Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PUBLIC GOLD RAIH 8 USAHAWAN CERMERLANG, PERKENAL MODUL 'GOLD ATM'



NAMA
jenama Public Gold (PG) sudah cukup mengagumkan apatah lagi bagi kaum wanita waima kilauan emas itu sahaja sudah boleh menyilau keinginan mata untuk memilikinya. 


Memang cantik nama diberi pengasasnya, Dato’ Wira Louis Ng, sejak Public Gold ditubuhkan sebagai sebuah syarikat jual beli emas yang mesra pelaburan kira-kira 16 tahun lalu pada 2008. PG menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas yang merangkumi perlombongan dan penapisan emas.


Dengan pelbagai kejayaan diharungi sehingga kini Public Gold sudah mempunyai 

18 cawangan di seluruh Malaysia. dengan 1.2 juta pelanggan berdaftar dari seluruh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, malah melahirkan ramai usahawan yang telah berjaya dalam hidup dengan pelbagai latar belakang tanpa mengira usia.


Terbaharu, buat kali ke-2, Public Gold sekali lagi melakar kejayaan bersama-sama dengan usahawannya terutama mereka yang telah berjuang sejak hari pertama sehingga kini kira-kira hampir 16 tahun, pada acara Diamond Recognition Ceremony bagi tahun kewangan 2022/2023.




Berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini, sejumlah 8 usahawan cemerlang diketuai oleh penulis buku kewangan, Mohd Zulkiflie Shafie  dan isteri, Najdah Mohammed Hussain merangkul gelaran 5-Star Diamond  dengan menerima  keseluruhan anugerah bernilai RM666,021.00.



Selain itu, turut diraikan sebagai “3-Star Jade” adalah Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil bersama-sama dengan isterinya, Syamimi Nur Aqila Awaluddin.



Ia disusuli pasangan Muhammad Azam Amiri Mohd Raffi bersama isteri, Raziatul Madiah Osman.



Anugerah seterusnya 3-Star Pearlmenyaksikan tiga pasangan penerima iaitu Marlia Ramli bersama suami tercinta, Ahmad Fuad Mohamed Arif; Dr. Mu’az Mahadzir dan isterinya Dr. Nur Izleen Rosli dan akhir sekali Muhammad Azim Aliif Mohd Zuki ditemani isteri Siti Nur Saodah Shamsul, di mana kedua-dua pasangan ini membina perniagaan PG sejak di bangku pengajian tinggi dan terus bersemangat membina empayar bisnes sehingga kini.



Selain itu, anugerah 2-Star Pearltelah diberikan kepada Mohamad Hafiz Shafie bersama isterinya Noor Hafizah Hassan, manakala anugerah 1-Star Pearldiberikan kepada  Amir Fairuz Abdul Aziz




Kejayaan memberangsangkan mereka ini, bukti segala kesungguhan yang diberikan dalam sesuatu perkara pasti membuahkan hasil.



Acara kemuncak pada tahun ini tentunya dirasai Mohd Zulkiflie Shafie dan isterinya Najdah apabila  merangkul 3 hadiah sekaligus pada hari tersebut iaitu RM112,021.00 wang tunai bagi “Bonus Diamond”, RM54,000.00 bagi kategori “First Time Qualifying Leadership Pin” dalam bonus tahunan, dan hadiah utama yang paling berharga iaitu “Bungalow Fund “ atau Dana Rumah bernilai RM500,000.00.


Pendek kata, setiap ucapan yang diluahkan oleh hampir kesemua penerima anugerah agak menyentuh perasaan hingga mampu mengalirkan air mata apabila mereka menceritakan detik-detik pengorbanan yang dilalui ketika waktu susah. Memang gugur  setitik dua juga air mata.


“Di Public Gold, kami percaya bahawa penghargaan yang diberikan buat kesemua usahawan yang berusaha keras dan menunjukkan prestasi cemerlang saban tahun ini adalah perlu demi meraikan kesetiaan mereka terhadap syarikat. 


“Segala kejayaan yang dikecapi oleh Public Gold sehingga kini adalah berkat usaha dan komitmen mereka yang berterusan demi mencapai kebebasan kewangan dalam hidup mereka. Justeru itu, kami berbesar hati untuk menghargai kesemua usahawan yang diraikan pada hari ini dengan pelbagai anugerah dan hadiah. Diharapkan ini dapat menjadikan pembakar semangat buat usahawan yang lain untuk terus berusaha dan Berjaya dalam bisnes Public Gold,” memetik ucapan Louis Ng selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold.



Legasi yang terbina selama 16 tahun ini diteruskan dengan pengenalan modul bisnes terbaru menerusi Gold ATM yang juga mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Record sebagai Gold ATM pertama yang dihasilkan oleh anak tempatan. 


Secara tidak langsung, kewujudan Gold ATM menjadi revolusi dalam pembelian logam berharga seperti emas yang boleh dijadikan sebagai simpanan mahupun cenderahati. 


Lebih-lebih lagi, Gold ATM kini mudah didapati di 20 lokasi seluruh negara dan juga di lokasi strategik seperti Lapangan Terbang Subang dan juga di kompleks beli belah.



Tuntasnya, Public Gold kini bersedia untuk meluaskan lagi pasaran sehingga ke Asia Tenggara dengan kejayaan menakluki Indonesia dengan kepadatan penduduk sehingga 277 juta rakyat di sebanyak 5 daerah iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Banjarbaru dan Surabaya


Selain itu, Public Gold juga telah menerima pengiktirafan dari the Singapore Bullion Market Association sebagai ahli Foreign Asssociate terutamanya di hub bisnes antarabangsa Singapura.


Untuk makiumat lanjut berkenaan Public Gold dan produk berkaitan boleh layari laman webnya DI SINI atau hubungi +6011-1095 2916 untuk bercakap dengan pegawal khidmat pelanggan mereka.



#PublicGold #GoldATM #5StarDiamond #3StarJade #2StarPearl #1StarPearl #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan