Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LEXIS HOTEL, RESORT TAWAR STAYCATION 2.0 BAGI WARGA PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

DAH lama rasanya tak bercuti sejak negara dilanda musibah pandemik COVID-19 kan?

Kak Fas pun dah rindu nak bersantai dan relaks di resort mahu pun hotel-hotel ternama tetapi itulah keadaan tidak mengizinkan.


Apa yang boleh didoakan semoga kuman koronavirus ini segera lenyap di muka bumi ini supaya kita dapat memperoleh kembali kehidupan norma dan menghirup udara bersih.


Apa pun jika anda penduduk Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, anda amat beruntung kerana mereka yang dah lengkap divaksin dua dos boleh menempah bilik-bilik di Lexis hotel dan resort di Port Dickson atau Pulau Pinang.


Wah! Tentu berita ini menggembirakan penduduk tempatan bagi kedua-dua negeri itu.


Kak Fas mampu gigit jari je lah dahulu sebab dah lama teringin bercuti ke hotel dan resort kumpulan Lexis ni… nak review apa pembaharuan di sana.



Apa pun, dari 1 Oktober hingga 15 November tahun ini, penduduk yang tinggal di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin boleh menikmati penginapan idaman mereka bersama orang yang disayangi dengan tawaran Staycation 2.0, dengan SOP yang ketat, dari harga serendah RM360 bersih


Malah, mereka boleh ‘upgrade bilik untuk ke kawasan yang menghadap laut dengan harga RM88 namun ia tertakluk kepada ketersediaannya. Kalau ada rezeki dapatlah kan?




Setiap tawaran merangkumi bilik yang dilengkapi dengan 2 King Bed, kolam renang peribadi dan bilik sauna, bilik mandi yang luas dengan shower, Wi-Fi percuma, sarapan dan makanan tengahari set untuk 2 orang, serta 20% diskaun untuk semua menú ala carte. 


Bagaimana pun, ia tertakluk kepada terma dan syarat. 


Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk nikmati percutían idaman di resort pantai Lexis kegemaran anda dengan harga yang berpatutan itu.


Anda boleh membuat tempahan bilik melalui laman web rasmi Lexis Hotels dan Resorts:

Individu-individu yang berminat dengan promosi ini pun boleh hubungi: 



#Staycation2.0 #LexisHotel&Resorts #PulauPinang #PortDickson #CutiCutiMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan