Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WIRDORA BUKA OUTLET DI IOI CITY MALL, SASAR JUALAN RM3 JUTA


DARI kiri: Khairool, Wirdalina, Hawa Rizwana, ibu Wirda, Hamidah dan adik Khairool, Khairunnisa.


LEBIH dua tahun rasanya sejak kali terakhir Kak Fas bertemu dengan pengasas ‘Wirdora’ jenama aksesori perhiasan muslimah  terkenal, Wirdalina Tauhed dan suaminya, Khairool Anwar Laksamana ini.


Khairool meraikan  hari jadi isterinya, Wirda.


Ketika itu, Kak Fas diundang ke majlis pelancaran ‘showroom’ Wirdora yang terletak di deretan shop lot No 1, Jalan Ampang Utama 1/1, Kuala Lumpur di mana  kini  ‘showroom’ tersebut sudah bertukar menjadi ‘kilang’ dan ibu pejabat Wirdora apabila jenama itu berkembang dengan pembukaan dua cawangan iaitu di Suria KLCC dan KL East Mall.


Begitu pantas sekali Wirdalina atau panggilan mesranya Wirda meluaskan pasaran sehingga perniagaan yang dimulakan dengan modal RM200 mampu mencapai jualan RM2 juta dalam masa setahun beroperasi.


“Tahun ini kami mensasarkan jualan mampu mencapai RM3 juta dengan pembukaan cawangan ketiga di IOI City Mall, Putrajaya ini,” ujar Wirda dan Khairool ketika ditemui pada majlis pelancaran outlet terbaharu yang ketiganya itu baru-baru ini.


Turut hadir sebagai tetamu undangan khas terdiri daripada antaranya bekas wajah Wirdora, iaitu personaliti tv mirip Neelofa, pengacara Hawa Rizwana dan  penyanyi Rohana Jalil 



Sejujurnya sebaik sahaja terima undangan daripada Pegurus Jualan & Pemasaran, Syira Ramli yang sudah lama juga Kak Fas kenal tetapi jarang temui gara-gara pandemik COVID-19 yang memutuskan sebarang acara fizikal diadakan, Kak Fas tidak teragak-agak untuk menerimanya walau pun terletak agak jauh dari Kuala Lumpur.


Tarikan bagaikan besi berani menarik Kak Fas untuk berkata ‘Ya, akan hadir’ sudah tentu disebabkan jenama Wirdora yang sejak pertama kali menatapnya hati terus terpikat dengan desainnya yang cantik dan mampu milik.


Keterujaan untuk melihat apakah perkembangan Wirdora walau pun negara dilanda pandemik COVID-19 membuatkan Kak Fas tidak sabar bertemu Wirda sambil menjamu mata dengan koleksi terbaharunya.


Sebaik sahaja tiba di aras L1, unit 74 berkeluasan 370 kaki persegi, Kak Fas disapa Wirda, ‘Terima kasih kak datang’.



Terkejut juga, Wirda masih kenal dan mengingati Kak Fas walau pun dah lama tidak bertemu waima Kak Fas pakai ‘mask’ lagi menutupi separuh wajah. 


Ternyata, dari dahulu hingga sekarang Wirda tetap mesra walau pun tidak kenal lama namun sikap rendah dirinya bagi Kak Fas adalah kualiti yang perlu wujud dalam diri seorang usahawan wanita seperti beliau.

Jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan selepas berhenti sebagai jurutera dalam bidang ‘oil & gas’ sering menjadi kenangan yang setiap kali dibicarakan pasti mengalirkan air mata.


Apa kata anda klik pautan INI untuk baca kembali perjuangan awal Wirda dan Khairool. Tak perlulah Kak Fas ulang kembali kisah lampau dan mengundang sebak sekali lagi kepada Wirda bila membacanya.



Tumpuan kali ini, Kak Fas mahu fokuskan terhadap pembukaan outlet terbaharunya di IOI City Mall sahaja.


Meninjau ke ruang dalaman yang elegan dengan kelengkalan minimilas, kemas dan teratur, Wirdora menawarkan lebih daripada 300 pilihan rangkaian produk bermula pada harga serendah RM10 hinggalah RM500 meliputi kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam lagi. 



