Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'APPS MISI PETALING JAYA' (MRPJ) PLATFORM LOKAL BELI MAKANAN TERMURAH, JOM DAFTAR!


Siaran Media:


Petaling Jaya - Ekonomi yang kian mencabar dan perbelanjaan harian yang kian meningkat membuatkan Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan krisis kewangan yang hebat. 


Setiap hari rakyat akan berbelanja hangus duit mereka untk keperluan makanan  lebih-lebih lagi bagi mereka yang  bekerja di pejabat, kilang dan di lapangan yang memerlukan makanan melalui food delivery seperti golongan pelajar.


Persoalannya, apa pilihan mereka sebagai rakyat yang ingin berbelanja tetapi dalam masa yang sama ingin berjimat cermat menjadi pembeli yang bijak dalam berbelanja?


Sekarang ini, dlihat banyak platform food delivery yang menawarkan perkhidmatan membeli makanan melalui Apps ( Aplikasi ) dimana semua peniaga - peniaga akan menjual di Apps tersebut sekali gus menghidup peluang pekerjaan Rider sebagai Penghantar Makanan.


Terkini, barangkali, ramai yang masih tidak tahu atau belum tahu atau tidak pasti bahawa di Malaysia,  ada kemudahan platform Delivery Food LOKAL yang di asaskan oleh Anak Melayu Islam, memberikan manfaat kepada seluruh Rakyat  tidak kira Agama, bangsa atau peringkat umur iaitu aplikasi yang dinamakan 'Apps Misi' .



Percaya atau tidak hanya dengan menggunakan Apps Misi sahaja rakyat Malaysia akan menjadi rakyat nijak dalam berbelanja.


Untuk maklumat,  Apps Misi mengekalkan jualan makanan sama harga di kedai. 


Ini bermakna setiap peniaga  atau vendor tidak akan dikenakan caj tambahan % setiap produk (each item) didalam paparan apps Misi. Oleh itu pembeli akan membeli sama seperti harga makanan di kedai dengan penjimatan berbelanja amat ketara sekali.


Sebab apa dikatakan jimat?


Contoh jika anda membeli 10 item ( jenis) makanan di dalam satu kedai maka setiap makanan dan jumlah makanan adalah 0% caj dikenakan setiap tempahan.


Berbanding dgn Aplikasi lain ada yang caj kepada peniaga dengan kadar contoh 20% setiap item (jenis). 


Bayangkan jika anda order 10 item maka caj dikenakan adalah 200% untuk hanya satu tempahan Order sahaja. 


Sehubungan itu, vendor atau peniaga terpaksa naikkan harga sebab caj provider apps food delivery sudah tetap kan syarat-syarat.


Tapi di  Apps Misi, 100% harga makanan adalah milik Vendor (peniaga). Jadi pembeli akan Jimat Cermat dalam pembelian. Hebat tak?



Itu cerita tentang Harga makanan sahaja. 


Caj seperti upah Penghantar Makanan ( Rider) dan Caj Maintenance 8% (urusan Pengurusan dan segala kos untuk kekal apps Misi LOKAL di Malaysia) itu adalah normal dan caj ini berlaku hanya untuk setiap kali order dan sekali pembayaran sahaja. 


Yang penting Apps Misi tidak ambil profit caj % daripada Vendor dan Rider. 


Semua keuntungan vendor dan rider adalah 100% waima  membantu Rakyat Malaysia berbelanja dengan Bijak.


"Kami tak ramai tapi kami tetap ada. Teruskan support aplikasi ini  demi mencapai kejayaan Ekonomi LOKAL yang pertama Di Malaysia," ujar Pengurus Admin Soleheen sambil memberi semangat kepada semua pemnduduk komuniti Petaling Jaya agar tabah dan tenang dalam perjuangan ekosistem misi. 


Menurutnya, Apps Misi ini adalah Aplikasi LOKAL dan sentiasa membuat penambahan baikan serta dalam progres untuk memberi yang terbaik kepada pengguna agar menjadi pilihan No.1.


"Kami hormat apabla Rakyat bersabar dan berikan kerjasama dalam menggunakan Apps Misi ini walaupun berlaku kesulitan dan masalah teknikel dalam usahanya menjadi aplikasi 'from Zero to Hero' demi  bersaing dengan aplikasi food delivery lain yang hebat," tambah Soleheen.


Jelasnya, sokongan  Rakyat Malaysia akan memberikan impak yang positif kepada Apps Misi


"Ini lah satu-satu nya Apps Misi LOKAL di Malaysia yang mampu bersaing secara sihat dan membantu Vendor, Rider dan Rakyat Malaysia dalam membina ekosistem ekonomi LOKAL masa hadapan.


"Sabar adalah kunci kejayaan. Percaya dan yakin bahawa satu hari nanti kita akan menjadikan  Apps Misi disukai dan disayangi Rakyat Malaysia," akhirinya.


SOLEHEEN (kiri) dan Ariff Fadli.


Sementara itu, rakan sejawatnya, Ariff Fadli memaklumkan ingin mewujudkan Pentadbiran Misi MRPJ Petaling Jaya sebagai kawasan Cintailah Petaling Jaya sekali gus mewujudkan sebuah keluarga misi yang penuh harmoni dan kasih sayang.


"Dengan Prinsip S.A.F.T ( Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh) ia  dapat membentuk admin, rider, vendor dan user penuh berakhlak dan sunatullah.


"Islam is the way of Life. Tidak kira Agama, Bangsa dan peringkat umur  kita menjadi contoh yang terbaik dalam membina ukhuwah demi solaturahim dunia Akhirat hingga ke Jannah" akhiri Ariff.


Untuk maklumat lanjut sila buka LINK INI.



#AppsMisi #SAFT #MRPJ #PetalingJaya #FoodDelivery #BeliMakanan #MisiRakyat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan