Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH MELETOP 2021 KEMBALI LEBIH MANTAP, UNDIAN TOP 5 DIBUKA


 “SEBAGAI pemain utama industri kreatif tanah air, keprihatinan dan inisiatif kerajaan yang mengumumkan peralihan Fasa 3 dan pembukaan semula industri seni kreatif telah memberi sinar baharu dan kelegaan serta-merta kepada kami setelah segala aktiviti berkaitan sektor ini tergendala selama berbulan-bulan lamanya,” demikian kata-kata aluan Raqim AhmadNaib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro ketika mengumumkan kembalinya Anugerah Meletop 2020 edisi ke-8 tahun ini secara maya.


Tambah beliau, meskipun kerancakan aktiviti seni dan acara hiburan pasca pandemik mungkin tidak lagi meriah sepertimana sebelumnya, namun ia tidak sedikitpun menggugat usaha Astro untuk beradaptasi secara inovatif agar dapat terus membekalkan kandungan berkualiti sekaligus bergerak ke hadapan demi kelangsungan industri.


Sehubungan itu, selaku pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, Astro menyambut baik inisiatif kerajaan membenarkan peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi kawasan sekitar Lembah Klang khususnya yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.  


Dan susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sektor industri kreatif untuk negeri dalam Fasa 3, Astro mengembalikan penganjuran AME 2021  bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. 


Dengan tagline Yang Fresh, Yang Legend’, 'AME 2021'  dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand



Istimewa untuk para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, siaran ‘AME 2021’ juga akan turut disiarkan dalam format resolusi kualiti 4K UHD.


Pengacara versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas ‘AME 2021’ selaku hos utama.


Format penganjuran asal ‘AME’ yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan namun untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu diperkenalkan iaitu ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP dan ‘Video MeleTOP’. 



Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu ‘Hos MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’. 


Jadi keseluruhannya kategori utama yang dipertandingkan adalah ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘Si Cilik MeleTOP’, ‘Filem MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Drama MeleTOP’, ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Video MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’, ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘Influencer MeleTOP’, ‘Artis Baharu MeleTOP’, ‘Couple MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’.



Selain itu, turut dipertandingkan ialah tiga kategori kemuncak yang ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi di kalangan calon ‘Top 5’ untuk kesemua kategori utama iaitu ‘Top Top MeleTOP Lelaki’, ‘Top Top MeleTOP Wanita’ dan ‘Top Top MeleTOP Grup/Duo’.


Undian fasa pertama untuk memilih calon ‘Top 5’ daripada Top 20 yang diumunkan sudah boleh dihantar mulai 5 Oktober 2021, jam 6.00 petang hingga 19 November 2021, jam 6.00 petang menerusi laman rasmi www.anugerahmeletopera.com.my atau KLIK INI dan juga melalui aplikasi SYOK.


Tahun ini juga AME 2021 memperkenalkan  baharu, “Anugerah MeleTOP ERA 2021’ nyayian dan paduan suara Darmas Band, Dolla, Lifl J, Syamel, Yonyboii dan Yonnyboi.


Lagu tersebut turut mendapat sentuhan Ezra Kong selaku komposer serta lirik nukilan oleh Ezra sendiri bersama Lil J.




#AME2021 #NabilAhmad #JihanMuse #AstroRia #AstroGo #OnDemand #SYOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan