebaliknya.

Selama tiga jam 15 minit berada di Dewan Plenari, terasa tidak puas menonton persembahannya walau pun pada segmen pertama mungkin agak 'slow' bagi penonton muda sekarang apabila disajikan dengan muzik ala nusantara menampilkan budaya dan seni Melayu melalui lagu-lagu seperti 'Langgam Pak Dogo' yang mendapat sentuhan bersama Sabri Yunus


Ia dikuti lagu 'Anak Anak Kita' dan 'Phoenix Bangkit dari Abu'.

Kak Fas anggap segmen pertama ini baik juga memandangkan lagu-lagu didahului dengan pesanan kepada 'anak-anak kita' sekali gus mengangkat budaya dan seni Melayu yang tidak harus diabaikan golongan muda sekarang.

Barangkal itu mesej yang ingin disampaikan oleh M. Nasir kepada anak-anak muda sekarang.

Persembahan seterusnya disajikan dengan empat lagi lagu seperti 'Keroncong Untuk Ana'; 'Sentuhan Listrikmu'; 'Bila Bumi Menari' dan 'Tari Cinta Rimba Mistikal'.

Seperti tahu antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada segmen awal kurang atau tidak pernah didengar penonton M.Nasir bijak mengatur jadualnya dengan segmen lagu 'cover' yang diciptanya untuk penyanyi lain.

Saat inilah kemuncak konsert terus hangat apabila beliau menyampaikan lagu-lagu popular dari penyanyi asal seperti 'Kenangan Lalu" (Flybaits); 'Hingga Akhir Nanti'  dan 'Sekumtum Mawar Merah' (Alleycats);'Milik Siapa Kah Gadis Ini'/ Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman/Anita Sarawak);'Istana Menanti' (Rahim Maarof) dan 'Hani" (Hattan).

Ketika ini para penonton mula 'sing along' malah ada yang bangun dan menarik mengikut rentak lagu. Memang terhibur!

Sterusnya, M.Nasir membawa penonton 'Kembara' melalui lagu hitsnya secara medley -'Ekspress Rakyat', 'Hati Emas' dan 'Gerhana' dikuti 'Gurindam Gunung Tahan', 'Bikin Filem' dan 'Bukalah Hatimu'.


Lagu-lagu lain seterusnya meliputi 'Hijab Kekasih', ' Mentera Semerah Padi', 'Sahabat Gua' dan 'Apokalips'. Ketika segmen ini penonton sudah mula bangun dan bergoyang sepertimana diajak M. Nasir sendiri.

Gamat dewan dengan suara penonton mengikuti lagu 'Ada' dan 'Raikan Cinta' malah suasana nampak seperti sebuah parti sehingga M.Nasir juga mahukan 'parti liar' itu terus hangat.

Malam berakhir dengan sebuah lagi lagu 'bonus' - 'Mustika'  sementara Nasir memperkenalkan pemuziknya 'Gong' dipimpin Zul Mahat serta kumpulan-kumpulan lain yang terbabit menjayakan konsert termasuk pengarah muzik konsert, Aznan Alias.

Tahniah semua! 

Jika ada yang nak tonton malam ini elok ambil peluang sebab penganjur memberikan diskaun tiket sehingga 30%.

Tiket-tiket berharga dari RM160 hingga RM860 boleh diperoleh dari dalam talian atau terus sahaja ke KLCC ya... lihat sektor pembelian tiket. (pix kiri).



Tahun hadapan Konsert M. Nasir Satu Hikayat akan dibawa ke Singapura pada 4 Januari 2020. 

Orang-orang Singapura jangan lepaskan peluang menyaksikan sifu kelahiran negara anda ini ya. 

Nantikan! Memang memuaskan!



#konsertmnasirsatuhikayat #mnasir #40tahunperjalanan #shirazprojects



Tiada ulasan:

Catat Ulasan