Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'FREAKY FITZ' PELAWA JADI STOKIS NEGERI. SIAPA MAHU?


Penuh bersemangat!

Begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan apabila hadir seketika di ‘Mastering Class & Meet And Greet 2.0 Team’ yang berlangsung di Bangi baru-baru ini.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang dewan Rendezvous, sorakan penuh semangat bergema daripada lebih kurang 50 peserta yang berdaftar bagi mengikuti kelas yang dikelolakan oleh pakar motivasi yang lebih senang disapa ‘Zack Zawani .di kalangan ramai.


Bayangkan kelas yang bermula dari jam 10 pagi itu masih dipenuhi kesemua peserta yang berdaftar walau pun ketika Kak Fas hadir waktu dah pun menunjukkan pukul 2.30 petang. Tiada langsung kelihatan wajah bosan dari kesemua yang hadir malah mereka mendengar ceramah Zack dengan penuh khusyuk dan bertenaga.


Kak Fas yang berada selama lebih satu setengah jam pun terpegun dengan kata-kata semangat yang dilontarkan Zack mengikut acuannya yang tersendiri.


Diselit kata-kata nasihat yang positif, setiap bicaranya membangkitkan semangat apatahj lagi beliau bukan sahaja berkongsi tips untuk berjaya tetapi nasihat kerohaniah tidak diketepikan.

“Apa pun yang kita lakukan jangan tinggalkan solat,” ujar Zack. Malah dengan berbicara secara  interaktif beliau berjaya mengajak para peserta menyanyi serta menggayakan beberapa gerakan sekali gus menjadikan kelas ‘happening’.

Sebenarnya ketika mendapat undangan untuk membuat liputan acara ini, Kak Fas tertarik dengan logo ‘Freaky Fitz’ yang terselit pada bahagian hujung atas poster malah penampilan imej pelakon popular suami isteri, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin berserta gambar Dato Amin Ismail menyakinkan lagi bahawa ‘Masterclass’ berkenaan ada kaitan dengan produk Freaky Fitz yang Kak Fas pernah membuat liputan ketika pelancaran cabaran 20 hari Freaky Fitz yang dilangsungkan beberapa bulan sebelum ini.



Sila  baca kembali link DI SINI.

“Ya, kelas ini adalah lanjutan daripada program cabaran tersebut tetapi ditumpukan lebih kepada mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis produk,” ujar Dato Abdul Amin Ismail  sebatai pengedar tunggal Freaky Fitz dan penganjur kelas ketika ditemui.

Merupakan anjuran kali kedua, Amin memberitahu, beliau membuka kelas secara percuma untuk mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis sekali gus meraikan mereka yang mencapai jualan tertinggi.


Siapa sangka daripad enam ‘top stokis’ yang diraikan pemenang pertama jatuh kepada seorang wanita, Dian Abdullah  dari negara jiran Singapura yang berjaya menjual RM108, 280 berbanding stokis dari Malaysia.

Jualan tertinggi pada kedudukan tempat kedua turut diperoleh seorang wanita, Atiqah Ismail dengan angka jualan mencapai RM68,200 diikuti Mohd Safwan Shari dengan jualan RM55,000.

Tiga yang lain adalah Puspa Ismail (RM25,600);  Mas Irwady Karim (RM25,450) dan Jenita Md Hayyad yang berjaya menjual sehingga RM22,670.

Menurut Amin selanjutnya, beliau bercadang untuk meneruskan masterclass seumpama di beberapa buah negeri lain di mana Kelantan akan menjadi lokasi pertama sebelum akhir tahun.



Lebih menarik lagi, para peserta yang berdaftar bukan sahaja mendapat peluang dan latihan untuk menjadi seorang usahawan berjaya malah Dato Amin dengan bermurah hati pula menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah menarik pada tiga peserta bertuah,

Siapa tak nak kan, dah la masuk kelas free dapat hadiah pula lagi… memang berbaloi walau pun duduk selama 6 jam. Ada makan tengah hari dan minum petang secara percuma lagi. 

Memang rugilah jika ada yang menolak betul tak?

Apa pun bagi Dato Amin, beliau mensasarkan mampu memperoleh jualan sehingga 300,000 unit produk Freaky Fitz menjelang akhir tahun atau dalam, tempoh beberapa bulan sehingga suku pertama tahun depan.

“Memang nampak mustahil nak capai sasaran tersebut dalam tempoh terdekat tetapi saya yakin mampu menjurus ke arah itu apabila wujudnya wakil-wakil negeri kelak, “ jelas Amin.

Sehubungan itu tambah Amin, pihaknya kini sedang giat menjalankan promosi untuk mencari wakil-wakil negeri agar setiap negeri ada stokis mereka tersendiri.


“Buat masa ini kita cuma ada 300 ejen dan stokis di Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja,” sambungnya.

Menjelaskan lanjut Amin memberitahu, ketika dilancarkan kira-kira lebih dua bulan lalu, makanan tambahan yang mampu mengurangkan berat badan itu telah dijual sebanyak 30,000 unit.

Masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang mahu menjadi ejen, Amin memberitahu modal perniagaan adalah mampu milik.

“Sebagai ejen mereka cuma perlu memperoleh sepuluh botol pada harga RM59 manakala untuk stokis harus mendapatkan 100 botol pada harga RM52,” ujar Dato Amin sambil memberitahu Freaky Fitz dijual pada harga runcit sebanyak RM79.

Seperti yang sedia maklum, pasangan suami isteri pelakon Shaheizy Sam dan Syatila Melvin turut turun padang mempromosikan Freaky Fitz malah pada sesi Masterclass yang berlangsung kedua mereka turut hadir.


Namun disebabkan jadual ketat Shaheizy Sam yang perlu ke lokasi penggambaran, beliau dan isteri tidak dapat menunggu lama untuk kelas tamat bagi sesi ‘Meet & Greet’. 

Tentu ada yang rasa hampa kan tidak dapat bertemu dan bergambar dengan Sam atau Syatilla kan?

Pada pandangan Kak Fas sebaiknya dalam keadaan begini pihak penganjur perlu ganggu seketika kelas yang berlangsung untuk membeli laluan pada Sam berbicara dan mengenali peserta.


Bukan lama pun, ambil lah masa 10 minit jika ‘rushing’ ya tak? Tidak lah tiba tiba Sam terus hilang pada pandangan peserta yang sedang bersemangat mendengar ceramah motivasi sepanjang hari.

Untuk pertanyaan dan info lanjut boleh KLIK SINI.

14 ulasan:

Auni Muthal'lib berkata...

Minuman berasaskan buah macam Freaky Fitz ni memang sesuai sebagai detoks buang lemak kan? Moga maju jaya pada Freaky Fitz.

Nik Nurehan berkata...

semoga bizness berjalan dengan lancar dan success dalam perniagaan.

Fiza Rahman berkata...

Tak tahu pon pasal produk ni. 1st time dengar. Untuk Yang nak kurus tu, boleh lah try produk ni.

Hanny Abdullh berkata...

Kita pun masih amalkan freaky fitz ni, turun lah jugak sikit..lagipun kita ni malas nak bersenam, tu yg lambat nak turun kot. Nanti kalau dah turun banyak boleh le jadi agen pulak..:D

Nana Hassan berkata...

Tahniah semua. Semoga business terus maju dan berjaya. Surirumah boleh juga join ni. Sambil2 menambah pendapatan sampingan

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Ramai yg teruja dgn produk ni. Sbb ktnya benar2 efektif utk
Mengurangkan berat badan. Tengok pd duta pun mmg dah terbukti

raihanah berkata...

tak pernah dengar lagi produk ni, semoga berjaya semua! semoga bertambah maju

Jaja Zaleha berkata...

Oh produk untuk kuruskan badan rupanya. First time juga ni dengar. Program macam ni amat bagus kan supaya dapat beri motivasi untuk semua agen

www.duniafarisya.com berkata...

Waaa. Shaheizy Sam dan Syatilla duta dia ye?Produk ni dah berapa lama ye dekat pasaran sebab first time dengar!hehe

Mimie berkata...

Tak pernah dengar lagi pasal produk ni tapi tengok ramai juga yang join program yang dianjurkan. Namapk meriah dan happening.

Ruby berkata...

Wahhhhh saya ada follow Instagram Sam dan Syatilla. Lawak giler tau kak mereka challenge utk slim dan dalam masa yang sama ia intro utk perkenalkan produk. Semoga sukses utk produk ni. Aminn

I am Vee berkata...

Congrats to all. And good luck for those who are in this business too! :) My blessing to all of you out there! Cheers for success and great leaderships.

Nadia Johari berkata...

pertama kali nampak produk ni..wah modelnya pasangan dua orang tu ke..bgusla join prodgram yang boleh tambah pendapatan

mek yunie berkata...

oh pernah tengok syatilla melvin dengan produk ni. produk untuk kurus rupanya ye. semoga berkesan kepada mereka yang mencubanya.