Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN SEMARAKKAN TAHUN BARU CINA, TAWAR PEK HADIAH CNY, TAWAR DISKAUN!


GlOWING Beauty, Healthy Journey’ atau jika dialih bahasa memelayukannya ia berbunyi “Kecantikan Bercahaya, Perjalanan Sihat’... memang tepat tema yang diketengahkan Guardian Malaysia sebagai peneraju rangkaian kecantikan dan farmasi runcit terbaik di negara ini.

Sehubungan itu sempena kedatangan tahun Naga sempena Tahun Baru Cina bermula 10 Februari 2024 depan, Guardian menyambutnya dengan pelbagai tawaran dan promosi melibatkan diskaun sehintgga 50%  hingga 60%.


Peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit  yang mempunyai lebih 600 buah stor di seluruh negara kepada lebih 30 juta pelanggannya ini mengumumkan tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat pada nilai luar biasa.




“Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina ini untuk para pelanggan dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang,” ujar Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Anna Ng pada majlis ‘CNY Thank You Get Together’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut beliiau, memandangkan Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu, jadi Guardian  menyediakan tawaran dan hadiah terbaik buat mereka.


Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian.



“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian.


“Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga, sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya serta adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’,” jelas Anna.



Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu zaman lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. 


Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk moden Guardian kepada Xiao Long Nu zaman lampau.


“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan  kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.


Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat  pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka. 


“Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya  mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda,” Anna menyambung ucapan ringkasnya.


Jelas beliau, pelanggan  kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.



Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain, termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. 


Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188.


Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. 


Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.



“Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.” tambah Anna.



Majlis berakhir dengan media serta bloggers diberi peluang berbalanja di stor Guardian Mid Valley sebelum kembali untuk jamuan makan malam dimulai dengan acara ‘Yee Sang’ yang lazimnya merupakan hidangan tradisi masyarkat Cina ketika menyambut Tahun Baru Cina waima menurut kepercayaan mereka Yee Sang dilihat sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.



Dalam bahasa Cina, Yee bermaksud 'Ikan' yang juga mempunyai persamaan sebutan dengan perkataan 'senang' dan Sang bermaksud 'mentah' yang sering disamakan dengan 'kelahiran semula’.


Apa pun Selamat Tahun Baru Cina pada 10 Februari depan ya!


Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY



#GuardianMYApp #guardianMy #TahunBaruCina #Kinohimitsu  #PekHadiahCNY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan