Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI IFTAR RAMADAN JULUNG KALI DI ZEBRA SQUARE MULAI 7 APRIL



RAMADAN tiba! Ramadan tiba!



Bila dah dekat dengan bulan mulia, bulan Ramadan, telinga Kak Fas mesti terngiang-ngiang dibuai dengam lagu ‘Ramadan Tiba’ nyanyian penyanyi Indonesia terkenal, Opick.


Selain itu, bila dekat nak Ramadan juga, banyak jemputan diterima untuk hadir ke majlis rebiu Jamuan Berbuka Puasa oleh hotel, restoren dan seumpamanya.


Kak Fas ni bukanlah kaki makan sangat jadi memang tak mampu nak menerima banyak jemputan kecuali yang tertentu sahaja jika kelapangan.


Dan baru-baru ini, lokasi pertama yang Kak Fas kebetulan hadir adalah di ‘Ramadan Iftar Buffet’ kelolaan ……di Zebra Square Kuala Lumpur.


Ini julung-julung kalinya Zebra Square menyediakan Iftar Ramadan dan tentu sekali pengalaman pertama di sini membuatkan semua yang hadir tidak sabar menikmati  masakan Melayu Tradisional, Oriental mahu pun Western dalam suasana yang santai dan selesa.



Memang selesa, selain ruang parkir yang boleh memuatkan kira-kira 250 buah kereta sekali gus secara percuma, anda boleh menikmati juadah berbuka dengan tenang waima ruang persekitaran luas dan indah mata memandang,


Iya, buat kali pertama Zebra Square Kuala Lumpur  yang lokasinya terletak di tepian Jalan Kampong Pandan, Off Jalan Tun Razak akan menyambut Ramadan 2022 dengan pelbagai pilihan masakan Malaysia dari Tradisional, Oriental ke Western lengkap Kambing Bakar.


Bermula dari 7 April  hingga 30 April 2022, semarakkan semangat Ramadhan bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja di Zebra Square yang menyediakan kapasiti tempat duduk 300 hingga 400 sehari. 


Hidangan Bufet yang disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan pasukan belakang tabir menyajikan masakan tempatan yang menggoda, hidangan barat yang lazat serta gerai aksi khusus lain di mana Chef melakukan aksi gastronomi tepat di hadapan mata pengunjung yang menyediakan pelanggan perjalanan yang menjanjikan selera mereka teruja dan puas sambil deria pula terhibur.


Kemuncak Bufet di Zebra Square sudah tentu ‘Kambing Bakar’ diperap dengan enak, sesuai untuk jamuan Ramadhan setiap hari. 



Selain itu, Buffet Spread menampilkan Makanan Tradisional Asli Kampung seperti Daging Gulai Utara yang lembut, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Perut, dan Lempeng Kelapa & Sambal Bilis.




Suasana Tradisional "Kampung" menyaksikan pelanggan berpeluang menikmati 50 jenis kuih Melayu & Nyonya Tradisional serta snek puding, kek dan pilihan  minuman menyegarkan.



Bagi Kak Fas, paling Kak Fas suka bahagian’dessert’ dan minuman ni lah memandangkan Kak Fas selalunya berbuka terlebih dahulu dengan pemanis seperti kuih lopes dan air limau serai yang ada di situ. 



Memang sedap, hilang dahaga dan perut pun terisi, jadi tak lah makan berat sangat kelak untuk solat Maghrib kan.


Bab ini pun jangan risau kerana Zebra Square menyediakan ruang bagi mereka yang mahu bersolat.


Jadi jika bercadang nak memulakan bulan Ramadan dengan berbuka puasa satu famili boleh pilih mengikut harga yang ditawarkan pada harga  RM125 bersih (Dewasa) dan RM55 (Kanak-kanak/Warga Emas).


Lebih menjimatkan jika anda membuat tempahan awal kerana promosi ‘early bird’ 

dalam talian dari 1 Mac hingga 31 Mac 2022 menawarkan beli 5 tempat duduk dengan percuma 1 tempat duduk dan sehingga 50. 


“Venue kami direka untuk memberikan kemudahan dan keselesaan maksimum untuk setiap majlis bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah Venue yang baru dan ideal terletak di kawasan bandar bersepadu yang dinamik ditambah dilengkapi dengan rangkaian penuh perkhidmatan concierge, dalam membina sambungan Wi-Fi, Sistem Audio Visual Canggih, Kemudahan Telesidang, Bilik Taska dan akses tempat letak Kereta Percuma di dalam kawasan itu,” ujar Encik Rezal, Pengarah Urusan Kumpulan.


Akses ke Zebra Square Kuala Lumpur disediakan oleh dua (2) stesen MRT & LRT yang berada dalam jarak berjalan kaki untuk kemudahan berulang-alik.


Untuk tempahan, hubungi 017-570 7039 (Syafiq) / 017-251 6315 (Kay) atau emel info@moderndynamicgroup.com.



#ZebraSquare #IftarRamadan #KambingBakar #KampongPandan #BerbukaPuasa

Tiada ulasan: