Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LULU HYPERMARKET LANCAR BAZAR RAMADAN, TAWAR POTONGAN HARGA SEHINGGA 50%


SEMPENA menyambut kehadiran bulan suci Ramadan tidak lama lagi,  Lulu Hypermarket dan Department Store menganjurkan Bazar Ramadan 2022 bermula dari 14 Mac hingga 4 Me 2022 di Setia City Mall, Shah Alam.


Promosi yang berlangsung selama sebulan itu menawarkan potongan harga sehingga 50% ke atas barangan kelengkapan rumah, elektrik, elektronik, bagasi dan kasut.


“Usaha yang dilakukan oleh rangkaian pasar raya besar di bawah Lulu Group Retail Sdn Bhd ini perlu dicontohi pasar raya lain demi meringankan beban masyarakat yang selama ini terkesan dengan pamdemik COVID-19 dan banjir serta segala musibah yang melanda negara baru-baru ini,” ujar  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Rosol Hj Wahid ketika ditemui pada majlis  perasmian Bazar Ramadan 2022 di Lulu Hypermarket & Department Store di Seita Alam, Shah Alam pada semalam, 14 Mac 2022.


Pada majlis berkenaan, Rosol menyempurnakan perasmian Bazar Ramadan dengan acara memotong riben sebelum dibawa meninjau masuk bagi melihat produk-produk jualan promosi serta bertemu usahawan usahawan tempatan yang mengambil bahagian dalam  bazar berkenaan.


Turut bersama Encik Asif Moidu Ahamed, Pengarah Regional Lulu Group Retail Sdn Bhd.


ROSOL(tengah) diperkenalkan kepada produk  elektrik jenama 'Ikon' buatan Lulu berhaega nanpu milik ditemani Asif Moidu (dua dari kiri).


Menurut beliau, usaha Lulu dalam mempromosikan produk tempatan sehingga ke pasaran luar negara khususnya di Timur Tengah amat dihargai dalam membantu usahawan kecil mengembangkan pasaran mereka.


“Saya yakin produk tempatan boleh bersaing dan diterima secara global dengan bantuan yang diusahakan oleh Lulu,” tambah Dato Rosol yang kemudiannya menyampaikan anugerah kepada empat usahawan wanita berjaya sempena  sambutan Hari Wanita Sedunia.



Mereka yang menerima anugerah usahawan wanita berjaya Lulu Hypermarket itu terdiri daripada Fatihah Ibrahim dari Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Rabiatul Adawiyah (Fitrah Food Manufacturing Sdn Bhd., Jenny Chuang (Sydney Cake House Sdn Bhd dan Zukahida Kassim dari syarikat Kolam Emas Sdn Bhd.


Bazar Ramadan Lulu Hypermarket turut memperkenalkan promosi mingguan ‘Weekend Flash’ bermula dari 8 hingga 11 April 2022 ke atas barangan terpilih bagi membantu pengguna berjimat.


Meninjau persekitaran pasaraya Lulu dapat dilihat banyak barangan bermutu tinggi namun pada harga berpatutan malah segala keperluan buka puasa ada dijual di samping sayur-sayuran, buah-buahan segar, daging, makanan laut malah makanan panas siap makan pun ada.



Pendek kata, segala yang anda bayangkan Lulu Hypermarket mempunyainya. Dan sekiranya ingin mencari barangan elektronik, IT atau Gadget pada harga promosi ‘Power Deals’ boleh berkunjung ke bahagian Department Store.



Mana lah tahu kut tahun ini anda ingin memberi wajah baharu kepada hiasan rumah menjelang Aidil Fitri yang sudah dua tahun tidak disambut bersama keluarga gara-gara COVID-19, boleh lah memilih pelbagai barangan yang disedia pada harga menakjubkan.


Selain Bazar Ramadan, Lulu mempunyai banyak promosi yang sedang berlangsung seperti pembelian pelanggan bernilai RM50 dari bahagian pasar raya layak mendapat baucer pemotongan RM25 di mana baucer berkenaan boleh ditebus dengan pembelian bernilai RM100 dari bahagian gedung serbaneka, Tawaran ini bagaimana pun sah sehingga 20 Mac 2022.



Sementara itu, Lulu turut mengumumkan telah memulakan platorm e-dagang iaitu lulumarket.com di mana pengguna boleh membeli-belah secara dalam talian dengan penghantaran pembelian akan dihantar terus ke pintu rumah anda.


Untuk rekod, Lulu Hypermarket  yang telah beroperasi sejak 2000, diasaskan oleh Pengarah Urusan Kumpulan yang beribu pejabat di Abu Dhabi, M.A Yousuf Ali,  kini mempunyai enpat cawangan  di Malaysia.


Malah Lulu Group Retail International yang mempunyai lebih daripada 30,000 pekerja dari pelbagai negara merancang untuk membuka lebih banyak kedai menjelang akhir tahun 2022.



#LuluHypermarketDepartmentalStore #SetiaAlamMall #BazarRamadan #Murah

Tiada ulasan: