Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

COVID-19: KITA MASIH BELUM MENANG. MALAM INI DI MAJALAH 3



KITA masin belum menang, begitulah ayat yang selalu diperingatkan berhubung  pandemik COVID-19 yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Rata-rata kita melihat kesukaran yang dihadapi rakyat jelata waima ada yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan masalah yang ditanggung apatah lagi jika ada hutang sekeliling pinggang tetapi poket pula kosong.


Walau pun sudah ada vaksin dan memasuki PKP 3.0, belium nampak tanda-tanda wabak yang melanda akan surut bahkan angkanya di tahap membimbangkan.


Keadaan ini terus memberikan cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dari pelbagai sektor untuk menangani pandemik yang tercetus sejak tahun lalu. 


Barangkali  ada yang menyaksikan siri pertama dokumentari istimewa memaparkan keadaan getir yang dihadapi petugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan situasi sebenar di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), bersiaran pada 17 Mei 2021 lalu.


Episod tersebut memberikan impak yang besar sehingga berjaya mencapai 5 juta penonton (sumber Nielsen Audience Measurement) dan ia juga tular di laman sosial media sekaligus menepati matlamat program supaya penonton dapat mengetahui trend pandemik itu. 


Krew Majalah 3 bersama warga kerja Hospital Sungai Buloh.


Terbaharu, Majalah 3 membuat liputan susulan perkembangan terkini keadaan Covid-19 dalam negara bertajuk ‘Episod 2 Majalah 3: Kita Masih Belum Menang’ hasil saranan daripada Pejabat Perdana dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berkongsi informasi dengan masyarakat mengenai realiti dan impak virus Covid-19.


Episod yang akan menemui penonton esok,  5 Julai 2021, jam 9.00 malam memberi fokus kepada dua sisi kehidupan, iaitu kelahiran dan kematian dalam pandemik. 


Krew Majalah 3 secara eksklusif berada di dalam ruang forensik menyaksikan bagaimana bedah siasat (post mortem) mayat mangsa Covid-19 dilakukan. 


Bedah siasat mayat mangsa positif COVID-19 di Institut Perubatan Forensik Negara.


Ia bagi memberi informasi mengenai kesan virus terhadap organ tubuh mangsa terutama pada paru-paru. 


Selain itu, turut dipaparkan keadaan  di wad pediatrik yang mula merunsingkan pakar perubatan ekoran bilangan kanak-kanak positif Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.


Penggambaran turut dilangsungkan di wad pediatrik Hospital Sungai Buloh.


Krew juga dibenarkan berada di dalam dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) menyaksikan petugas perubatan berhadapan dengan cabaran menjalankan pembedahan wanita hamil tidak cukup bulan ekoran dijangkiti virus Covid-19, demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.


Diterajui  Gan Bock Khim selaku Penerbit Eksekutif bersama penerbitnya,  Christine Lee Mei Chin dan wartawan Khaleeq Shahzada Manja, pastikan anda menyaksikan ‘Episod 2 Majalah 3: Kita Masih Belum Menang’ pada 5 Julai  (esok) ya.


Sedarlah COVID-19 itu benar dan bukan boleh dijadikan bahan gurauan atau dipolitikkan ya! Sama-sama kita jaga kita dan mendoakan supaya koronovirus ini cepat beredar supaya kita kembali kepada norma biasa walau pun berada dalam situasi norma baharu.



#Majalah3 #Covid19 #KitaMasihBelumMenang #HospitalSungaiBuloh #NICU


Tiada ulasan: