Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BACKSTAGE' FILEM PERTAMA DI PAWAGAM MALAYSIA-INDONESIA?


SETELAH tertunda lebih dari satu tahun rentetan pandemik Covid-19, akhirnya filem kolaborasi antara lima syarikat, Astro Shaw dan penerbit terkemuka Indonesia, Paragom Pictures, Ideosource Entertainment serta perusahaan teknologi, Endeavor Content berserta informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia, akhirnya bersedia untuk ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 30 Disember 2021 depan.


Berjudul ‘Backstage’, filem ini buat pertama kalinya secara rasmi ditayangkan treler dan posternya di XXI Metropole, Cikini, Jakarta malah khabarnya buat penonton Malaysia, treler rasmi ini juga boleh ditonton menerusi platform media sosial Astro Shaw.


 "Proses pembikinan filem ini daripada fasa penggambaran, kemudian ke fasa penyuntingan mengambil masa yang panjang dan setelah menunggu dua tahun, saya rasa gembira akhirnya filem Backstage akan menemui penonton di pawagam,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman ketika melahirkan rasa gembira apabila filem 'Backstage' dapat ditayangkan di pawagam.


Manakala Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny berkata, "Saya berharap filem ini akan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem Indonesia, terutamanya dari kalangan remaja. Cerita perjuangan seorang gadis yang ingin menjadi penyanyi dengan sokongan kakaknya ini akan memberikan pengalaman menarik buat penonton." 


Turut  melahirkan perasaan sama adalah Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.


Astro Shaw rasa amat berbesar hati terlibat dalam filem Backstage malah berbangga dapat menjalin kerjasama strategik sekali lagi bersama Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit  di peringkat global,” jelas Raja Jastina.


Menurutnya, kerjasama ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro Shaw dalam mempamerkan kredibiliti menyediakan platform terbaik untuk mengedar dan memasarkan filem dari negara luar, di samping konsisten dengan komitmen berterusan dalam mempersembahkan filem-filem berkualiti kepada penonton Malaysia. 


“Kami masih meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baharu sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik. Jika menunjukkan sambutan yang menggalakkan pihak kami akan mempertimbangkan tayangan serentak dengan Indonesia,” tambah beliau.



Filem 'Backstage' akan menjadi filem pertama daripada Astro Shaw untuk tayangan di panggung wayang sejak pawagam tanah air di buka semula selepas pandemik Covid-19. 


“Kami berharap kehadiran Backstage mampu menarik penonton ke pawagam dan sekali gus merancakkan ekonomi filem tempatan. Kami juga berharap menerusi kerjasama ini, ia dapat meneguhkan lagi filem serantau Asia.” 


Sementara itu, Pengarah Filem Backstage, Guntur Soeharjanto berkata:


 "Banyak cabaran dalam menghasilkan filem Backstage, antaranya termasuklah segala proses dan kerja perlu dihentikan apabila negara berdepan dengan pandemik. Namun segala kerja keras kami terbalas apabila filem ini akhirnya akan ditayangkan di pawagam penghujung tahun ini.” 

Filem ini menampilkan pasangan adik beradik berlakon bersama iaitu Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla.


"Saya berpuas hati dengan hasilnya. Kerja keras kami selama pandemik seperti sudah terbalas. Elemen drama kakak dan adiknya sangat kuat dan lagu-lagu yang dipersembahkan juga pasti akan memikat hati penonton. Filem ini wajib ditonton di pawagam,” ujar Sissy yang menjayakan watak utama, Sandra setelah menyaksikan filem ini ketika proses pasca produksi.


Bagi si adik, Vanesha yang menggerakkan watak Elsa dalam filem tersebut rasa gembira apabila dapat bergandingan dengan kakaknya dalam sebuah filem.


“Filem ini sangat istimewa jadi saya sangat teruja akhirnya filem Backstage akan menemui penonton di pawagam. Lebih menarik, filem ini dapat menghiburkan penonton pada hujung tahun ini,” jelas Vanesha teruja.


Selain itu pelakon Achmad Megantara yang membawa watak sebagai Michael Nara juga teruja dengan kehadiran filem 'Backstage' tidak lama lagi. 


Ini adalah kali pertama saya bergandingan dengan Vanesha, dan ternyata dia seorang yang sangat terbuka. Saya harap keserasian kami dalam Backstage dapat dirasai oleh penonton filem ini, dan mampu menghiburkan,” katanya.


Selain Vanesha Prescilla, Sissy Priscillia, Achmad Megantara, filem ini juga dibintangi oleh Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. 



#Backstage #AstroShaw #MalaysiaIndonesia #SissyVanessaPrescilla #Filem



Tiada ulasan: