Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN SHAM VISA DALAM 'NENEK KU INSTAFAMOUS'

SHAM di samping Zarynn Min dalam salah satu babak drama 'Nenek Aku Instafamour'. Pix RTM.
Kemunculan semula Sham Visa dalam industri hiburan mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat yang merindui suara dan nyanyiannya.

Kerana itu, tidak syak lagi pemilik bernama penuh, Rohisham Hashim, 48, ini masih bertahan dalam program realiti "Gegar Vaganza 2019' (GV) walau pun pada minggu ke-8 lalu beliau berada di kedudukan tiga terbawah bersama Nurfatimah dan penyanyi Wann.

Rata-rata peminat berpuas hati dengan kemunculannya kembali beraksi di atas pentas sehingga terdampar poster yang mempamerkan tulis "We love Sham 3,000 more'.
SHAM di samping Nabil dan Jihan pada program realiti 'Gegar Vaganza 2019". Pix IG Sham.
Malah ketika baharu sahaja membuka akaun Instagram, jumlah pengikut Sham melonjak lebih 35,000 dalam tempoh dua minggu. Terkini akaun shamvisal.officisl dah ada 94,300 pengikut.

Wow! Hebat penangan vokalis kumpulan Visa ini yang popular dengan lagu-lagu hit seperti 'Dalam Gerimis" pada awal tahun 90-an malah terkini beliau mendapat pula jolokan 'Ironman' atau Tony Stark Malaysia  gara-gara wajahnya mirip Robert Downey Jr yang memegang watak adiwira tersebut.
Pix Kredit: Ohbulan.com
Pun begitu bagi generasi muda, jika selama ini mereka mengenali Sham Visa sebagai penyanyi setelah beraksi dalam 'GV" meski pun telah 15 tahun menyepi namun tahu kah mereka Sham juga boleh berlakon?

Terkejut?

Ya... sebenarnya, Sham pernah berlakon dalam filem 'Debu-Debu Kasih' di samping pelakon Aida Aris pada tahun 1995.

Dan terbaharu, wajah Sham akan kembali di kaca tv melalui sebuah drama terbitan Unit Drama TV RTM menerusi slot Panggung RTM di TV! pada 7 Disember nanti.

Berjudul 'Nenek Aku Instafamous' Sham akan membawa watak sebagai Mansor, anak yang salah faham dengan situasi berlaku masa silamnya. 

Drama  arahan Ikhsan Sukiman bergenre komedi ini bakal bersiaran pada pukul 9 malam pada tarikh berkenaan waima Sham akan berlakon di samping Normah Damanhuri, Zarynn Min, Ewal AF. Jalil Hamid, Wan Raja, Mubarak Majid dan Najua P, Ramlee antaranya.

Jadi jika tak sabar nak lihat 'Ironman Malaysia' kita ini berlakon tandakan kalendar anda pada 7 Disember 9 malam ya.

Jom baca sinopsisnya:

“Nenek Aku Instafamous” mengangkat kisah Rafiq (Ewal AF), seorang instafamous yang sedang membuat video viral mengenai ’What does it mean to be 21’ telah ditangkap atas kesalahan menerima bahan terlarang di dalam kelab malam. Sebagai seorang yang popular di kolej, Rafiq telah dihukum gantung  selama sepenggal bagi membersihkan nama kolej dan meredakan keadaan pada ketika itu.

Mansor(Sham) dan Lia (Zarynn) yang merupakan ibu dan bapa kepada Rafiq kesal dengan perkara tersebut. Sebagai ayah yang juga merupakan seorang selebriti dan sibuk mencari nafkah buat keluarganya, Mansor meletakkan seluruh kesalahan kepada Lia yang juga seorang motivator berpengaruh kerana tidak mengawasi aktiviti anak mereka.

Setelah berfikir panjang, Lia akhirnya menyuarakan cadangan agar Rafiq dihantar pulang ke kampung suaminya untuk menghabiskan cuti penggantungan Rafiq dari kolej. Mansor yang masih menyimpan dendam pada ibunya, Mak Timah Andam (Normah Damanhuri) mengenai perpisahan ibu dan ayahnya ketika dia masih kecil pada awalnya menolak. Namun setelah diyakinkan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk menyembunyikan Rafiq dari masyarakat umum, Mansor terpaksa bersetuju.

Rafiq terpaksa menurut dan akur akan kata ibu dan bapanya. Kehidupan di kampung membuatkan Rafiq bosan sehinggalah Rafiq mengetahui bahawa neneknya Mak Timah Andam merupakan seorang usahawan jamu dan mempunyai instagram serta pandai membuat video tutorial. 

Kagum akan kehebatan neneknya, Rafiq membantu menaikkan follower instagram Mak Tmah Andam dan membantu mempromosikan jamu sehingga Mak Timah Andam dikenali dengan nama “Granny With Masquerade” dan popular. Tetapi tidak lama kemudian, rahsia terbongkar. Mansor begitu marah pada ibunya. Rafiq dibawa pulang ke rumah.  
SHAM (kiri) bersama Ewal (duduk, tengah), Zarynn (kanan) dan Najua  (berdiri).
Dalam masa yang sama, Rafiq membantu mencari datuknya Man Agogo (Jalil Hamid) untuk menyelesaikan masalah antara nenek dan ayahnya. Bantuan Bibik Ainun (Najua P. Ramlee) dan Amin Sengau (Ken Redzuan) membuahkan hasil apabila Rafiq mengetahui di mana Man Agogo berada. 

Mak Timah Andam akhirnya memperkenalkan dirinya kepada umum melalui instagram Live.  Rafiq akhirnya membawa ayah dan ibunya ke tempat Man Agogo di rumah jagaan orang-orang tua.  Akhirnya Mansor mengetahui perkara sebenar yang terjadi di antara ayah dan ibunya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Lalu bagaimanakah kesudahannya?

Menarik kan cerita ini...? Nak tahu kesudahanny kenalah tonton nanti ya. Kita tengok bagaimana lakonan Sham Visa. Mantap ke idak?

Kak Fas: Dah bertemu dengan Sham Visa semasa Konsert Gegar Vaganza minggu pertama. Seorang yang mesra, rendah diri dan yang penting 'tatak' sombong. Suka dengar suara serak-serak basahnya. Good luck Sham moga ke final GV.

#panggungRTM #gegarvaganza2019 #shamvisa #nenekakuinstafamous 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan