Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO REKOD PENCAPAIAN TERBAIK PROGRAM MUSIM PERAYAAN



DALAM
tempoh negara dihimpit wabak COVID-19 sehingga memaksa sebahagian besar daripada rakyat perlu duduk rumah, Astro mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan peminat untuk program-program hiburan Ramadan dan Raya.


Sepanjang musim perayaan itu Astro  merekodkan sejumlah 94% penonton berbangsa Melayu menonton saluran2 Melayu daripada lebih 370 program istimewa merentasi setiap platform utama, menerusi kempen ‘Buka Lembaran Baharu’ yang ditawarkan.


Jumlah tontonan program Ramadan dan Raya Astro (‘RARA’) di platform On Demand turut merekodkan pertumbuhan yang cukup positif, dengan hampir 7 juta judul distrim menerusi Kotak Astro (televisyen) dan Astro GO. 


Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak 518% dari tahun sebelumnya kerana jelas dapat dilihat penonton memilih untuk menonton secara ‘binge watch’ (secara berterusan) atau menonton semula program-program kegemaran masing-masing.


Dalam pada itu, kadar tontonan menerusi peranti mudah alih di Astro GO terus mencatatkan kenaikan apabila menerima lebih 65 ribu pendaftaran baharu sepanjang musim perayaan yang lalu. 


Drama popular, ’Rindu Awak Separuh Nyawa’ berjaya merekodkan jumlah tontonan TV tertinggi sebanyak 2.5 juta seterusnya menjadikan ia Drama No. 1 pilihan rakyat Malaysia, dan sejumlah 4.8 juta episod di strim di Kotak Astro dan platform Astro GO. 



Berikutnya, ’Projek: Anchor SPM’  berjaya memenangi hati penonton generasi muda yang lebih terarah kepada platform digital menerusi jalan penceritaannya yang tampil berani dan segar. 


Siri premium itu merekodkan sejumlah 616 ribu tontonan TV, 1.1 juta episod telah distrim, 123 juta tontonan video di TikTok dan sebanyak 139 juta capaian merentasi platform media sosial. 


Sementara itu, peminat komedi tanah air memilih ’Sepahtu Reunion’ yang mana episod ‘AL Raya’ merekodkan sejumlah 870 ribu tontonan TV dengan 2 juta episod distrim: manakala edisi ‘AL Puasa’ pula mencatatkan sejumlah 858 ribu tontonan TV dan 390 ribu episod telah distrim.


Bagi program istimewa Raya Astro, ’Mega Raya Ria’, yang bersiaran secara langsung telah menghiburkan penonton dari malam Raya sehinggalah ke hari ke-empat, mencatatkan sejumlah 610 ribu tontonan. 


Untuk rekod juga, video komersia Raya Astro ‘Singkap Sebalik Tingkap’ berjaya memenangi hati penonton dengan kisahnya yang menyentuh jiwa.



Ia telah merekodkan sejumlah 4.8 juta tontonan di platform digital dan berada di kedudukan  kesepuluh yang teratas (Expert Choice Awards’)  untuk video-video terbaik musim Aidilfitri 2021, anjuran MARKETING Magazine, sebuah portal pemasaran komunikasi industri negara.


Astro juga berkolaborasi dengan McDeliivery, ‘Berbakti’ untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara (frontliners) dengan melibatkan bakat-bakat ‘on-air’ Astro.


Barisan penyampai radio Astro bersama petugas McDelivery menghantar juadah berbuka puasa, barangan keperluan harian dan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 10 keluarga asnaf di bawah program ‘Ziarah Ramadan’ yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 


Selain itu, penyanyi dan pengacara popular negara, Alif Satar dan petugas McDelivery menyampaikan sejumlah 1,000 juadah makanan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka dalam menjaga keselamatan negara.  


#Astro #RinduAwakSeparuhNyawa #ZiarahRamadan #AlifSatar #MdDelivery


Tiada ulasan:

Catat Ulasan