Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADIK BERADIK HARUMKAN NAMA NEGARA DI FESTIVAL KANAK2 ANTARABANGSA


Korang pernah tak dengar mengenai festival “Little Miss & Little Mister United World” ?

Sejujurnya Kak Fas sendiri pun belum pernah mendengar festival yang diasaskan pada tahun 2000 ini.

Little Miss & Mister United World, yang pada asalnya dikenali sebagai Festival Kanak-kanak Antarabangsa "Little Miss World", diasaskan oleh Natalya Kovalyova sebagai perayaan untuk kanak-kanak perempuan dari umur 5 hingga 14 tahun.

Ia ditubuhkan  dengan matlamat untuk mewujudkan kanak-kanak yang berbakat, berpendidikan, mesra dan bermotivasi. 

Pun begitu, pada tahun 2016 ia telah dijenamakan semula  dengan nama “Little Miss & Little Mister United World” apabila kanak-kanak lelaki dibenarkan menyertainya.

Delegasi dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun untuk Festival ini dengan tujuan mengukuhkan hubungan persahabatan antara negara, mengenali warisan budaya dunia dengan objektif menunjukkan bakat mereka dan bergabung dalam usaha menjadikan dunia bersih dan lebih baik.

Pada tahun ini pertandingan diadakan di Tenerife, sebuah pulau unik yang bergunung berapi, terletak di Kepulauan Canary, Sepanyol selama enam hari bermula 2 hingga 8 Oktober 2019 lalu.

Pulau tropika yang indah itu dipenuh dengan pelbagai pantai dengan pasir dan batu gunung berapi putih dan hitam, dan taman-taman alam dengan pemandangan luar biasa dihias oleh gaung-gaung semulajadi yang mengelilingi gunung berapi Teide. 

Mereka yang telah melawat kawah gunung berapi ini pada ketinggian hampir 4000 meter, mengatakan bahawa untuk pergi ke sana, seolah-olah anda menyentuh langit. 

Pulau ini juga dikenali dengan ikan paus dan ikan lumba-lumba, dan merupakan tempat yang sangat sempurna untuk 'Little Miss & Mister United World’ malah sejak diperkenalkan festival dihadiri oleh peserta dari 65 buah negara.
ELYN (kiri) bersama kakaknya, Elyn. Pix Maestro.my

Tahun ini Malaysia bertuah apabila dua pasangan adik beradik, Ilyn dan Elyn Loh dari Kuala Lumpur mengharumkan nama negara apabila dengan bangganya mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan 47 perwakilan dari 20 negara yang terlibat dalam festival 'Little Miss & Little Mister United World 2019'.

Ilyn, 11, adalah pemenang International Model Grand Prix 2019 malah memenangi anugerah Best Photo Model dan Best Art Costume, dan ditempatkan dalam susunan 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad .

Manakala adik perempuannya, Elyn, 7, dinobatkan pula sebagai Mini Miss United World 2019 - Group Champion (kategori usia 7 - 9 tahun). Dia juga memperoleh anugerah Best International Model Catwalk dan Best Video serta ditempatkan dalam peserta 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad.

Wah! Syabas untuk kedua adik beradik comel ini. Sudah tentu mereka bukan sahaja menjadi kebanggaan negara malah membuatkan ibu bapa turut bangga dengan pencapaian cemerlang ini kan?

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama bagi perwakilan dari Malaysia mencapai pencapaian yang setinggi itu dalam persaingan kanak-kanak pada peringkat antarabangsa yang berprestij.


"Tiada kata yang dapat benar-benar menggambarkan emosi saya ketika melihat kedua-dua gadis saya yang mencapai kejayaan dengan serentak memenangi Grand Prix Model Antarabangsa 2019 dan Mini Miss United World - Juara Kumpulan,” ujar ibu mereka, Swan Lum pada majlis memperkenalkan kedua pasangan adik beradik ini di Glasshouse, Ampang baru-baru ini.

Turut hadir meraikan mereka terdiri dari Ahli Majlis Ampang Jaya, Encik Mohd Aris Ismail (pix bawah, kanan) serta Jessie Foo Mooi-Chun (kiri) dan Cher Win sebagai guru latihan Ilyn dan Elyn.

Dengan titisan air mata gembira Swan Lum menambahkata, "Ini benar-benar ganjaran terbesar dalam hidup saya kerana dapat menyaksikan kedua-dua anak saya mencapai gelaran yang paling mulia di pentas dunia. Saya bersyukur kepada semua perkara yang telah berlaku. Cinta seorang ibu tidak mempunyai batasan"

Untuk mencapai tahap pencapaian setinggi itu Swan Lum dan suami melahirkan ucapan terima kasihnya atas bimbingan dan kasih sayang yang diberikan oleh Ketua Akademi Dance V Me, Jessie Foo Mooi-Chun dan Cher Win, guru-guru yang berdedikasi terhadap Ilyn dan Elyn. 

Jessie Foo adalah pengajar profesional tarian Latin American dan Ballroom dan adjudikator antarabangsa. Beliau adalah pengasas dan penganjur Little Miss Malaysia dan juga Pengarah Kebangsaan Little Miss Mister United World.

Dengan program yang diatur dan disusun dengan rapi oleh Jessie, Ilyn & Elyn berjaya menyiapkan diri untuk pertandingan ini dalam masa hanya 4 bulan.

lyn dan Elyn melayakan diri ke pertandingan Little Miss & Mister United World 2019 selepas menyertai Little Miss Malaysia 2017/18 dan masing-masing memenangi gelaran Miss Glamor dan Mini Princess. Tidak asing dalam pertandingan kanak-kanak, pasangan yang rajin itu turut memenangi dua anugerah dalam pertandingan Prince and Princess International 2018 di Phuket.

Semasa pertandingan di Sepanyol, Ilyn dan Elyn meragakan pakaian yang bergaya, cantik dan elegan yang direka khas oleh pereka muda Michael Ooi dari Pulau Pinang.

Sejumlah 10 pakaian dipaparkan oleh mereka di pertandingan  di mana kostum Ilyn dinobatkan anugerah Best Art Costume.

Antara pengalaman yang dirasai kedua pasangan muda dari SJKC Tsun Jin ini, Ilyn dan Elyn  berhadapan segala macam penilaian  antaranya melalui wawancara yang mencabar serta menjalani latihan sengit hingga ke catwalk dan lain-lain.

Pun begitu, seperti kata Ilyn dan adiknya, yang paling menyeronokkan mereka mendapat memulakan banyak persahabtan yang baharu dari seluruh dunia sekali gus mengenali budaya setiap negara terlibat.

Perayaan ini unik kerana simbiosis harmoni yang bersifat peribadi, kreativiti dan kedudukan ekologi aktif. Salah satu pusingan utama perayaan ini ialah persembahan bakat. Satu lagi pusingan utama ialah pembentangan projek ekologi oleh setiap peserta, yang dinilai oleh juri antarabangsa profesional.



Setiap negara yang berkongsi planet kita mempunyai warisan budaya yang penting. Little Miss & Mister United World menyatukan kepelbagaian dan keindahan warisan ini dari setiap sudut dunia kita.

Semua peserta festival menerima pencalonan peribadi, mahkota, piala kristal, hadiah dari pelbagai rakan-rakan kongsi perayaan. Para pemenang juga menerima sumbangan wang untuk mengembangkan bakat mereka dan juga projek alam sekitar di negara mereka.

Sememangnya mimpi seorang ibu menjadi kenyataan apabila Elyn dan Ilyn berjaya memenuhi impian ibu mereka.

"Saya berterima kasih kepada ibu saya yang banyak berkorban masa, wang dan segalanya untuk menyaksikan kami berjaya," ujar Ilyn sambil adiknya pula sambung dengan kata-kata, " terima kasih ibu, bila besar nanti saya mahu jadi seperti ibu" sambil mendapat sorakan hadirin.

Hari pertama pertandingan bertajuk Hari Persahabatan menyaksikan semua perwakilan bersama dengan ibu bapa mereka, dibentangkan dalam satu perayaan yang penuh dengan kasih sayang, kegembiraan dan keriangan, dan melihat kesemua-semuanya mempamerkan negara mereka dengan kebanggaan. 

Hari Persembahan pada hari kedua menyaksikan semua perwakilan menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai kategori yang termasuk vokal, tarian dan lain-lain. Kedua-dua Ilyn dan Elyn mempersembahkan tarian Paso Doble dalam rutin yang hebat masing-masing, yang diterima dengan baik oleh kalangan penonton.

Hari bertemakan Lanun, mungkin hari yang paling menyeronokkan untuk para perwakilan kerana mereka dapat berlayar ke laut di atas kapal berlayar replika abad ke-17, dalam pakaian lanun sebenar yang berasaskan filem Pirates of the Caribbean, tetapi ditemakan sebagai Pirates of the Canary Islands.

Malam terulung untuk para perwakilan kita ialah Malam Anugerah, yang memperlihatkan delegasi muda kita dari Malaysia, beraksi dengan cemerlang dan mencipta sejarah sambil mengharumkan negara.

Sesungguhnya Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Bakat mereka menawan dan memberikan kegembiraan. Tahniah Ilyn dan Elyn.


Tiada ulasan: