Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RIQISTA SIMPUL CRISPY SASAR JUALAN RM1 JUTA, TAWAR PELUANG JANA PENDAPATAN


ORANGNYA
kecil molek tetapi jiwanya kental.


Itulah gambaran pertama yang Kak Fas dapat simpulkan kepada usahawan bernama Noor Faznita Abdul Rasid, 34, yang kini merupakan pengasas produk kudapan yang dinamakan ‘RIQISTA - Simpul Crispy' hasil keluaran Riqista Enterprise.


Sekali pandang logo pada jenama ini seperti label dari negara matahari terbit iaitu Jepun rupanya, tetapi ternyata bukan.


Ia produk lokal, buatan tempatan dan RIQISTA diilhamkan hasil gabungan nama keluarga iaitu suaminya, Mohd Safri Said, 38,  anak-anaknya yang kesemua nama mereka berpangkalkan abjad ‘Q’ iaitu Qisya Safiya, 11; Qaireen Sorfina, 8; Qaayed  Aazad, 5, dan Qhaira Aleesa berusia 2 tahun.


“Dan ‘ta’ pula adalah nama saya, jadilah RIQISTA, diilhamkan oleh suami,” ujar Nita atau lebih popular disapa 'Mami Nita' di kalangan kenalan dan ejen-ejen jualannya ketika ditemui secara eksklusif dan santai di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Nita sekeluarga meluangkan lebih kurang seminggu bercuti sambil mempromosikan ‘Riqista’ ke Kuala Lumpur dan Melaka dari destinasinya di Batu Kawan, Pulau Pinang,


“Al maklumlah dah hampir 3 tahun tidak berjalan dan bercuti ke mana-mana, jadi ambil kesempatan ini untuk bertemu ejen-ejen sambil makan angin,” jelasnya.


Ketika di Kuala Lumpur, Nita mengambil peluang seketika bertemu Kak Fas selepas bersiaran di tv Al-Hijrah terdahulu bagi mempromosikan ‘Riqista’ dalam program bual bicara pagi "Assalamualaikum'.


BERSAMA suami tercinta yang banyak memberi sokongan.


Walaupun kali pertama bertemu, keserasian Nita dan Kak Fas bagaikan sudah kenal lama. Sambil berborak santai di lobi hotel, tidak terasa seperti sedang menemuramah seorang usahawan yang sedang meningkat naik dalam bidang perniagaan yang diceburinya.


Mengembalikan kenangan ketika mula-mula berjinak dalam dunia perniagaan, Nita memberitahu idea untuk menghasilkan kudapan timbul ketika negara dilanda pandemik COVID-19.


“Waktu PKP apa yang diingini tentulah pemakanan, jadi timbul idea untuk beralih daripada perniagaan jualan produk dari negara China ke produk makanan dan hasilnya lahirlah Riqista,” bicara Nita dalam nada lembut apatah lagi orangnya pun kecil dan lembut kan?


Menurutnya, beliau mula berniaga dengan menjual produk kosmetik namun rezeki tidak memihak padanya apatah lagi saingan pun hebat manakala peralihannya kepada jualan produk produk dari China menuntut kos yang tinggi.


“Ketika COVID-19 melanda dan negara isytihar PKP, saya terpaksa hentikan mengimpot produk China memandangkan kos penghantaran tinggi dan sukar pula mendapatkan produk dengan cepat,” jelas Nita.


Sejak itu jatuh bangun dalam dunia perniagaan seolah sudah kebal bagi dirinya namun Nita tidak mudah berputus asa apatah lagi darah niaga yang mengalir dalam jiwanya mengikut jejak ayah membuatkan dirinya suka berniaga sejak di bangku sekolah.


“Semasa darjah 6, saya membantu mak chik membuat kuih raya dan mampu mengumpul duit untuk membeli baju raya sendiri,” kenang Nita senyum sambil memberitahu dalam usia 70 tahun ayahnya kini masih berniaga makanan malah nasi ayam dan sup ‘Tora Bora’ Pak Rasid kini tular di sosial media.


FOTO Kredit IG @pakrasid.torabora.


Wow! Tidak hairanlah ke mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi kan?


Bagitu pun kata Nita, beliau berpegang kepada restu ayah ibu dan kerana itu walau pun ayah mempunyai pendapatannya sendiri beliau tidak putus memberikan wang belanja setiap bulan kepada mereka.


“Saya mahu meringankan tanggungan ayah ibu sebelum mereka meninggalkan kita dan walau pun mereka sudah menjalankan umrah namun saya mahu hantar mereka sekali lagi mengerjakan umrah dengan hasil pendapatan sendiri,” doa Nita sambil mensasarkan dapat menambah bilangan ejen jualan dari 30 orang kini ke angka 2,000.


Ceritanya, sebelum ini beliau mempuyai 40 orang ejen tetapi terpaksa melepaskan 10 orang memandangkan mereka tidak begitu serius dalam jualan.


“Saya mahu ejen berkualiti bukan kuantiti dan kerana itu saya amat teliti dengan pemilihan ejen yang benar-benar mahu membangun bersama saya,” jelas Nita yang mengenakan yuran ejen sebanyak RM430 bagi mendapatkan 10 set lengkap Riqista.


Berharga RM52 bagi set 3 bungkus dalam sekotak dan RM18 sebungkus, Nita memberitahu, harga tersebut dianggap murah berbanding packaging yang diberikan berkualiti.



Menitikberatkan kualiti kepada setiap produk keluarannya Nita bersyukur ‘Riqista’ mendapat sambutan hangat dan reaksi memberangsangkan dari pembeli sejajar dengan taglinenya #rangupkunyahtakhenti.



Memang tak henti bila Kak Fas mencubanya walau pun terasa pedas namun pedas yang boleh tahanlah malah bila dicicah dengan serbuk perasa ‘cheesy spicy’ yang dikepilkan bersama dalam pek rona merah memang lagi sedap. Terasa lemak keju masam manisnya.



Mengandungi ramuan seperti ikan merah segar, bawang besar, cili, serai, garam dan gula, ‘Simpul Crispy’ mampu bertahan selama tiga bulan tetapi Kak Fas pasti kudapan ini habis cepat malah tak sempat pun sampai ke tarikh ‘luput' sudah licin habis. 


Dan lebih menarik, ia tahan lama apabila ia dibungkus dalam pek kedap udara, senang je bila dah ambil ‘seal’kan kembali tutupnya agar tidak masuk angin dan lemau.


“Anak saya berusia 2 tahun pun bole makan dan menjadi kegemaran kudapan kanak-kanak juga,” tambah Nita yang turut bersyukur mempunyai suami yang menyokong usahanya selama ini walau pun Safri masih bertugas sebagai pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Jelas Nita, suaminya Safri tidak pernah menghalangnya menceburi apa apa bidang perniagaan yang diminati malah beliau lah yang banyak membantu dalam hal ehwal perniagaan.


“Kira dia adalah co founder bersama saya, “ tambah Nita yang tidak menghalang juga suaminya untuk terus bertugas sehingga satu masa kelak apabila bisnesnya berjaya dan cemerlang.


Buat masa ini, kata Nita, biarlah suaminya bertugas dalam bidang yang diminatinya malah beliau mahu membuktikan bahawa beliau mampu memikul tanggongjawab berat untuk mengembangkan perniagaan.



“Saya jenis yang mahu mencari duit sendiri walau pun suami tidak mengabaikan sedikit pun tanggungjawabnya malah sering pula memberi belanja lebih kepada saya tanpa diminta,” Nita memuji sifat dan perwatakan Safri.


Ketegasannya itu diluahkan kepada Safri ketika  sering kali gagal dalam perniagaan sehingga sanggup ditinggalkan jika dirinya menyusahkan suaminya itu.


“Saya pernah kata kepadanya, jika saya ini membebankannya, dia boleh sahaja tinggalkan saya dan cari pengganti,” tambah Nita.


Wah! Bukan mudah bagi seorang wanita secekal Nita Rasid kan? Tentu sekali Safri bangga mempunyai seorang isteri yang sanggup tinggalkan kerja semata-mata untuk menjadi suri rumah dan menjaga anak-anak.


“Saya cuma bekerja sebagai kerani sebelum berniaga demi menjaga anak-anak selepas bersalin anak pertama kerana kami tidak mahu anak-anak dijaga orang lain demi keselamatan mereka.” Nita terus berborak panjang mengenangkan masa lampaunya.



Kini, dengan kejayaan diperoleh produk ‘Riqista’ bermodalkan RM10,000, dengan keluaran mampu mencapai sehingga 4,000 sebulan, beliau mensasarkan jualan RM1 juta menjelang akhir tahun 2022 ini.


“Sejak diperkenalkan lapan bulan lalu pada Julai 2021, kami mampu memperoleh jualan sehingga RM150,000 dan berharap dengan penambahan ejen boleh mencapai sesaran sebanyak RM1 juta,” Nita memanjatkan doa.


Sehubungan itu, Nita merancang meluaskan pasaran ke Sabah dan Sarawak termasuk negara jiran berdekatan seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.


“Impian saya mahu melihat produk lokal berjaya tembus pasaran luar negara dan Riqista dikenali seantero dunia,” Nita meletakkan harapan menggunung terhadap satu-satunya produk yang akhirnya berjaya memikat pasaran dan meletakkan ke pintu kecemerlangan hasil kerja kerasnya selama ini.



Malah anak didik sifu Datuk Wira Dr. Azizan Osman ini optimis dengan ilmu perniagaan yang ditimba ia mampu meningkatkan lagi daya usahanya ke arah membangunkan Riqista ke satu tahap yang beliau sendiri tidak mampu dicapai sebelum ini.


“Selok belok ilmu perniagaan banyak mengajar saya dalam menjayakan bisnes ini ke tahap yang lebih sistematik dan professional dan sudah tentu ilmu ini akan saya turunkan kepada ejen-ejen jualan saya agar kami sama sama berjuang ke arah satu matlamat kejayaan,” jelas Nita.


Dengan produknya kini sudah  dikenali di Sydney, Australia gara-gara ada yang membuat tempahan di negara yang terkenal dengan haiwan comel, kaola itu, Nita  berharap dapat terus menerima tempahan dari luar negara dan  sekali gus Riqista  memberi rezeki kepada ramai yang mahu bergelar usahawan.


“Sebab itu, harapan saya Riqista bukan sahaja rezeki keluarga kami malah rezeki yang boleh dikongsi bersama oleh mereka yang percaya dan tidak gentar untuk berdikari khususnya bagi kaum wanita yang mahukan sesuatu cabaran baharu,” akhiri Nita. 


Untuk maklumat lanjut layari sosial media Riqista @riqistahq atau berhubung dengan talian 011 62409240  jika berniat nak jadi ejen jualan.



#Riqista #SimpulCrispy #PopiaSimpul #MamiNita #AlHijrah #Usahawan #Bisnes



Tiada ulasan: