Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA PILIH ZAHRA ZURA DUTA SIMPLYSITI SELEPAS 11 TAHUN


SETELAH hampir dua tahun tidak bertemu media kecuali melalui maya sahaja, penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza meraikan rakan-rakan media sempena majlis pelancaran produk terbaharu SimplySiti.


Majlis yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur  baru-baru ini turut memperkenalkan duta pilihan SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Anak sulong daripada dua beradik ini merupakan gadis bertuah yang terpilih di antara lebih 700 penyertaan yang diterima dalam Pencarian Wajah SimplySiti yang mula diadakan pada Jun lalu.


“Kosmetik baharu ini lahir ketika negara kita dan seluruh dunia dilanda bencana yang tidak terduga. Namun saya amat berbangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan bekerja keras bagi memastikan produk ini berada di pasaran sebagaimana yang telah dirancang sejak awal lagi,” ucap Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti.



Menurutnya, berkonsepkan ‘SimplySIti For All - Reflection Of Perfection’, produk terbaharu berkenaan sesuai untuk semua kulit wanita Asia malah mampu memenuhi cita rasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit dan peringkat umur khususnya bagi penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semula jadi.


“Setelah 11 tahun SimplySiti berada di pasaran, ini buat julung kalinya syarikat melantik duta produk untuk bersama saya mempromosikan semua rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti pada masa akan datang sekali gus menarik minat dari kelompok golongan remaja,” jelas Tok Ti.



Bercakap lanjut mengenai bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap syarikat, jawab Siti:


“Saya tidak menafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat COVID-19 namun saya amat bersyukur walau pun dalam keadaan sukar, peminat-peminat SimplySIti masih boleh membeli barangan keperluan mereka melalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti dan melalui ahli-ahli SimplySiti Elit.” tambah Tok Ti.


Jenama SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010 sememangnya mencerminkan gaya hidup Tok Ti yang berkualiti, praktikal. kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan.


Rangkaian kosmetik terbaharu SimplySiti yang dirumus secara saintifik dan klinikal serta mempunyai sijil Halal JAKIM bagi memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat ini boleh didapati di Watsons, Shopee, laman sesawang www.simplisity.com.my atau KLIK SINI JE dan ahli SimplySiti Elit yang berdaftar.




Artikel  berkaitan sila baca LINK INI


#SimplySiti #ZahraZuraAzizaZahanor #COVID-19 #SitiNurhaliza #Kosmetik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan