Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN OTWO DAPAT SAMBUTAN HANGAT DI INDONESIA MELALUI 'HITAM'


ARTIS
di bawah naungan Asia Empire Records Malaysia, Kumpulan OTwo yang melancarkan single terbaharu mereka, 'HITAM' pada Januari lalu kini melebarkan sayap dan pasaran mereka dengan satu lagi pelancaran lagu sama di Indonesia pada 1 Mac 2022 lalu.


Pelancaran  itu menyaksikan lagu 'Hitam' diputarkan di lebih 40 buah siaran radio di negara jiran itu. 


Setelah berjaya menembusi pasaran Indonesia OTwo turut dijemput untuk di temubual secara eksklusif di beberapa surat khabar serta di beberapa stesen radio di sekitar Indonesia.


Dengan permulaan tahun 2022 yang baik ini, OTwo sudah mula membuat perancangan untuk siri jelajah di Indonesia setelah kes Covid19 kembali melandai.


“Lagu ini mendapat sambutan luar biasa di Indonesia kerana ini adalah single pertama OTwo lahirkan secara rock ballad dan eksklusif. Sebelum ini lagu lagu OTwo juga pernah diputarkan di Indonesia akan tetapi tidak menjadi viral seperti lagu 'HITAM'. 


"Dengan hampir 40 buah radio mempromosikan secara serentak di Indonesia ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi kami. Dan kami dapat peluang yang sangat besar untuk membawa nama Malaysia ke negara seberang,” ujar pemain dram OTwo, Ayep.


Memandangkan penerimaan di Indonesia sangat luar biasa pihak pengurusan di Indonesia sedang usahakan membawa OTwo ke sana untuk dipromosikan di tv serta beberapa konsert di Indonesia , akan tetapi mereka harus menunggu keadaan covid19  reda dahulu.



“Harapan OTwo adalah ingin bersaing secara sihat di dalam industri muzik tanahair serta membawa nama Malaysia ke beberapa buah negara. Dengan pengalaman yang ada kami yakin kami mampu mewarnai industri muzik  tanahair serta mengharumkan nama negara di Malaysia dan Indonesia,” tambah Izan selaku vokalis grup yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini.


Di Malaysia, single 'HITAM' telah menarik minat para pengarah telefilem untuk telemovie “ AYAHKU ADIWIRA” di mana ia dipilih menjadi lagu runut bunyi (OST) utama untuk telefilem arahan Bronko (Wan Det Production) tersebut.  


Manakala untuk telefilem kedua iaitu “ALONG” lagu “HITAM” turut dipilih untuk menjadi lagu runut bunyi (OST) sisipan untuk produk yang diterbitkan oleh Tuan Haji Yusri ( LAYAR CONSULT SDN BHD). 


Kedua – dua telefilem ini akan menemui penonton pada tahun ini.


Untuk rekod, sebelum ini single “KHAYALAN MAYA” pernah menjadi lagu runut bunyi (OST) untuk filem XXRAY 3 arahan Aziz M. Osman


Dan pada tahun ini sekali lagi OTwo diberikan tugasan untuk mencipta lagu runut bunyi  khas untuk filem seram filem pertama produksi Intan Ladyana berjudul 'Banglo Seksyen 12' yang akan berada di panggung pada tahun ini.


Single “HITAM”  yang berdurasi 4: 53 ini mengisahkan tentang hati hitam manusia yang tak akan pernah kita dapat lihat isinya. Akan tetapi hanya dapat merasainya . 


Perjalanan kehidupan seseorang yang menanggung kesan perbuatan insan dipercayai berhati hitam tanpa disedari atau rasa bersalah oleh dirinya serta orang sekeliling.


Lirik ditulis oleh Alan , Anep dan Izan (OTwo) manakala lagu “HITAM” adalah ciptaan sepenuhnya oleh Alan di mana struktur muzik dan penyusunan lagu dilakukan sepenuhnya oleh OTWO sendiri sementara bunyian strings oleh Rudy Nastia.


'HITAM' telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Records manakala proses adunan dilaksanakan oleh Anep & Alan.


Menurut Anep, lagu 'HITAM' mempunyai kekuatan dari segi penulisan lirik serta susunan lagu yang unik dan kualiti bunyian yang sangat tinggi. Dari segi susunan strings juga memainkan peranan sangat penting.


“Dengan ini kami amat berharap diberi ruang dan peluang serta sokongan untuk kami bekarya dan mendapat tempat terutama di Malaysia dan indonesia . Untuk single akan datang juga telah siap sepenuhnya iaitu 'OTwo Feat Asheed Defgabc' yang bakal dilancarkan secara serentak di Malaysia dan Indonesia pada bulan Jun 2022 nanti,” tambah Izan



Muzik Video “HITAM” telah berjaya meraih hampir 150,000 tontonan dalam masa 2 minggu tayangan di YouTube melalui channel rasmi Asia Empire Records, dan kini jumlah tontonan video mereka terus bertambah.


ROCKET FUEL merupakan pengedar digital rasmi untuk single “HITAM”.

Hujung bicara, Alan yang merupakan pemain gitar mewakili OTwo menyatakan harapan mereka semoga OTwo akan terus diberi ruang berkarya serta sokongan untuk mereka bersama membantu memeriah serta mewarnai industri muzik tanahair. 

"Terima kasih kerana menyokong penggerakan muzik OTwo,” akhirinya.


#OTwo #Indonesia #Malaysia #HITAM #Rocketfuel #AsiaEmpireRecordsMalaysia







Tiada ulasan:

Catat Ulasan