Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY AO3s, PERANTI SESUAI REMAJA, PELAJAR SEKOLAH


BILA sebut SAMSUNG, siapa tak kenal dengan organisasi terbesar dari Korea Selatan ini di mana Samsung Electronics menghasilkan rangkaian telefon pintar pelbagai model sejak industri itu diasaskan pada tahun 1969.


Tak terbilang berapa banyak model telefon pintar Samsung yang dikeluarkan khususnya siri Samsung Galaxy di mana yang terbaharu tentunya telefon berlipat Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.


Memang cantik yang terbaharu itu, berkenan sangat dengan Galaxy Z Flip3 5G kerana saiznya yang kecil dan comel boleh disimpan dalam poket jika tak bawa tas tangan contohnya.


Iyalah kadang-kadang malas nak bawa tas tangan jika sekadar turun ke kedai untuk membeli barang keperluan harian ya tak?


Apa pun, bukan kisah Galaxy Z Fold atau Flip yang ingin Kak Fas kongsikan lagi di sini sebab belum mencubanya.


Apa yang mahu Kak Fas kongsikan adalah pengalaman menggunakan telefon model Samsung Galaxy A03s.


Walau pun siri ini sudah lama dilancarkam pada bulan September lalu namun masih belum terlambat untuk Kak Fas mencoretkan pengalaman kebaikan atau kelemahan telefon dalam kategori mampu milik ini.


Pada harga RM559, janganlah kita nak dapatkan ‘bulan dan bintang’ dan membezakannya dengan telefon ‘flagship’ seperti Galaxy Z Fold atau Flip kan? 


Agak-agaklah… spesifikasinya sesuai dengan duit yang dibelanjakan.


Bagi Kak Fas, sekali pandang pada kotaknya sahaja sudah mampu menambat hati generasi Z khususnya  anak-anak bersekolah apatah lagi dalam musim persekolahan yang masih dijalankan secara Pdpr (dalam talian) ini.


Dan kalau dah Kak Fas bayangkan ia sesuai untuk pelajar atau remaja yang baharu hendak memegang sebuah telefon bimbit, seeloklah rebiu Kak Fas mengenai Galaxy A03s ini pun tidak terlalu teknikel… tak faham pula anak-anak nanti ya tak… apa tah lagi kepada ibu bapa yang sebuk dan tiada masa nak ajar  atau pun mereka yang masih buta ‘IT’.


Apa pun sebagai pengguna yang sering menjadikan telefon pintar sebagai pengganti kamera selalunya apa yang Kak Fas cuba dulu adalah sistem kameranya.


Meneliti spesiifikasinya, Kak Fas perhatikan walaupun berada pada kategoti mampu milk peranti ini dilengkapi dengan 3  kamera.




Pada bahagian belakangnya terdapat kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Manakala kamera hadapan 5MP sesuai bagi swafoto.


Dalam bahasa mudahnya, sesiapa yang mengambil gambar menggunakan kamera utama mampu memperoleh foto yang terang berlatarkan kesan bokeh waima kamera Makro 2MP dengan bukaan F2.4 membolehkan pengguna mengambil gambar pada jarak dekat menampakkan subjek lebih detail.


LIHAT perbezaan noise pada gambar yang diambil mengikut 100, 200, 300 dan 400 ISO.

PALING menarik boleh letakkan caption pada sisi bawah kiri gambar.

Ditambah pula ciri Smart Beauty dan efek selfie fokus, anda pasti akan kagum melihat diri sendiri dengan penampilan  kulit lebih halus seraya wajah lebih ketara terutama anak-anak muda yang sekarang asyik suka berswafoto sambil bertik tok.


Skrin Infinity-V pada Galaxy A03s berukuran 6.5 inci dengan layar HD+ memberikan pemiliknya menonton filem atau video dengan jelas malah skrin sebesar itu sesuai untuk gamers melayan mainan apatah lagi dengan teknologi Dolby ATMOS memberikan audio mengasyikkan bagaikan di pawagam kedengarannya.



Ini video yang diambil menggunakan Samsung A03s.




Dan Kak Fas percaya apabila kita sedang melayan movie atau pun bermain game tentulah risau jika tiba-tiba phone terpadam kan?


Jangan khuatir, dengan adanya bateri  berkuasa tinggi 5,000mAh, ia mampu bertahan lama dan bia habis boleh mengecas melalui port USB-C dengan kuasa paling tinggi 7.75W.


Sejak menerima peranti Galaxy A03s pada kuasa batteri 69% Kak Fas tidak perlu mengecasnya buat hampir seminggu hanya selepas itu, barulah Kak Fas mengecas selama 8 jam untuk kegunaan seterusnya.


Memang kuasa batterinya tahan lama, Itu memang Kak Fas suka, tak perlu nak beratkan bag bawa power bank haha.



Apa pun spesifikasi lain  menunjukkan Samsung Galaxy A03s dilengkapi cipset Mediatek 6765, RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB, sokongan kad MicroSD sehingga 1TB dan paparan antara muka One UI Core 3.1  beroperasi atas Android 11.


Lebih menarik lagi, peranti ini mempunyai aplikasi 'smart switch' membolehkan penggunanya pindah bahan ke telefon lain dengan mudah.


Bagi sebuah peranti pada level mampu milik dan sesuai digunakan anak-anak muda, storan dalaman 64GB itu boleh dikira memadai malah dengan adanya sokongan kad MicroSD ia mampu menyokong file simpanan.


Bab ni Kak Fas paling suka sebab sebagai wartawan Kak Fas sentias ambil gambar jadi selalu simpan dalam telefon pintar je, senang nak cari.


Lihat contoh gambar Dato Sri Siti Nurhaliza (kiri) ini, walau pun di belakang cerah tetapi gambar tetap terang,  tak perlu edit ronanya.


Beralih kepada ujian lain, khususnya untuk menguji tahap internet, Kak Fas terpaksa membeli sim kad baharu dengan berbelanja RM50.


Ternyata ketika melayari internet, kelajuan yang diperoleh agak mengejutkan juga bagi sebuah telefon pintar pertengahan ini malah carian melalui Google tidak memakan masa lama.


Pengambilan photo dan video pun jelas cuma apabila perlu zoom pada tahap paling maksima dari 1 x zoom hingga 2,4 dan 10 anda perlu berhati-hati agar tidak goyang supaya gambar tidak blur. 


Dan menariknya, kita boleh alihkan gambar samada ke kiri atau pun ke kanan mengikut kehendak.



PEMANDANGAN gambar yang sama tetapi berubah posisi dari kanan (atas) ke kiri (bawah).


Banyak lagi ciri yang terdapat dalam peranti ini sebenarnya dan jika rajin melayan pelbagai lagi yang boleh dipelajari. 


Apa pun yang penting bagi seseroang kanak-kanak atau remaja memperoleh peranti seperti Samsung Galaxy A03s ini memadai dengan sepesifikasi umum yang ditampilkan.


BOLE edit ikut kesesuaian.


Nak lebih dari itu kena 'study' lanjut berkaitan apa lagi ciri istimewa yang dibekalkan.


Memadai adanya tiga kamera, skrin besar dan sistem pengesan jari pada bahagian tepi peranti yang memudahkan ia dibuka apabila skrin berada pada status 'lock.


Cuma Kak Fas kadangkala Kak Fas menghadapi masalah nak buka butang pada sisi kamera yang agak terbenam sedikit daripada butang audio di atasnya yang lebih ketara menonjol.


Pengguna juga boleh menjaga keselamatan apabila peranti ini hadir dengan tiga pilihan pada  sistem keselamatannya iaitu  pengesanan wajah, pengesanan jari  mahu pun dengan 'pin' sahaja. 


Jadi jika telefon tertinggal tanpa pengawasan, sukar bagi orang lain mengakses butiran pada telefon bimbit berkenaan apatah lagi jika kawan-kawan sekolah yang nakal dan suka bermain dan mengusik telefon kepunyaaan orang lain.


Pendek kata, privasi terjamin. Apa pun jika nak tahu lebih lanjut boleh mohon bantuan ibu bapa untuk mentafsirkan sepesifikasi selanjutnya... anda pasti terpegun apabila dah bijak menggunakannya.


Akan terpacul kata-kata 'Oh menarik... boleh buat begini dan begitu....tak sanga telefon mampu milik ini memberikan sokongan yang lebih daripada jangkaan pada harganya...."


Jadi jika nak cuba, pilih sahaja daripada tiga warna yang tersedia iaitu putih, hitam dan biru. Tepuk dada tanya selera, apa warna pilihan hati pun tetap cantik apatah lagi saiznya ringan dan nipis, mudah dibawa.


Tetapi sebaiknya carilah casing untuk memelihara luaran peranti ini yang licin teksturnya.. takut mudah tergelincir dari tangan.



Kak Fas: Rekomen Samsung Galaxy A03s menjadi pilihan ibu bapa untuk remaja atau pelajar yang baharu mahu belajar memegang telefon apatah lagi peranti ini paling berguna ketika negara masih dibebani dengan wabak COVID-19 yang dah menjadi endemik sekarang ini.




#SamsungElectronicsMalaysia #SamsungGalaxyAO3s #SmartBeauty #Peranti









Tiada ulasan:

Catat Ulasan