‘Tahun ini kami memperkenalkan produk bertatahkan mutiara di samping batu permata berkualiti tinggi sekali gus menambah penghasilan barangan berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk yang mengetengahkan produk eksklusif dan premium,” jelas Khairool selaku pengasas bersama merangkap pengarah syarikat Amishary Sdn Bhd yang kini mempunyai 17 orang kakitangan membantu.


Menurutnya, permintaan tinggi terhadap aksesori dalam kategori premium mampu memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih Wirdora sesuai dengan kualiti tudung mahal yang dipakai mereka.


“Kami memberi jaminan tiga bulan sekiranya jarum peniti produk kami tumpul sehingga boeh menyebabkan kain tudung mahal yang dipakai pelanggan rosak,” sambung Wirda.


Menurut pasangan suami isteri ini, pembukaan outlet Wirdora di IOI Mall Putrajaya yang merupakan outlet terbesar setekat ini dipilih kerana lokasinya yang strategik di samping memenuhi permintaan pelanggan agar membuka kedai di Putrajaya memandangkan mereka mahu melihat produk secara fizikal dan mudah mencubanya.


‘Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka, tertubuhlah Wirdora di sini,” ujar Wirda lembut sesuai denga imejnya yang kecil molek.


Turut melahirkan penghargaan kepada ejen-ejennya seramai 150 orang yang turut membantu menaikkan nama Wirdora, Wirda bagaimana pun tetap membuka ruang untuk mana-mana individu yang serius mahu berkongsi pendapatan bersamanya..


Sebagai tarikan, katanya, Wirdora membuka peluang untuk sesiapa yang mahu menjadi ejen pada harga promosi RM150 bagi mendapatkan ‘starter kit’ bernilai RM170.


“Tawaran ini hanya terbuka dalam masa tempoh dua minggu dan akan kembali kepada harga kebiasaannya iaitu RM500,” ujar Wirda sambil diakui Khairool yang sentiasa berada disampingnya.


Dan, sempena pembukaan outlet, Wirdora turut menawarkan pelbagai promosi termasuklah potongan diskaun dan hadiah menarik buat pelangga  khususnya bagi hijabistar bergaya.


        WIRDONA hasil gabungan nama Wirda dan ibu mertuanya, Dayang Dora.


Pada awal Wirdora  mula beroperasi pada Mei 2017, jenama ini menumpukan pada aksesori namun tahun demi tahun Wirda menambsh produk berkaitan termasuklah tudung, stokin lengan mahu pun pelitup muka yang kini menjadi produk wajib ada mengikut kehidupan norma baharu.


Kak Fas syorkan anda berkunjung sendiri untuk melihat betapa cantik dan kemas buatan setiap produk keluaran Wirdora. Gerenti semua yang melihat akan rambang mata dan tidak akan meninggalkan kedai tanpa membeli lebih daripada satu item.

Apa pun bagi mereka yang tidak berkesempatan kerana kekangan masa, usah khuatir boleh layari laman web www.wirdora.com atau KLIK SAHAJA DI SINI malah boleh membelinya terus daripada ejen mahu pun stokis yang berdekatan.


Apa sahaja kemahuan hati, samada nak membeli atau pun nak cuba berniaga sebagai ejen, stokis mahupun sekadar bermula dengan dropship, boleh menghubungi talian 018-2724897 bagi mendapatkan butiran lanjut.


Kak Fas yakin anda pasti tidak akan berpatah balik sekali dah melangkah menerokai perniagaan Wirdora yang namanya menepati keseluruhan 'wajah' produknya.

Kak Fas: Kagum dengan kegigihan Wirda dan Khairool meneruskan perjuamgan walau pun pada ketika pandemik hanya mereka berdua yang bekerja waima PKP tidak membolehkan 10 orang kakitangannya ketika itu bertugas. 


#Wirdora #IOICityMallPutrajaya #Wirdalina #Khairool #PinTudung #Hijabistar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan