Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYEDUSOCCER BANGUNKAN APLIKASI PANDAIBOLA, SASAR 1,000 PELAJAR


SYARIKAT
MyEdusoccer Sdn. Bhd sasar mampu mencungkil lebih kurang 1,000 bakat baharu sebagai pelapis pemain bola di kalangan pelajar daripada tiga buah sekolah, lebih-lebih lagi apabila aplikasi PandaiBola dibangunkan.


 “Aplikasi PandaiBola dibangunkan MyEduSoccer yang juga merupakan pemenang SUPERB pada tahun 2020 adalah satu inovasi latihan bola sepak secara digital untuk mengenalpasti dan menganalisa pemain berpotensi di peringkat akar umbi," ujar Ketua Pengarah Eksekutif MyEduSoccer Sdn. Bhd., Muhamad Yazid Yahaya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park  bersama sebelas rakan konggsi strategik baru-baru ini.


Sebagai pemenang SUPERB, MyEdusoccer meneima geran sebanyak RM500,000 daripada TERAJU selaras dengan salah satu Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) di dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) iaitu Ekonomi Digital yang dijangka akan menyumbang kepada Lebihan Kendalian Kasar (GOS) bernilai RM65.17 bilion dan mencipta 214,413 pekerjaan langsung kepada sektor ini.


RASHID Sibir mewakili Opera Klasik.

Antara rakan kongsi strategik terdiri daripada Mranti yang juga dikenali sebagai Technology Park Malaysia, Syarikat tinted Sunz Tint, Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2, Universiti Sultan Zainal Abidin, Voltra, Opera Klasik, serta beberapa individu yang lain. 

Turut hadir, antaranya Pengarah Penciptaan Kekayaan, Modal Insan dan Penyampaian Strategik TERAJU, Mohd Najib Jaafar dan Syed Zulkifli Syed Ismail selaku Ketua Pegawai Perniagaan Mranti.


DARI kiri: Mohd Najib Jaafar, Syed Zulkifli Syed Ismail  dan Muhamad Yazid.

“Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan (pemain) berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan, seterusnya akan dianalisa oleh barisan jurulatih yang berpengalaman berdasarkan kemampuan para pemain tersebut” jelas Yazid sambil memberitahu aplikasi yang dibangunkan berpandu kepada program   fizikal dan juga latihan secara maya serta sistem rubrik yang mereka hasilkan. 


Dibangunkan oleh anak tempatan, aplikasi yang berada dalam peringkat awal pembangunan itu berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar yang kemudiannya akan dianalisa oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada para jurulatih yang memegang lesen jurulatih AFC B menerusi sistem rubrik oleh The Sekolah Bola. 



PandaiBola juga bertindak sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu melatih para pemain secara lebih sistematik malahan memberi kemudahan  ibu bapa untuk mengenal pasti prestasi pemain selain dapat mencungkil bakat pemain di peringkat awal. 


“Modul yang kita bangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik,” ujar Yazid 


Salah satu modul yang diketengahkan adalah modul Karnival Sains Sukan yang telah mereka jalankan. Karnival ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pemain tentang bola sepak tetapi ia juga memberi pengalaman kepada para pemain merasai pengalam seperti pemain profesional dengan menjalankan beberapa siri ujian fizikal. 



Sistem rubrik serta modul latihan yang dibangunkan oleh pihak PandaiBola adalah hasil Kerjasama kerjasama dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bahagian Jurulatih, pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) khusus dari bidang sains sukan, Jurulatih Badrulsham, Jurulatih Shafiq dari Prestigious Sports Society (PSS), serta dari team PandaiBola Jurulatih Tarmizi, Natasha dan juga En. Yazid yang merupakan jurulatih UEFA daripada Persatuan Bolasepak Wales. 


Rubrik ini diwujudkan supaya sistem dan proses analisa yang diguna-pakai dapat mengenal pasti potensi pemain disamping data yang diperoleh menjadi bukti kebolehan serta kompetensi pemain bermula di peringkat seawal 7 tahun. 


Harapan dari pihak PandaiBola ialah supaya mereka dapat merealisasikan pembangunan digital aplikasi PandaiBola seterusnya dapat membantu membangunkan sukan bolasepak di negara ini. 



#TERAJU #MyEduSoccer #MRANTI #SUPERB #SistemRubrik #PandaiBola #Sukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan