Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI BAUCER DISKAUN RM111, RAI PENJENAMAAN GO SHOP BAARU


DALAM tempoh PKP ini, Kak Fas percaya, seperti Kak Fas sendiri, antara saluran yang tidak terlepas di tonton adalah saluran Go Shop.


Jujur Kak Fas katakan, dalam bulan Mei dulu sahaja Kak Fas terpaut dengan produk-produk yang dipertontonkan sehingga membeli 5 produk pada bulan itu sahaja tau haha…


Apa pun berita baiknya bermula dari 24 Julai 2021 depan, saluran 111 Astro akan dijenamakan semula ke Go Shop BAARU, saluran baharu berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial yang trendy dan bergaya.


Bagi meraikan pelancaran saluran baharu itu, Go Shop akan memberikan baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021.


Wow! Menarik tak? Siapa tak nak kan dapat baucer diskaun RM111… banyak dapat ‘save’ tu.



Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing. 


Produk-produk trendy ini terdiri dari alat perkakasan dapur, makanan kesihatan ke produk kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi, yang diyakini mampu memudahkan urusan seharian pengguna, praktikal dan menepati gaya hidup anak muda hari ini yang dilihat sentiasa sibuk dan aktif. 


Pelanggan boleh menonton pelbagai program istimewa di Go Shop BAARU, dimeriahkan dengan program ‘Saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9.00 malam yang menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih. 


Juga program yang bakal bersiaran selama 3 jam, ‘BAARU & Eksklusif’ pada 24 Julai, dari jam 9.00 pagi – 12 tengah hari, yang turut membariskan hos-hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz



Mereka akan memperkenalkan produk-produk baharu dan eksklusif, khas buat pelanggan. 


Menariknya lagi, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika mereka membeli produk-produk yang disiarkan dalam program ‘BAARU & Eksklusif’, setiap hari, pada jam 9.00 malam.


Di antara produk eksklusif Go Shop yang dipakejkan bersama (atau ‘bundle’) termasuklah Copper Diamond Bakeware, Aurasia Cookware, Lunaskinz dan minuman kecantikan Audela. 


Jadi, jangan lupa untuk menonton saluran-saluran Go Shop di Astro – Go Shop BAARU (CH111), Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) yang bersiaran dalam Bahasa Melayu atau CH303 untuk versi Mandarin, dan di saluran MYTV, CH120. 


Program-program Go Shop juga boleh distrim di laman sesawang atau menerusi aplikasi Go Shop.


Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat sebarang pembelian, anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau KLIK SINI atau muat turun di aplikasi Go Shop: Go  Shop app di Google Play dan App Store.



#ASTRO #GoShopBaaru #GoShopRuuma #GoShopGaaya #MiraFilzah #AaronAziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan