Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMPEN DRAMA BERGANDA2 ASTRO, SETIAP RUMAH ADA KISAH



MEREKA  
yang setia melanggani ASTRO tentu sentiasa menanti-nantikan perkhabaran baik khususnya yang menguntungkan kedua belah pihak, lebih-lebih lagi penontonnya.


Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia dengan menyediakan sajian drama pelbagai genre yang lebih menarik, terkini dan segar merentasi vernakular, Bahasa Melayu, Mandarin / Kantonis, Tamil dan Korea menerusi kempen terbaharunya, DRAMA BERGANDA-GANDA


Dengan mengangkat tema Setiap Rumah Ada Kisah’, kempen ini bertujuan untuk membawa pelanggan menonton seleksi drama yang sesuai dengan setiap peringkat umur, pelbagai pilihan yang menepati citarasa individu dan isi rumah di platform kegemaran masing-masing, sama ada menerusi saluran linear (televisyen), platform On Demand mahupun di Astro GO. 


Drama-drama sajian Astro sebelum ini dilihat menjadi pilihan utama penonton di negara ini apabila statistik yang direkodkan memperlihatkan sambutan serta reaksi yang positif dari ramai. 



Justeru, Astro terus dengan usahanya untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen terbitan drama dengan menampilkan variasi drama pelbagai genre, dari komedi ke aksi, seram, romantik, fantasi, fiksyen sains dan banyak lagi.


Kualiti keseluruhan sesebuah produksi, naratif penceritaan dan olahan skrip yang mantap merupakan tunjang utama kepada setiap penghasilan drama yang disiarkan Astro. 


Menerusi kempen ‘DRAMA BERGANDA-GANDA’ ini, usaha akan dilipat gandakan agar Astro kekal menjadi pilihan nombor satu penonton. 


Berikut merupakan di antara sajian drama utama menghiasi skrin anda seisi keluarga. Strim dan tonton pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada: 


Antara drama tersebut meliputi Scammer; Love ELSA; Lockdown; Final Destiny (Kantonis); Murder Dairy (Kantonis); Ancient Love Poetry (Mandarin); Ramarajan 2,0 (Tamil); My Roomate Is Coming (Korea) dan Youth of May (Korea).


Maklumat lanjut ikuti laman web www.astro.com.my mahu pun melalui pautan laman sosial facebook dan Instagram Astro.



#ASTRO #LoveElsa #FinalDestiny #Ranarajan2.0 #MyRoomateIsComing #Drama

Tiada ulasan: